Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia dan ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam kerana ianya penuh dengan keberkatan dan kelebihan. Pada bulan yang mulia inilah umat Islam berlumba-lumba untuk meningkatkan pahala.
Bertepatan dengan itu juga, TV3 dengan tagline “Sesuci Fitrah†dan “Ramadan di hatiku†TV9, tidak ketinggalan menyediakan program-program ilmiah, teladan dan keinsafan untuk dikongsi bersama menerusi program majalah, dokumentari serta drama.
Contohnya menerusi program berbentuk majalah dan dokumentari Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur, Singgah Sahur, Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara, Kalamullah dan drama Ramadan Terakhir, di TV3 dan Solat Tarawikh langsung dari Masjidilharam Mekah, Tanyalah Ustaz Ramadan, Inilah Kisahku, Sirah Ameerah serta drama Sekilas Qalbu dan Lailatulqadar di TV9.
“Sesuci Fitrah dipilih sebagai tema kali ini bersesuaian dengan bulan yang mulia untuk menyucikan hati dan meningkatkan peribadi supaya kita sebagai umat Allah SWT sentiasa musahabah diri serta bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya.
Begitu juga dengan â€Ramadan di hatiku†yang dipilih mengikut tagline TV9 di mana kebanyakan program yang disusun banyak meyelitkan unsur keikhlasan serta kejujuran di dalam hati.
Kedua-dua tema ini juga bersesuaian dengan susunan program yang dipilih seperti Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur, Singgah Sahur, Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara, Kalamullah di TV3 dan Tanyalah Ustaz Ramadan, Inilah Kisahku, Sirah Ameerah serta drama Lailatulqadar di TV9, yang dapat kita jadikan iktibar sepanjang Ramadan bulan yang mulia ini.â€
– Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar
SESUCI FITRAH TV3 & RAMADAN DI HATIKU TV9
Sementara itu berikut adalah program-program yang menjadi santapan penonton-penonton TV3 dan TV9 sepanjang bulan Ramadan (1432 Hijrah):-
’SESUCI FITRAH’ – RAMADAN TV3
Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur – Setiap Hari, jam 6.30ptg, mulai 1 Ogos
Tidak lengkap rasanya Ramadan tanpa program Jejak Rasul yang menjadi santapan rohani setiap kali menjelangnya bulan yang mulia ini. Jejak Rasul mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3 merupakan program dokumentari berbentuk ilmiah yang popular di mana ia menjejaki peninggalan para Rasul dengan memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul. Istimewa untuk musim ke-17, Jejak Rasul musim terbaru diterbitkan dalam format HD (High Definition) akan menyelami resam hidup, budaya, bahasa, makanan, kesenian dan sejarah umat Islam negara-negara bekas komunis di Eropah Timur seperti Moscow, Tatarstan, Dagestan, Chechnya dan Ukraine.
Pengantara: Datin Annahita Bakavoli
Diari Sahabat – (21 Episod) Setiap Isnin – Jumaat, jam 9.30pagi, mulai 1 Ogos
Sebuah program yang mencungkil bakat kanak-kanak dari sekolah rendah agama di sekitar lembah Klang di mana kanak-kanak akan bercerita tentang kisah tauladan sahabat di zaman Rasullulah S.A.W. Diari Sahabat dimulakan dengan penceritaan biografi sahabat Nabi dan memperkenalkan doa untuk episod tersebut sebelum 5 orang kanak-kanak bercerita tentang sirah sahabat Nabi. Diari Sahabat dibahagikan kepada tiga segmen, Biodata Sahabat & Info Islami, Dengarkan Kawan dan Kreatif.
Pengantara: Ashikin Aini Abdullah
Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara – (4 episod) Setiap Rabu, jam 6.00petang, mulai 3 Ogos
Selepas sambutan di luar jangkaan untuk musim pertama yang lalu, dokumentari istimewa Dari Masjid Ke Masjid kembali bersiaran menerusi musim terbaru bersama Ahmad Fedtri Yahya untuk menghayati keindahan aspek seni bina masjid-masjid di Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja. Di sebalik peranannya sebagai tempat beribadah bagi golongan minoriti yang beragama Islam di negara-negara tersebut, ikuti kisah-kisah unik, sejarah dan adat resam penduduk tempatan. Program ini telah memberi perspektif baru kepada pelancongan ibadah setiap muslim yang berkunjung ke negara-negara bukan majoriti Islam.
Pengantara: Ahmad Fedtri Yahya
Kalamullah – versi 30 min setiap hari, jam 5.30pagi
Versi 5 minit setiap hari jam 8.55pagi; Isnin – Khamis jam 2.55 petang & Jumaat – Ahad, jam 4.50ptg.
Bacaan surah beserta tafsirnya oleh Ustaz Tarmizi dan wakil pelajar hafazan sekolah-sekolah Tahfiz dari serata Malaysia yang membaca dengan bertarannum. Setiap episod dengan bacaan surah terpilih membawa konsep ’kisah dan tauladan’ yang boleh dijadikan pengajaran.