Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2011
Awan Nano Menang Lagu Terbaik APM2011
Tahniah buat Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz yang telah memenangi dua anugerah di APM2011 yang berlangsung pada 15 Julai yang lalu.
Lagu nyanyian Hafiz AF7, Awan Nano dinobatkan sebagai Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 di Max Pavillion Singapore Expo, Singapura, malam Sabtu.
Selain itu, majlis tersebut turut menyaksikan kemenangan daripada artis Singapura iaitu Hady Mirza yang membolot tiga anugerah iaitu Artis Singapura Paling Popular, Lagu Singapura Paling Popular dan Lagu Serantau Paling Popular menerusi lagu Angkasa.
Artis tempatan lain yang turut mengungguli anugerah masing-masing adalah Faizal Tahir yang merangkul kategori Artis Lelaki Terbaik. Sementara Dayang Nurfaizah dengan pasangan duetnya iaitu penyanyi dari Indonesia, Marcell memenangi kategori Kolaborasi Terbaik menerusi lagu Sayang.
Biarpun tewas menerusi kategori Kolaborasi Terbaik, Datuk Siti Nurhaliza masih mampu tersenyum lebar dengan kemenangannya buat kali ke-10 sebagai Artis Serantau Paling Popular. Dalam pada itu, lagu yang sedang popular di corong radio iaitu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan dan Altimet merangkul kategori Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru).
Gabungan tiga suara hebat iaitu Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah juga membawa tuah kepada mereka apabila dinobatkan sebagai Duo/Kumpulan Terbaik menerusi album 3 Suara.
Buat pertama kalinya, penyanyi baru meningkat naik iaitu Amanda Imani memenangi kategori Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita) menerusi lagu Selamilah Cinta.
Anugerah yang memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik dari tiga buah negara, Singapura, Malaysia dan Indonesia itu dianjurkan oleh Mediacorp dan Beyond Events dengan kerjasama Astro Ria, sebagai penyiar rasmi di Malaysia.
Majlis tersebut dihoskan oleh pelakon dan pengacara Didie Alias bergandingan dengan dua pengacara Singapura, Fizo O dan Adi Rahman. via Mstar Online
Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2011
Album Terbaik – Energi (Kotak)
Artis Lelaki Terbaik – Faizal Tahir (Adrenalin)
Artis Wanita Terbaik – Rossa (Harmoni Jalinan Nada & Cerita)
Lagu Terbaik – Awan Nano (Hafiz)
Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki) – Sandhy Sondoro (Bunga Mimpi)
Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita) – Amanda Imani (Selamilah Cinta)
Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru) – Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet (Kalau Berpacaran)
Duo/Kumpulan Terbaik – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah (3 Suara)
Lagu Serantau Paling Popular – Angkasa (Hady Mirza)
Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad) – Datuk Siti Nurhaliza
Kolaborasi Terbaik – Dayang Nurfaizah & Marcell (Sayang)
Lagu Singapura Paling Popular – Angkasa (Hady Mirza)
Artis Singapura Paling Popular – Hady Mirza
Lagu Terbaik Singapura – Lagu Teman (The Lion Story feat Zahidah)
Lagu Terbaik Malaysia – Awan Nano (Hafiz)
Lagu Terbaik Indonesia – Cintailah Aku Sepenuh Hati (Ari Lasso)
Anugerah Khas Planet Muzik – Melly Goeslaw
Artis Lelaki Terbaik – Faizal Tahir (Adrenalin)
Lagu Terbaik Malaysia – Awan Nano (Hafiz)
Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita) – Amanda Imani (Selamilah Cinta)
Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru) – Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet (Kalau Berpacaran)
Duo/Kumpulan Terbaik – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah (3 Suara)
Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad) – Datuk Siti Nurhaliza
Artis Singapura Paling Popular – Hady Mirza
Anugerah Khas Planet Muzik – Melly Goeslaw
Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011) berlangsung dengan jayanya di Max Pavilion, Singapura malam kelmarin. Tahniah diucapkan kepada artis-artis Malaysia yang berjaya membawa pulang kemenangan, terutama Datuk Siti Nurhaliza yang sekali lagi menggunguli Anugerah Artis Serantau Paling Popular.
