Anugerah Industi Muzik 18 akan diadakan pada Sabtu, 12hb November 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil kam 9 malam.
Pecahan jumlah pencalonan akhir #AIM18: Aizat Amdan 6 pencalonan, Sheila Majid 5, Reza Salleh 5, manakala Najwa, Yuna & Anuar Zain masing-masing ada 4 pencalonan.
Tahniah buat semua yang tercalon ya. Good luck!
Adakah hip hop sudah tidak relevan kepada industri muzik malaysia? Atau tidak cukup penyertaan?
Berikut adalah Senarai Penuh Calon Top 5 Anugerah Industri Muzik 18 yang telah diumumkan pada jam 3 petang di Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay, Bukit Bintang, Kuala Lumpur :
1..Artis Baru Terbaik
- James Baum
- Kyoto Protocol
- Najwa
- Project Pistol
- Reza Salleh
2. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki
- Anuar Zain – Sedetik Lebih
- Azlan & The Typewriter – Jeritan Batinku
- Black – Sofea Jane
- Reza Salleh – What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure
- Tam Spider – KitaSatu
3. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita
- Anita Sarawak – Asmara
- Jaclyn Victor – Noel
- Najwa – How Long Must I Wait
- Yuna – Penakut
- Yuna – Gelora Jiwa
4. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu
- Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan
- A.P.I – Pelita
- Caipifruta – Menceceh Bujang Lapuk
- Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang
- In Team – Salamun Salam 2
5. Kulit Album Terbaik – Pereka
- Urusan Aizat Amdan – Aizat
- Lonely Boy Soldier – Hujan
- Bumi Akhir Usia – Mirwana
- Cherry Blossom Love – Pop Shuvit
- Decorate – Yuna
6. Rakaman Album Terbaik – Jururakam
- Urusan Aizat Amdan – Aizat
- Indah – Atilia
- Lonely Soldier Boy – Hujan
- Dewa – Ning Baizura
- Realize – Reza Salleh
7. Video Muzik Terbaik – Pengarah
- Ahmad Farish – Susun Silangkata oleh Aizat Amdan
- DJ CZA – Kotarayaku oleh Altimet & Nuh Hujan
- Yusry Abdul Halim – Sedetik Lebih oleh Anuar Zain
- Tan Chee Meng – Karma oleh Faizal Tahir
- Ahmad Farish – Inspector Remos oleh Hujan
8. Lagu Pop Etnik Terbaik
- Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor
- Katakanlah – Amirah Ali
- Santun Berpesan – Castury feat Ayati Tasrip
- HambaMu – Mawi & Akhil Hayy
- Falsafah Laksamana – Zali Redang
9. Lagu Nasyid Terbaik
- Hadirnya Cahaya SAW – Abdul Halim Ahmad – Devotees
- Permata Hati – Syah InTeam – Nazrey Johani
- Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU
- Bebas Palestin – Nazrey Johani – Rabbani, InTeam, Saujana & Nowseeheart
- Pahlawan Gaza – Frizdan – Saujana
10. Lagu Rock Terbaik
- Pelita – Loque & API
- Estravaganza – Sam – Bunkface
- Pokok – Taja – Meet Uncle Hussain feat Hazama
- Wanita Seluruh Dunia – Boy Clifford – Project Pistol
- Kita Satu – Tam – Spider
11. Lagu Pop Terbaik
- Beribu Sesalan – Kevin Chin – Tinta – 3 Suara Ning, Jaclyn Victor & Shila Amzah
- Sungai Lui – Aizat & Anas – Aizat & Anas – Aizat Amdan
- Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain
- Dengarkanlah – Acis & Sheila Majid – Sheila Majid
- Penakut – Yuna Zarai – Yuna
12. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
- Years From Now – Aizat & Anas – Aizat Amdan
- Innocence Soul – Najwa – Najwa
- Got To Go – Najwa – Najwa
- What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure – Reza Salleh
- Straccialatella – Reza Salleh
13. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkanlah oleh Artis Luar Negara – Artis
- Insyaallah – Maher Zain
- Indahnya Cinta – Nidji
- Sahabat Selamanya – Padi
- Ku Menunggu – Rossa
- Bunga Mimpi – Sandy Sandoro
14. Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Pengubah
- Helen Yap – Asmara – Anita Sarawak
- Edry Abdul Halim – Sedetik Lebih – Anuar Zain
- AG – Jeritan Batinku – Azlan & The Typewriter
- Syed Shahril Faizal Syed Hussain – Jeritan Batinku – Sheila Majid
- Jenny Chin – Ku Mohon – Sheila Majid
15. Album Terbaik – Produser
- 3 Suara
- Urusan Aizat Amdan
- Dewa
- The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid
- Sayang & Cahaya – Dayang Nurfaizah
16. Artis Mobile Terbaik
Penyanyi Aizat mengungguli enam pencalonan bagi enam kategori termasuk Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM-18) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November depan pukul 8.30 malam.
