SHOWDOWN 2011 Memperkenalkan kru TOP 12 penari jalanan terhebat!
AMARAN! Demam Showdown kini kembali! Sekali lagi kerancakkan melodi dan gerak tari unik dapat anda saksikan dalam sesi uji bakat SHOWDOWN 2011 yang telah diadakan di beberapa lokasi di Malaysia. Lebih daripada 100 kru telah hadir mencuba nasib sewaktu sesi ujibakat di adakan dibeberapa lokasi.
Setelah tiga minggu berhadapan dengan tekanan, bertarung sesama sendiri untuk meraih perhatian juri dengan gerak tari dan teknik tarian masing-masing, kini kru-kru bakal berhadapan dengan panel juri sekali lagi di peringkat penentuan nasib sebelum disenarai pendek sebagai TOP 12 untuk mengapai impian bergelar kru terhebat Malaysia di SHOWDOWN 2011.
SHOWDOWN 2011 yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian kru jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik untuk musim ke-dua. Objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini.
SHOWDOWN 2011 telah menjelajah ke beberapa lokasi di Malaysia untuk mencari kru terhebat! Ujibakat bermula di Kompleks Pelancongan Sarawak (Old Court House), Kuching pada 8 Januari 2011 diikuti dengan ujibakat di Sabah yang dijalankan di Aras 2, Novotel Kota Kinabalu 1Borneo pada 15 Januari 2011. Ujibakat seterusnya diadakan di Tempat Letak Kereta Terbuka, Tingkat 4, BB Plaza Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Januari 2011 diikuti dengan sesi ‘Battle’ di tempat yang sama pada 23 Januari 2011. Sebagai tanda sokongan terhadap industri tarian tanahair, kru Top 3 SHOWDOWN 2011 iaitu Wakaka Crew, Giller Battle Crew dan Floor Fever telah turun padang di sesi ujibakat dengan mengendalikan bengkel kepada peserta dan peminat yang hadir untuk mengetahui, mempelajari dan berkongsi rahsia dan teknik yang betul.
Setelah disenarai pendek, 34 kru berjaya ke peringkat BATTLE yang mana dua (2) kru akan berada di atas pentas pada setiap sesi BATTLE untuk bertarung sesama sendiri bagi meraih perhatian juri melalui gerak tari dan teknik tarian masing-masing. Di akhir sesi, hanya 23 kru yang layak mara ke peringkat MELTDOWN.
Perjalanan 23 kru untuk sampai ke sesi MELTDOWN sekali lagi diduga dipertengahan jalan. Kru-kru ini telah diberikan beberapa tanggungjawab untuk diselesaikan. Tugasan pertama adalah di sesi The Blind Test, yang mana kru-kru perlu menari dibelakang tabir putih yang hanya diterangi sedikit cahaya tanpa menunjukkan muka dan memperkenalkan diri.
Ini adalah cabaran yang paling getir bagi kru-kru terbabit kerana mereka tidak berpeluang berinteraksi dengan juri secara langsung. Memeranjatkan lagi kru-kru ini apabila mereka tidak mengetahui kehadiran juri menilai gerakkan mereka di sebalik skrin dan kamera yang dipacak. Persembahan mereka dinilai melalui pergerakkan badan, keserasian, teknik dan penyelarasan gerakkan badan dengan muzik.
SENARAI PESERTA SHOWDOWN 2011
Kesilapan-kesilapan kecil pastinya akan jelas kelihatan. Cabaran ini dibentuk untuk melihat tahap kesungguhan peserta menghadapi tekanan dalam membentuk kumpulan yang boleh menerima dan menempuh cabaran. Cabaran ini memaksa SHOWDOWN 2011 menghantar pulang empat (4) kru – Fulamak Crew, Da Last Minute Crew, JB Breaker Crew dan Monster Gangz. Walau bagaimanapun Project Elementz terpaksa menarik diri apabila salah seorang anggota kru mereka mengalami kecederaan dan tidak dapat meneruskan cabaran seterusnya.
