Seorang lagi komposer dan penulis lirik terkenal di Malaysia, Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik telah meninggal dunia pada usia 47 tahun jam 8.50 malam tadi di Hospital Batu 3, Port Dickson akibat kegagalan jantungnya.
Berita ini Budiey terima menerusi laman Twitter dan SMS dari DJ Lin Suria Cinta pada jam 9.20 malam ini. Di saat demam Akademi Fantasia AF9 bermula, laman twitter dan Facebook digemparkan dengan pemergian seorang penulis lirik terkenal. Sumber pertama didapati dari Facebook milik penyanyi Haiza Dag Dig Dug.
Jenazah Seri Bayu akan dikebumikan di tanah perkuburan Batu 12 Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan selepas solat Zuhur tengahari esok (3 April 2011).
Selepas isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema menuntut cerai daripadanya, Seri Bayu mendapat belas ihsan daripada keluarga angkat dan rakan.
Al Fatihah. Semoga ruh dan pemergiannya diiringi rahmat & sejahtera di bawah payung lindungan yg Maha Esa!