in ,

Sekitar RTM Media Screening: 2010 FIFA WORLD CUP

Semalam, Budiey ada bertanyakan soalan di Fanpage Budiey.com, samada korang excited tak untuk menonton FIFA World Cup bulan Jun ni. Budiey terkejut sebab ramai yang tak tahu tentang sukan kegemaran ramai ni akan diadakan pada tahun ni. Huh! Biar benar!

Ya, di sini Budiey ingin laungkan sesuatu.

YEBO! YEBO! YEBO!

FIFA WORLD CUP 2010 akan berlangsung di Afrika Selatan pada 11 Jun hingga 11 Julai 2010! Untuk info lanjut ada di http://www.sa2010.gov.za

Berapa beza masa Afrika dengan Malaysia ya?

Teruja atau tidak, pastinya perlawanan bola sepak 4 tahun sekali ini akan ditonton oleh peminat bola sepak seluruh negara! Termasuklah di negara kita, RTM akan menjadi penyiar rasmi dengan menayangkan 24 perlawanan siaran langsung dan 11 siaran tertunda di TV1 dan TV2. Ini termasuklah 35 perlawanan ulangan bermula dengan acara pembukaan antara Afrika Selatan melawan Mexico pada 11 Jun 2010.

Tak syak lagi, ianya The World’s Most Watched Sport Event!

Anda dah demam? Ye, demam bola semakin hari semakin terasa.

YEBO bermaksud YES atau YA dalam Bahasa Melayunya. Berasal dari bahasa Zulu (kaum paling ramai di Afrika Selatan) di mana, YEBO akan dilaungkan sebagai tema Piala Dunia kali ini.

Semalam, Budiey turut dijemput oleh penganjur iaitu Utusan Airtime untuk menghadiri satu Media Screening – RTM sebagai penyiar rasmi 2010 FIFA WORLD CUP.

Berlangsung di The Garden Ballroom, Mid Valley, selain client dan media, sebahagian besar tetamu yang hadir adalah dari agensi pengiklanan dan wakil setiap penaja yang akan menaja siaran ini dengan membeli ruang masa iklan TV. Budiey perhatikan semuanya dah tak sabar untuk melihat aksi-aksi menarik yang dramatik dalam setiap perlawanan.

Yang penting, siaran ini dah tentu sekali PERCUMA untuk semua orang yang mempunyai TV, termasuklah yang takde Astro kat rumahnya. Itu dah sedia maklum.

Tapi bayangkan, kalau-kalau masa siaran langsung tu, tiba-tiba hujan turun. Habislah terlepas nak tonton sebab siaran Astro terganggu. Mesti korang frust! Tapi nasib baik ada siaran ulangan. Itu tak pe lagi.

Budiey bukan apa, cuma tak sabar nak tonton siaran langsung perlawanan dalam bentuk HD pula. Memang gempaklah sebab panorama yang lebar dan gambaran yang superb! Jelas!

Cuma diharapkan tak banyak iklan TV yang disiarkan. Kalau boleh panjangkan sikit ruang untuk pengulas memberikan ulasan. Orang kata, biarlah seimbang. Nanti, tak pasal-pasal penonton akan tukar saluran.

Media Screening hari ini juga menampilkan program TV menarik di TV1 dan TV2 sepanjang demam bola sepak berlangsung. Banyak filem dan drama TV menarik yang akan dihidangkan kepada penonton. Antaranya, Bend It Like Beckham, dan pemenang 7 anugerah di Academy Awards iaitu – Out of Africa. Tidak lupakan juga, filem trilogi GOAL yang melibatkan pemain antarabangsa sebagai cameo.

Selain itu juga RTM akan menayangkan program berbentuk majalah tentang FIFA World Cup sebanyak 17 episod di mana penonton juga turut akan berpeluang menerima hadiah lumayan.

Turut diadakan juga pertandingan menari antara agensi – Diski Dance Challenge.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian South African Tribe Dance.

Dan dihoskan juga oleh personaliti TV di RTM.

Sebelum persembahan dua orang penghibur ternama negara, Budiey sempat mengambil gambar di sidang media yang diadakan sejurus selepas ucapan dari Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.

Dan guess what?… penyanyi bersuara lantang… Adibah Nor dah tak sabar untuk menghiburkan tetamu.