Keseronokkan mereka hanya sementara apabila mereka telah dikejutkan dari tidur oleh krew produksi di awal subuh keesokkan harinya. Mereka dibawa ke tempat yang dirahsiakan. Pantai! Disinilah cabaran seterusnya di adakan. Kecekalan, ketabahan, kreativiti dan bagaimana mereka mengadaptasi situasi, tempat dan ruang diperlukan. Segala pengetahuan yang dipelajari semasa di bengkel di curahkan untuk menghadapi tekanan di cabaran ini.
Setiap kru dibahagikan kepada dua (2) bahagian – penari biasa dan penari hip-hop. Kehadiran Zero dari Giller Battle Crew dan Boojae dari Floor Fever telah menggamatkan suasana apabila Zero dipertanggungjawabkan untuk mengetuai kumpulan penari biasa manakala Boojae pula mengetuai kumpulan penari hip-hop. Hari yang memenatkan dan juga menggembirakan bagi sesetengah kru kerana mereka perlu belajar gerakkan dan teknik tarian yang diluar bidang mereka untuk digabungkan dalam persembahan di peringkat MELTDOWN nanti.
Siapakah di antara 17 kru ini yang dapat mencairkan hati juri di dalam persembahan mereka di MELTDOWN nanti untuk menempatkan diri mereka di barisan Top 12? 17 kru yang bertanding di sesi MELTDOWN adalah Panic, Syko Breakers, Force 136, EGS Monster, Bounce Stepperz, X13, 1 Reason Crew, Zoopa Fresh, Dejavu Breakers, Borneo Crew, Elecoldxhot, Blazin Squad, HMC Phlow, We Taking Over(WTO), Roku Steps, Stepholic dan Soulution.
Pelbagai ragam dapat dilihat di peringkat MELTDOWN. Kru-kru bertungkus-lumus berlatih untuk mempersembahkan hanya yang terbaik kepada juri. Walau bagaimanapun hanya 12 tempat disediakan untuk 12 kru terhebat! Siapakah mereka? 12 kru yang akan bertanding di pentas utama SHOWDOWN 2011 secara langsung adalah : Panic, Force 136, EGS Monster, Bounce Stepperz, Dejavu Breakers, Borneo Crew, Elecoldxhot, Blazin Squad, HMC Phlow, Roku Steps, Stepholic dan Soulution.
Kini, sudah tiba masanya untuk TOP 12 bersedia bagi merealisasikan impian mereka. Mereka perlu berlatih untuk mempertingkatkan usaha bagi bersiap sedia dengan pertandingan yang getir dalam membuat persembahan secara LIVE di pentas DANCE OFF di Kuala Lumpur selama 10 minggu di hadapan penonton dan juri di samping menghadapi kemungkinan untuk disingkirkan setiap minggu dan seterusnya, sehinggalah ke peringkat The Final Showdown.
SHOWDOWN 2011 sekali lagi mengalu-alukan penglibatan Joe Flizzow, penerbit album/rapper popular kumpulan Too Phat yang telah memenangi banyak anugerah industri, kembali memanaskan kerusi bersama kareografer/penari Sensasi terkenal – Maple Loo. Selain Joe dan Maple, juri jemputan yang turut diundang untuk menghakimi persembahan kru-kru dalam sesi BATTLE adalah Alam (Wakaka Crew) dan Zero (Giller Battle Crew) manakala DJ Fuzz dipertanggungjawabkan menghasilkan gabungan muzik yang hebat sewaktu kru-kru membuat persembahan.
SHOWDOWN 2011 kini kembali ke udara! Sekali lagi kami mencari kru penari jalanan terhebat untuk memeriahkan lagi industri tarian di Malaysia. Seperti yang dapat dibuktikan, bakat peserta-peserta tahun ini yang hadir di sesi uji bakat amat menakjubkan!
Kami berbangga dapat megenengahkan dan seterusnya mengilap bakat muda ini bertanding dipentas utama bagi membuktikan Malaysia mempunyai penari-penari hebat setanding negara lain.
Selain dari itu, adalah amat mengagumkan apabila dapat melihat begitu ramai penyertaan kru wanita di sesi ujibakat. Ini membuktikan bahawa bakat wanita di bidang tarian jalanan tidak boleh dipandang rendah!” ujar Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7, Cik Airin Zainul.