Sepanjang tiga jam siaran langsung APM 2011 malam tadi, GUA yakin banyak perkara menarik yang dapat disaksikan. Bagaimana pula dengan kejadian-kejadian di balik tabir? Berikut beberapa info menarik yang ingin kongsi GUA kongsikan bersama:-
1) Secara keseluruhan, penyertaan artis kali ini tidak semeriah penganjuran di Kuala Lumpur pada 2008 dan di Jakarta pada 2009. Artis Indonesia paling kurang hadir. Selain Rossa, Melly Goeslaw, dan Afgan, hanya Judika Sandhy Sondoro yang kelihatan.
2) Perkarangan Max Pavilion langsung tidak meriah dengan kehadiran peminat. Pada jam 8.30 malam, dewan masih lengang walaupun acara akan bermula pada jam 9.00 malam.
3) Tiada acara karpet merah diadakan di perkarangan dewan. Sebaliknya ia dibuat secara ringkas di dalam dewan berhampiran pentas utama.
4) Agak menjengkelkan apabila pihak keselamatan mengawal ketat pihak media yang bertugas, tetapi mengabaikan kawalan terhadap peminat. Ketika acara karpet merah berlangsung, ramai peminat menyerbu ke hadapan untuk bergambar dengan artis pujaan sehingga menyulitkan jurufoto bertugas.
5) Sebelum ini MediaCorp mengambil masa iklan komersial untuk memberi beberapa anugerah kepada artis-artis Singapura, kali ini tiada lagi. Sebaliknya, penonton di dalam dewan dijamu dengan iklan-iklan daripada pihak penaja dan juga klip-klip video penganjuran APM terdahulu.
6) Datuk Siti Nurhaliza membawa anak tirinya, Adib untuk sama-sama berjalan di karpet merah. Ketika ditanya oleh pengacara, Siti memberitahu dia membawa Adib kerana anak kedua Datuk K itu adalah penerbit kepada album Inggerisnya.
7) Nora Danish adalah artis bukan penyanyi yang ‘paling laris’ di APM 2011. GUA perhatikan dari mula dia menjejakkan kaki ke acara ini, tidak putus-putus peminat yang ingin bergambar bersamanya.
8) Tidak ada sidang media diadakan selepas acara berakhir. Untuk mendapatkan komen daripada pemenang, media bertugas perlu mencari sendiri artis yang diingini di acara post party. Sudahlah begitu, masa yang diberikan sangat singkat iaitu hanya setengah jam. Belum sempat mencari semua artis yang diinginkan, sudah ada yang memanggil kerana bas sudah menunggu di luar.
9) Agak mengecewakan kerana ramai artis yang tidak menyertai post party kerana hari sudah lewat malam. GUA difahamkan ramai yang bergegas pulang kerana penerbangan balik ke Kuala Lumpur dan Jakarta dijadual pada awal pagi oleh pihak penganjur.
10) Ramai peminat Siti mengekori penyanyi ini sehingga ke lobi hotel semata-mata untuk merakamkan gambar bersama. Kehadiran peminat ini membuatkan pihak hotel terpaksa menutup pintu berhampiran lif kerana bimbang ada peminat yang terus mengekori Siti hingga ke bilik.
11) Aryan Band yang menyampaikan lagu Azura 2011 tampil dengan solekan mata menarik. Kumpulan dari Singapura ini sering berulang-alik ke KL kerana di bawah pengurusan Luncai Emas.
12) Hady Mirza, Sezaire Sezali dan Taufik Batisah merupakan ‘tiga sekawan’ yang paling mendapat tepukan gemuruk daripada peminat yang berada di dalam dewan.
13) Mengikut perancangan asal, malam kemuncak APM 2011 sepatutnya berakhir pada jam 11.30 malam. Bagaimanapun, dek kerana terlalu banyak persembahan artis, malam kemuncak ini berlarutan sehingga ke tengah malam.
14) Berlakunya gangguan bekalan elektrik menyebabkan penonton di rumah tidak dapat menyaksikan ucapan kemenangan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Artis Serantau Sedekad Paling Popular. via Portal GUA.