Aizat yang mendominasi hampir kesemua kategori utama menerusi album ‘Utusan Aizat’ dicalonkan bagi kategori Kulit Album Terbaik (Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd), Rakaman Album Terbaik (Pereka Keith Yong dan Nick Lee), Video Muzik Terbaik (Ahmad Farish) menerusi lagu ‘Susun Silang Kata’, Lagu Pop Terbaik (Sungai Lui), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Years From Now) dan Album Terbaik (Kasi Gegar Entertainment).
Menyusuli Aizat adalah penyanyi Ning Baizura dengan lima pencalonan menerusi album terbarunya ‘Dewa’ dan album duet bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah, menerusi album ‘Tiga Suara’.
Dalam pada itu, Datuk Sheila Majid, Anuar Zain, Yuna, Najwa Mahiaddin, masing-masing mendapat empat pencalonan pada anugerah tersebut. Sheila ketika ditemui selepas sidang media nyata terkejut dengan empat pencalonan diterimanya dan menyifatkan pencalonan itu sebagai rezeki.
“Saya muncul dengan album ‘The Malaysia Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid’ adalah untuk peminat yang tidak dapat hadir pada konsert tersebut dan tidak pernah mengimpikan sebarang anugerah,” ujarnya.
Menerima pencalonan dalam kategori Album Terbaik, Sheila turut dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu ‘Dengarkanlah’ dan dua pencalonan dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu untuk lagu ‘Jeritan Batinku’ dan ‘Ku Mohon’.
Sementara itu, untuk kategori Artis Baru Terbaik, antara nama yang tercalon adalah James Baum, Kyoto Protocol, Project Pistol, Reza Salleh dan Najwa Mahiaddin.
Najwa turut bertanding di dalam Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu ‘How Long Must I Wait’ bersama-sama Anita Sarawak (Asmara), Jaclyn Victor (Noel), dan Yuna (Penakut dan Gelora Jiwa). Selain itu, Najwa turut mendapat dua pencalonan dalam kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik di samping penyanyi Reza Salleh yang turut mendapat dua pencalonan dalam kategori sama.
Penyanyi Anuar Zain dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu ‘Sedetik Lebih’ bersama-sama lagu ‘Beribu Sesalan’ (Jaclyn Victor, Ning Baizura, shila Amzah), dan ‘Penakut’ (Yuna).
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM-18, Rosmin Hashim pada Rabu.
Rosmin dalam ucapannya berkata, AIM-18 kali ini tampil dengan banyak perubahan ekoran pertambahan penghasilan lagu berbanding album dan antara perubahan tersebut termasuk pengurangan 10 kategori menjadikan AIM tampil dengan 18 kategori selain tidak membenarkan karya pemuzik luar.
Panel juga sebulat suara untuk memansuhkan kategori Lagu Hip Hop Terbaik kerana kekurangan penyertaan yang menepati kriteria membawa kepada pengurangan jumlah keseluruhan kategori dari 19 kepada 18. Katanya lagi, Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS akan meneruskan peranannya sebagai ketua juri dalam penghakiman bagi menentukan penerima yang layak pada anugerah itu nanti.
Rosmin turut memberitahu nama-nama juri yang akan terlibat dalam penghakiman kesemua pencalonan AIM18 akan disiarkan bagi pengetahuan umum.
Katanya, AIM-18 tahun ini turut memperkenalkan anugerah khas oleh Celcom iaitu Artis Mobile Terbaik bagi mempertingkatkan pemasaran muat turun lagu.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pemilihan penerima anugerah akan berdasarkan muat turun lagu paling tinggi termasuk pembaharuan dalam ‘Call Me Tones’.
Selain itu, Celcom juga menawarkan kepada para pelanggan untuk diraikan bersama-sama artis kegemaran mereka dan mendapat layanan setaraf VIP semasa AIM18 menerusi promosi “Be A Star at AIM 18â€.
Dalam pada itu, Astro selaku penyiar dan rakan media rasmi AIM18 akan menganjurkan persembahan untuk mempromosikan anugerah ini selain menyiarkan upacara karpet merah dan ucapan pemenang di majlis “post partyâ€.
Karya yang layak menyertai pertandingan ini ialah bagi tempoh penghasilan bermula 1 Januari 2010 hingga 30 Jun 2011. via Mstar Online