Pada 21 Disember 2010, Selasa lalu, Budiey sempat hadir di Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon drama Tiramisu yang diadakan di Restoran Rebung, Bangsar.
Di majlis ini juga Budiey dapat tahu yang slot untuk drama Akasia kini bersiaran pada jam 7 malam. Budiey juga mendapat respon dari pembaca yang mengatakan masa itu tak sesuai kerana bertembung dengan slot Maghrib.
Manis dan pahit… Begitulah andaian sesetengah orang kepada cinta. Menyusuli “SERIBU KALI CINTAâ€, slot AKASIA bakal menayangkan sebuah lagi siri drama cinta romantis, TIRAMISU lakonan hebat Sharifah Amani, Pierre Andre, Tania Hudson, Zain Ruffedge, Mia Sara Nasuha dan Sheila Mambo mulai 27 Disember 2010. Atas permintaan ramai, siri drama slot AKASIA akan bersiaran pada 7.00malam, setiap hari Isnin hingga Khamis.
Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, “Slot Akasia sentiasa mendapat sambutan positif daripada para penonton TV3 sejak diperkenalkan pada tahun 2007 menerusi drama “Manjalaraâ€. Kini, AKASIA berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan catatan rating iaitu 1.8 juta penonton secara purata pada setiap episod.â€
“Bermula dengan TIRAMISU, waktu siaran slot Akasia akan diubah kepada 7.00 malam supaya memberi peluang kepada lebih ramai penonton untuk berkesempatan menontonnya selepas pulang dari pejabat.
Kami berharap agar strategi baru ini dapat memenuhi permintaan para penonton untuk mengikuti drama kegemaran mereka di mana TV3 sentiasa mengutamakan cita rasa penonton dalam memberikan program yang terbaik. †Jelas Puan Nurul.
Drama bersiri 28-episod terbitan Filmscape Sdn Bhd ini diarahkan oleh Faizal Ishak dan nukilan skrip oleh Eddie Mazlan. TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).
Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Jangan lupa saksikan TIRAMISU di slot AKASIA mulai 27 Disember 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3.