SLOT RANCANGAN KHAS KEAGAMAAN
Mengisi slot awal pagi, penonton boleh menyaksikan secara langsung Solat Tarawih Dari Masjidil Haram, Makkah pada jam 1.30 pagi setiap hari bermula 31 Julai 2011 di saluran TV1. Ini disusuli dengan Tadarrus Al-Quran yang juga bersiaran setiap hari bermula jam 2.45 pagi.
Pengisian Al-Mubarak seterusnya bagi menemani umat Islam yang sedang bersahur, TV1 menghidangkan rancangan “Thurath Ulama’†yang membicarakan tentang hukum-hakam Islam oleh beberapa tokoh agama tempatan selama 30 minit bermula jam 4.30 pagi pada setiap hari Isnin dan Selasa.
Mengisi slot waktu yang sama pada hari Rabu dan Khamis pula ialah rancangan dokumentari majalah “Hasratun†yang menyentuh tentang lapan jenis serangga yang disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan dua daripada jenis serangga tersebut menjadi tajuk kepada surah di dalam Al-Quran iaitu semut (Surah Al-Nami) dan lebah (Surah Al-Nahi).
Manakala pada hari Jumaat hingga Ahad, awal pagi anda diceriakan dengan rancangan “Bicara Surah†dan jika tidak berkesempatan siaran ulangannya boleh diikuti pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 4.30 petang juga di saluran TV1.
Kepada peminat-peminat setia program Adik-Adikku musim pertama dan kedua, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti pelbagai kisah menarik bersama telatah adik Muhammad Wajih Zakuan, Nur Jannati Syakirin Ramli dan rakan-rakannya mengenai Ramadan dalam rancangan “Kisah Adik-Adiku†yang bersiaran setiap hari di TV1 pada jam 7.00 pagi bermula 1 Ogos 2011.
Tidak lupa program tonggak di saluran TV1 dan TV2 setiap kali Ramadan ialah dokumentari “Syahadah†yang kini memasuki “musim ke-7†menyingkap perkembangan Islam di Malaysia dengan paparan lebih menarik mengenai peranan ulama’ dan tokoh-tokoh Islam tempatan, sejarah kedatangan awal Islam di negeri-negeri, kejayaan umat Islam di negara ini serta bingkisan eksklusif dari Maghribi (Morocco) dan Sepanyol yang boleh anda ikuti pada setiap hari bermula 31 Julai 2011 jam 6.30 petang di TV1 dan siaran ulangannya juga setiap hari jam 5.30 pagi pada hari berikutnya.
Manakala siaran versi Bahasa Inggeris boleh ditonton menerusi saluran TV2 bermula 4 Ogos 2011 jam 4.00 petang. Sementara itu, saluran TV ketiga RTM; TVi menyiarkan semula Syahadah Musim ke-2 yang menjalankan penggambaran di Negara China pada setiap hari jam 2.30 petang.
Syahadah Musim ke-7 bermula 30 Julai 2011 jam 6.30 petang di TV 1 dan 4.00 petang di TV2
Siaran langsung Solat Tarawih dari Masjidil Haram, Makkah setiap hari jam1.30 pagi di TV1