in ,

Sekitar Pelancaran Album Afgan Syah Reza Confession No. 1 di Malaysia

Sebenarnya, dulu… masa pertama kali dengar lagu Terima Kasih Cinta yang diputarkan di Suria FM, Budiey ingat lagu itu dinyanyikan oleh band dari Indonesia. Tapi sangkaan Budiey silap setelah beberapa hari kemudian, Budiey dapati lagu itu dinyanyikan oleh seorang remaja 18 tahun yang masih lagi menuntut di kolej. Huhu… suara dia dahsyat sungguh. Kena pulak dengan lagu-lagu yang dapat meruntun perasaan.

Semalam, Budiey antara media yang datang singgah di Hotel Istana bagi bertemu dengan Afgan di majlis pelancaran album Confession No. 1. Sungguh ramai media yang datang. Yelah, kalau produk dari Indonesia memang beria-ia semua datang. Bukan apa, Afgan pun kali pertama terbang singgah untuk promote albumnya. Jadi, tak jadi isu la, produk kita sendiri yang terpinggir, ke apa ke… asalkan kita sokong produk yang betul-betul bermutu dan dapat diterima ramai.

Dapatkan album ini di pasaran sekarang.

Afgan menerima plaque dari Encik Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Metadome Sdn Bhd

Afgan Syah Reza… nama itu telah meniti di bibir peminat seni suara di negara kita. Siapakah Afgan tu?

Seawalnya nama itu terlalu asing sekali bagi para pendengar semua apabila diajukan dengan nama tersebut. Tetapi apabila lagu ‘Aku Bersujud Padamu ‘ serta lagu ‘Terima Kasih Cinta’ sering di putarkan di corong-corong radio semuanya mula  tertumpu kepada suara anak muda tersebut.

Malah bagi pencinta muzik di Indonesia nama Afgan sudah sebaris dan sinonim dengan nama-nama besar dan hebat yang sedia ada. Namun ia langsung tidak mematahkan semangat anak muda ini untuk terus berjuang atas nama seni yang menjadi minatnya sedari kecil lagi. Berusia seawal 18 tahun tetapi mempunyai bakat yang begitu besar. Album Confession No.1 memuatkan sebanyak 13 buah lagu dan telah dipasarkan pada Januari yang lalu di Indonesia dibawah syarikat Wanna B.

Walaupun Afgan hadir sebagai pendatang baru industri tetapi inspirasi pengaruh muziknya datang dari John Legend dan Stevie Wonder. Apa yang membuatkan Afgan berasa bangga apabila lagu ‘Terima Kasih Cinta’ merupakan single pertama beliau dan telah melayakkan Afgan menerima Platinum dan sekali gus mengangkat nama Afgan.

Sekali lagi Afgan merasakan dirinya bertuah apabila syarikat Metadome Sdn Bhd bakal memasarkan album ‘Confession No 1’ di Malaysia pada hari ini iaitu 17hb Nov 2008. Beliau baru sahaja kembali mengerjakan umrah baru-baru ini merasakan salah satu hikmah yang diperolehinya ialah dapat memasarkan albumnya ke Malaysia ujar Afgan .

Segala perancangan bagi mempromosikan album “Confession No 1” telah pun di atur oleh pihak Metadome Sdn Bhd dari tanggal 17hb – 20hb nov 2008 ini. Ini adalah satu langkah projek usahasama yang baik buat Metadome Sdn Bhd dan Wanna B. Menurut Pengarah Urusan Metadome Sdn Bhd En Ferhard Ahmad album Afgan berkonsepkan muzik pop R&B dan jazz telah pun menduduki tangga no 7 dalam carta Hot.

Sekaligus membuktikan penerimaan peminat semua. Malah beliau percaya album ini bakal mendapat sambutan hangat di Malaysia dengan segala rangka promosi yang dirancangkan. Ternyata saya amat berpuas hati sekali dengan rangka promosi yang mantap di sediakan oleh pihak Metadome ujar Afgan. 

Ternyata keunikkan suara Afgan amat bersesuaian dengan genre Soul, Pop, R&B dan Jazz. Tanpa Batas Waktu – merupakan lagu track pertama. Sebuah lagu rancak dalam mood R&B yang mendapat sedikit sentuhan techno yang menarik.

Seterusnya track kedua iaitu ‘Terima Kasih Cinta’ yang memperkenalkan Afgan dan mendapat  sambutan. Karekter suara Afgan dalam lagu ini benar-benar menawan dan romantik. Lagu ketiga berjudul ‘Klise’ dan lagu keempat berjudul ‘Entah’ dibawakan Afgan dengan cukup bertenaga dan berkesan sekali.

Lagu kelima pula sebuah lagu duet bersama Nagita Slavina yang berjudul ‘Yang Ku Tahu Cinta’. Lagu ini dipenuhi dengan okestra yang cukup menyentuh hati. Secara keseluruhan 8 lagu berikut dari 13 buah lagu yang ada dalam album ini menampilkan penampilan Afgan yang berbeza dari penyanyi yang sedia ada. Sesiapa sahaja yang mendengar suara Afgan pasti akan terpukau dengan kelunakan dan kelatangan suaranya yang unik.
 
Manakala lagu ‘Biru’ pula merupakan lagu lama yang dirakamkan kembali bersama penyanyi asalnya iaitu bintang lagenda Vina Panduwinata. Dan sebagai lagu terakhir dari album ini Afgan menyelitkan sebuah lagu berjudul ‘My Confession lagu berunsur soul jazz ini sungguh indah didengar khususnya kepada mereka yang inginkan  sesuatu kelainan.

Sekali lagi pihak Metadome ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat Hotel Istana Kuala Lumpur kerana sudi menaja penginapan dan juga tempat pelancaran album tersebut iaitu Songket Lounge.

Juga tidak lupa terimakasih kepada Restoran Grill Chili’s & Bar kerana sudi menaja makanan bagi para pemenang peraduan bersama Afgan.

Track lagu album Afgan ialah:-

  1. Tanpa Batas Waktu
  2. Terima Kasih Cinta
  3. Klise
  4. Entah
  5. Yang ku Tahu Cinta Itu Indah
  6. Hanya Ada Satu
  7. Betapa Aku Cinta Padamu
  8. Sadis
  9. Shanty Lussy
  10. I.L.U
  11. Hilang Rasa
  12. Biru
  13. My Confession (bonus track)

Diana Danielle dan Liyana Jasmay pun minat giler dengan mamat bernama Afgan nih. Minat orang ke minat lagu dia ni?

Antara yang hadir ialah Imran Ajmain yang bakal mencipta 4 buah lagu untuk album Afgan akan datang. Tahniah Imran! Semakin popular la penyanyi Seribu Tahun ni, bukan itu aje, namanya juga antara tersenarai menjadi pencipta lagu buat Nina dari Indonesia yang dulunya pernah menjadi anggota kumpulan Warna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wajah-Wajah Afgan Syah Reza di Pelancaran Album Confession No.1

Video Afgan Nyanyi Lagu Padamu Ku Bersujud di Hotel Istana