Airin menambah, “Showdown bukan hanya dikenali sebagai sebuah jenama program televisyen yang diterbitkan setiap minggu sahaja, malah ia telah menjadi bualan generasi kini dan tidak salah jika ianya menjadi adat dan budaya kepada mereka yang ingin bergelar penari hebat. Angan-angan ini mungkin akan menjadi kenyataan suatu hari nanti kerana ini terbukti dari laman Facebook 8TV Showdown yang kini mempunyai pengikut seramai lebih 150,000 orang dan setiap hari kami menerima anggaran 9,000 komen dan maklumbalas setiap hari dari peminat-peminat yang melawati laman ini!”
“Kita dapat menyaksikan energi luar biasa dalam peserta tahun ini. Kuantiti dan kualiti yang dapat kami lihat tahun ini cukup mengagumkan dan saya sendiri cukup berbangga kerana Showdown telah menyediakan platfom yang baik untuk penari-penari ini mempamerkan bakat masing-masing. Satu perspektif baru dapat dilihat apabila ramai ibu bapa membawa anak mereka dan memberi sokongan terhadap karier baru ini,” ujar Joe Flizzow.
“Tahun ini kita dapat melihat bakat-bakat muda datang dengan semangat yang tinggi untuk menyertai ujibakat. Saya cukup teruja melihat persembahan kru-kru ini kerana mereka dapat mempersembahkan rutin yang kreatif dan kemas walaupun tidak cukup masa untuk berlatih. Saya cukup berbangga melihat potensi yang ada dalam setiap peserta yang datang hari ini menunjukkan seni tari di Malaysia semakin berkembang!” komen Maple Loo.
SHOWDOWN 2011 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan dipersembahkan oleh Hotlink selaku penaja utama dan Sony sebagai rakan penaja. Kami turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang turut tampil menjadi rakan penaja seiring dengan Tune Hotel sebagai hotel rasmi. Program ini turut disokong oleh Office Make Up yang menaja tatarias dam juga Snips yang menjaga dandanan rambut peserta-peserta. Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.
“Hotlink, jenama pra-bayar Maxis dengan bangganya membawakan SHOWDOWN 2011 kepada anda kali ini. Kami merasa teruja menjadi sebahagian dari penggerak pertandingan tarian jalanan terulung di Malaysia musim ini. Maxis sememangnya sedang giat mempertingkatkan aktivitivi bersama anak-anak muda dan SHOWDOWN 2011 memberikan kami peluang untuk berada dekat dengan mereka. Dianugerahkan sebagai program pertandingan terbaik di Malaysia, kami sangat menyokong akan usaha kolaborasi yang dapat mengenengahkan bakat kreativiti anak muda masa kini,” kata T.Kugan, Naib Presiden Produk, Alat Peranti dan Inovasi, Maxis.
“Sebagai sebuah syarikat servis telekomunikasi yang terulung di Malaysia, kami tahu apa yang pengguna kami inginkan dan tugas kami adalah untuk memenuhi kehendak setara dengan peningkatan keperluan hidup masa kini. Kami percaya, tiada sekatan di dalam komunikasi, tiada juga sekatan di dalam tarian dan menyedari hakikat itu, Hotlink dengan bangganya melancarkan Video Tarian Jalanan yang boleh dilayari melalui telefon genggam hari ini.
Ini membolehkan lebih ramai anak muda Malaysia dapat tahu dan mempelajari skil tarian terbaru pada bila-bila masa dan dari mana sahaja mereka berada mengikut kesesuaian masa mereka. Ini adalah yang pertama di Malaysia dan video tarian jalanan ini boleh di layari oleh 14 juta pengguna kami melalui telefon genggam masing-masing,” tambah T.Kugan.
Hantarkan mesej anda ke nombor 23273 dengan menaip ‘On MDV” , dengan serta merta pengguna Maxis akan menerima mesej tip tarian daripada pemenang Top 3 Showdown2010 iaitu Wakaka Crew, Giller Battle Crew dan Floor Fever.
SHOWDOWN 2011 juga sekali lagi akan memperlihatkan kelincahan Hafiz Hatim penyampai FlyFM untuk menjadi pengacara bagi rancangan paling hip ini. Bersedialah untuk menyaksikan persembahan oleh kru penari jalanan Malaysia di dalam SHOWDOWN 2011 di mana aksi tarian sebenar berlaku.