Tengok, asyik dia duk tunggu bilakah namanya akan dipanggil oleh hos.

Jeng jeng jeng… tahu-tahulah Adibah Nor kalau buat show… menang SUPERB habis.

Penyanyi kelahiran dari pertandingan menyanyi di RTM ini juga bijak untuk buat lawak dan berkomunikasi dengan audien. Orang kata, lawak Adibah Nor memang international dan tak kering gusi.

Tak syak lagi, Adibah Nor bukan sahaja penyanyi tapi seorang penghibur. Biarpun dia mengaku dengan berseloroh, dia merupakan penyanyi paling BESAR di Malaysia. Orang kata, bukan sekadar besar body, tapi besar dari segi bakat juga.

Lawak-lawak Adibah Nor sangat disenangi oleh tetamu kerana Budiey perhatikan setiap punchlinenya memang akan disambut dengan hilai tawa penonton.

Budiey buat-buat faham… Adibah Nor ni kalau berseloroh dengan penonton memang nombor satu. Tapi bab masa dia cakap, yang dia tak laku kat Malaysia sebab berbadan gempal tapi kalau pergi ke Afrika pasti laku, ramai orang nak sebab orang kat sana memang lain culture dan citarasanya. Siap promote, sape-sape yang masih solo bolehlah bersiap sedia datang melamar. Selain tu, Adibah Nor dapat 3 orang mangsa. 2 daripada mereka orang asing.

Mangsa pertama, dari Africa. Jadi, Adibah Nor duk gi usik-usik seorang audien dari Afrika ni. Dengan gaya yang menggoda dan kadang-kadang dalam nada yang sederhana gedik, Adibah Nor bersoal jawablah dengan tetamu ni. Hinggalah satu masa, si Mamat ni peluk bahu Adibah Nor. Huhu… tapi yang dahsyat, Adibah Nor hampir dicium! Haa, tu lah pasal…nasib baik tak kena cium betul kan?

Lepas buat performance, Adibah dalam nada gurauan bagi amaran, pada sesiapa yang ambik gambar tu, letak dalam internet ke facebook ke, youtube ke, SIAPLAH!

Tapi memang showmanshipnya sangat santai dan yang penting semua terhibur dengan 3 buah lagu yang didendangkan iaitu Big Spender, Harapan dan sebuah lagu rentak cha-cha.

Selain Adibah Nor, Budiey juga seronok dapat melihat persembahan 3 buah lagu dari Amy Search.

Persembahan solo tanpa pemuzik ini jarang-jarang Budiey tengok. Jadi, nampak lain sikit sebab Amy Search berdiri sorang-sorang dia je kat pentas.

Dan ini bukan persembahannya yang pertama tanpa band Search… tapi katanya, satu konsert di Istana Budaya juga akan dipersembahkan tanpa Search? Mmm…

Sempat lagi Amy promote konsertnya yang akan diadakan di Liverpool, London di England. Sebab mungkin ramai yang tak tahu tentang konsert mereka di sana.

Mulanya, persembahan Amy nampak sedu sedan dan tak bermaya sikit sebab nyanyi lagu sedih… lagu TIADA LAGI.

Tapi masa lagu kedua.. Isabella, semua orang galak dan ceria untuk menyanyi bersama-sama. Itulah aura Amy, sekelip mata aje boleh tukar mood audien.

Amy turut mengundang 3 orang tetamu untuk berduet dalam lagu ISABELLA.

Selain lagu Isabella, Amy nyanyi lagu Aku Dah Bosan dan Tiada Lagi.

Eh, 2010 ni kira banyak lagi acara sukan akan berlangsung sebenarnya. Bulan Mei ini ada perlawanan badminton Piala Thomas, bulan Mac ada perlawanan Asian Youth U-19 dan Badminton Super Series All England, bulan November lak ada China Open Super Series.

Sukan lain macam SUKMA 2010 akan diadakan pada bulan Jun ni, dan Sukan Komenwel di Delhi akan diadakan pada bulan Oktober, Sukan SEA dan Monsoon Cup pada bulan November.

Apa-apa pun, majulah sukan untuk negara.

Salam 1Malaysia!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Tahir, Aizat & Dato’ Siti Nurhaliza Fesyen Military Ala Michael Jackson

Telefon Bimbit Mampu Milik