SINOPSIS DRAMA DEMI MASA
Kisah “Demi Masa” bermula dengan kehidupan sebuah keluarga bahagia, namun ia hanya sementara apabila mereka ditimpa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa si suami (Rashid) yang juga ayah kepada seorang anak dan mengakibatkan isteri (Maryam) serta anaknya (Nazli) buta sebelah mata. Sheila Rusly sebagai Maryam terpaksa memikul tanggungjawab suaminya menyara keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah menengah.
Sikap Nazli (watak Nazli ketika kecil – Syafie Naswip) berubah selepas kejadian tersebut. Dia menjadi semakin biadap dan sukar dikawal. Maryam tetap berlembut melihat sikap Nazli, pun begitu pencapaian akademik dan kokurikulum Nazli di sekolah amat cemerlang. Pada perspektif Nazli sendiri,
dia sebenarnya malu terhadap kawan-kawannya kerana keadaan ibunya yang buta. Suatu hari berlaku pertengkaran antara Nazli dan rakannya di sekolah kerana menjadikan subjek ibunya yang buta sebagai bahan tawa. Nazli tercedera. Maryam yang mendengar cerita itu bergegas bertanyakan khabar Nazli di kelasnya. Jelas kini satu kelas telah mengetahui bahawa Maryam ialah ibu kepada Nazli.
Semenjak itu, Nazli berusaha bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirinya dari dibelenggu hidup bersama Maryam. Masa berlalu, Nazli (watak Nazli ketika dewasa – Iqram Dinzly) kini seorang siswazah dan hanya akan menghubugi Maryam apabila dia terlalu memerlukan wang. Di sana dia bertemu dan berkahwin dengan Fatin (Emelda Rosmila).
Pada suatu hari, di dalam majalah keusahawanan, Maryam melihat Nazli di muka hadapan majalah itu, Maryam sangat gembira dan ingin sangat berkunjung ke rumah anak kebangganya itu. Maryam muncul di hadapan rumah Nazli. Namun, Nazli yang marah telah menarik keluar Maryam dalam diam dan memarahi Maryam kerana menakutkan-nakutkan anak dan isterinya. Maryam yang amat menyayangi anaknya itu meminta maaf kepada mereka dan mengatakan dia tersilap alamat dan salah orang. Maryam berlalu dengan redha walaupun kecewa namun dia tidak marah. Nikmat dapat menatap wajah Nazli walau sementara amat disyukurinya. Rindunya terubat.
Suatu hari, Nazli tergerak hati untuk singgah sebentar di rumah lamanya dan berjumpa dengan ibunya. Sebaik sahaja sampai di rumah, rumah itu lenggang. Kemudian, Nazli didatangi rakan baik ibunya bernama Chah (Rozie Rashid) yang menghulurkan sepucuk surat dan memberitahu sesuatu mengenai ibunya.
Apakah rahsia yang terkandung di dalam surat itu? Apakah kesedaran hari ini mampu menutup kesilapan semalam? Pastikan anda menonton “Demi Masa” kerana ia akan menjadikan Hari Ibu anda lebih bererti.
Jangan lupa untuk menyaksikan drama ini pada 10 Mei di Slot Cerekarama di TV3 jam 10 malam.
[tags]sinopsis drama, ringkasan, demi masa, surah al-asr, advertlets, buttonator, photo cool, drag, merdeka, slogan kreatif, drop, font, free, ning, nek, aksi nenek, bbw, gliteratti, how to, icons, innit, nuffnang, online generator, web 2.0, web button, beatiful, website, tips jaga waktu, syafie naswip[/tags]