SHOWDOWN 2011 telahpun keudara pada 6 April 2011 yang lalu, setiap hari Rabu pada jam 9.30malam secara eksklusif hanya di stesen hip PERCUMA 8TV. Bermula pada 4 Mei 2011 ini nanti SHOWDOWN 2011 akan bersiaran secara LIVE dari Ruang Terbuka (bertentangan dengan Snowalk) di i-City Shah Alam dan disinlah segala-galanya bakal bermula.
Setiap minggu penonton akan dapat berkongsi rasa suka duka perjalanan TOP 12 ini dan mengalami debaran akan pengumuman empat (4) kru yang mendapat undian SMS paling bawah yang ditentukan sendiri ditangan rakyat Malaysia.
Empat (4) kru ini akan berhadapan dengan situasi BATTLE, di mana mereka perlu bertarung dengan skil tarian masing-masing untuk memenangi hati juri. Kru yang lemah akan dihantar pulang. Untuk mengundi kru kegemaran, anda boleh menghantar SMS dengan menaip SD
Untuk menyaksikan kisah-kisah sebalik tabir dan mengenali kru TOP 12, mendapatkan gosip-gosip dan info-info terkini, jangan lupa menonton SHOWDOWN 2011 Diaries…From the Streets yang akan disiarkan setiap hari Selasa, jam 11.30malam bermula 3 Mei 2011.
Anda juga boleh mendapatkan tiket SHOWDOWN 2011 dari kumpulan bergerak 8Team, dengan menonton 8TV Quickie ataupun melawati laman Facebook SHOWDOWN 2011. Selain dari itu, anda juga boleh datang sendiri ke Pondok Pengawal di Sri Pentas, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Tiket-tiket boleh didapati dari jam 10.00pagi hingga 12.00 tengahari atau 2.00petang hingga 5.00petang bermula pada 30 April 2011.
Saksikan kehebatan gerak tari energetik, teknik spin dan stunt yang akan mereke pamerkan khas buat peminat-peminat dan mereka yang ingin mengenali mengenai tarian jalanan. Semua ini dapat anda saksikan hanya di 8TV atau menerusi Astro di saluran 708.
Interaktiviti dan isi kandungan laman sesawang SHOWDOWN 2011 juga menunjukkan perubahan yang besar tahun ini. Peminat-peminat berpeluang mendapatkan info-info terkini mengenai program, peserta dan muat turun dengan melayari laman sesawang SHOWDOWN 2011 di http://www.8tv.com.my/showdown/2011/ . Apakah yang menarik dan terbaru tentang laman ini?
Pelayar bukan sahaja dapat mengenali dengan lebih dekat lagi dengan peserta kegemaran kru TOP 12 anda, bahkan peminat juga berkesempatan mendapatkan tip-tip tarian melalui video dari pakar tarian seperti Byron Carter dari Amerika dan BBoy China dari Thailand. Hanya tekan `LIKE’ di laman muka Facebook kru penari kegemaran anda, seterusnya anda akan memperolehi laman Galeri Video dengan meluasnya (video yang tidak pernah dipaparkan di TV sebelum ini, episod program SHOWDOWN 2011, episod-episod terbaru SHOWDOWN 2011 dan juga diari mingguan) dan Galeri Gambar (sesi ujibakat, `Meltdowns’ & kisah-kisah belakang tabir) serta banyak lagi. Satu lagi yang pasti bakal menarik perhatian adalah pengenalan aplikasi interaktif `Online Battle’. Tunggu… untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program-program 8TV kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my. Apa yang lebih menarik lagi SHOWDOWN 2011 boleh ditonton oleh peminat dari luar negara menerusi www.tonton.com.my.
Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di www.facebook.com/8TVshowdown. Pastikan anda menjadi saksi kepada gerak tari baru yang kreatif dan teknik luar biasa peserta-peserta SHOWDOWN 2011. Andakah anda seberani mereka?
Juri Showdown 2011
Kit Yow Wei Koon – wakil dari 8TV