in

Sekitar Persiapan Konsert Semalam di Malaysia D’lloyd

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kumpulan D’lloyd bakal beraksi di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mei ini. Ia diadakan atas permintaan peminat kumpulan ini sendiri. Dikatakan, kira-kira 20 buah lagu bakal dimainkan dalam konsert itu. D’Lloyd juga mengundang teman-teman seperjuangan yang tidak asing dalam kalangan peminat tempatan, Datuk Ahmad Jais.

Konsert itu akan dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, S. Atan. Budiey dikhabarkan kumpulan lagenda ini akan tiba di KLIA pada 3 Mei ini.

Ini pesanan suara dari Sam khusus buat peminat D’lloyd:

Persembahan gah itu dikatakan akan menjadi manifestasi perjuangan tanpa henti D’Lloyd selepas lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia muzik sekaligus dianggap sebagai legenda hidup yang menjadi ikon kepada kumpulan lain.

Pada 11hb. April, 2011 lalu, penganjur konsert ini iaitu Massa Frequency telah berangkat ke Jakarta untuk bertemu dengan ahli anggota Dlloyd yang giat membuat latihan di studio B Bop di Jakarta, Indonesia.

D'lloyd

Ahli kumpulan mereka terrdiri dari Bartje Van Houten (pemain gitar dan ketua kumpulan), Sam Dlloyd (vocalist utama), Chairul Daud (pemain Drum), Yuyun (Flute), Candra Chasmala (keyboard) dan Adiel (bass).

Pada hari tersebut, kumpulan D’lloyd telah membuat latihan untuk lagu-lagu popular seperti Cinta Hampa, Titik Noda, Mengapa Harus Jumpa, Semalam di Malaysia dan beberapa lagu yang lain.

Ketua kumpulan Pak Bartje Van Houten berkata bahawa beliau tidak sabar untuk membuat persembahan di Istana Budaya. Malah peminat dari Malaysia ada menelefon beliau dan menyatakan mereka berbesar hati dan tidak sabar menunggu untuk menyaksikan Konsert tersebut.

Konsert Dlloyd “Semalam di Malaysia” akan berlangsung pada 6hb, 7hb dan 8hb Mei, 2011 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Sesiapa yang ingin menyaksikan kehebatan Dlloyd dan mengenang semula nostalgia 70an dengan lagu-lagu mereka seperti Cinta Hampa, Semalam di Malaysia, Mengapa Harus Jumpa, Oh, Tak Mungkin, Khayal dan penyair, dan Keagungan Tuhan adalah lagu-lagu yang paling digemari di kalangan peminat Dlloyd di Malaysia.

Tiket berharga serendah RM68, RM98, RM128, RM168, RM208, RM258, RM308, RM458 boleh dibeli di kaunter box office di Istana Budaya atau layari www.ticket2u.com atau telephone : 03 41478600 atau 019 3391445.

Kepada peminat-peminat D’lloyd yang ingin menyaksikan Konsert D’lloyd pada 6, 7 & 8 Mei dan ingin menetap di Royale Chulan Kuala Lumpur, pihak hotel akan memberikan discount sebanyak 20 hingga 25% potongan dengan menunjukkan ticket pembelian semasa membuat tempahan penginapan. Keterangan lanjut atau boleh menghubungi Hotel Royale Chulan di 03-2688 9688.

7. Untuk mengikuti perkembangan Dlloyd sila lah layari: www.konsertdlloyd2011.com.

Budiey ada 10 keping tiket untuk diberikan kepada pembaca Budiey.com. Jadi, kepada peminat kumpulan ini, jangan lupa untuk melayari blog ini dari masa ke semasa untuk menyertai peraduan.

D'lloyd

D'lloyd

D'lloyd

D'lloyd

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Avengers Marvel Studios

Peraduan Jom Menonton Konsert D’lloyd di Istana Budaya