in

Sekitar Sidang Media Matta di Planet Hollywood

Pada 23 April lalu, dengan kerjasama Radio Era, satu sidang media telah diadakan di Planet Hollywood pada jam 3 petang. Budiey turut berada di sana untuk berkenalan dengan enam orang anak muda yang sangat gemar mengeksplorasi muzik.

Asal kewujudan grup indie ini, Sunu sebagai vokalis bersama Uwok (pemain drum) telah menjumpai Dicky (pemain gitar), Setia (bass), Igoy (gitar) dan Yudi (keyboard) dalam suasana iklim muzik yang berbeda. Itu yang uniknya, Budiey kira kesemua anggota Matta mempunyai genre aliran muzik berbeda dan ini memberi warna yang indah untuk Matta. Grup yang kaya dengan muzik pop ini turut mendendangkan dua buah lagu untuk para media.

Kemaruk Mahu Berduet Dengan Siti Nurhaliza?
Ingat tak korang dengan persembahan Matta di APM yang lalu? Huh! Sempat turun ke pentas dan secara spontannya menghulurkan mikrofon kepada Datuk Siti Nurhaliza! Huh! Nasib baik Siti Nurhaliza hafal lagu Ketahuan, kalau tak, buat malu je kan? Popular sangatkah lagu Matta ni? Yang Budiey dengar, memang Sunu (vokalis) sangat minat dengan lagu Siti Nurhaliza dan hafal lagu-lagu diva popular itu. Hajatnya, kalau diberi peluang Matta ingin berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza…. Mmmm… cocok ke?

Matta akan terus bereksplorasi sehingga kehabisan idea… kerana mereka ingin lagu mereka boleh didengar orang seramai mungkin. Bukan hanya untuk yang mengerti muzik.

Diciplak & Istimewa Ketahuan
Asalnya, lagu Ketahuan katanya telah dinyanyikan lagi oleh Uut Permatasari tetapi tidak berjaya menarik pendengar dan nampaknya lagu ini menjadi siualan anak muda terus memberi tuah kepada Matta. Lagu yang membicarakan tentang pengkhianatan cinta yang dikemas dalam nuansa pop alternatif ini mendapat sedikit sentuhan dangdut. Budiey rasa Matta berjaya melengkapkan eksplorasi muzik kerana gabungan dua genre ini tidak mencacatkan keindahan lagu ini.

Mengapa pilih lagu Ketahuan?
Ketahuan adalah irama yang segar dan yakin diterima ramai. Matta ingin mencari resolusi bagaimana cara untuk jadi orang yang kaya dengan seni dan cuba buat formula untuk menjadikan orang suka dengan lagu ini.

Berasal dari kota Bandung, kelahiran Matta bukan seindah yang digambarkan. Bermula dengan muzik underground, kurang mendapat promosi meluas, berjuang di jalanan, Matta menongkah arus… dikatakan terlalu sombong kerana tidak mengukir senyum ketika bersama wartawan, lagu mereka dikatakan terlalu kekampungan dan macam-macam lagi.

Namun, yang penting bagi Matta, mereka kini mendapat perhatian ramai. Matta terus berazam untuk mencari formula baru untuk mengelak pendengar tidak bosan dengan irama dari Matta. Kini juga lagu Matta telah memasuki dan mendominasi juara di carta-carta radio sekitar Bandung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jemputan Readers ToGether-Gather ke-6 Sambil Menonton Filem Congkak

Sweet Charity Profile – Rahman Sarbani, Ramli Sarip, Wan Ahmad, AJ, Masron, Rosli Mohalim