in ,

Sekitar Majlis Perlantikan Awal Ashaari Sebagai Duta DOT RED

Tahniah kepada Awal Ashaari kerana sekali lagi dilantik menjadi jurucakap Dot Red untuk tahun kedua.

Langkah Red Box melantik Awal Ashaari menjadi jurucakap kad program rakan Dot Red tahun lalu telah menerima sambutan yang menggalakkan dari umum.

Perlantikan Awal Ashaari sebagai jurucakap kad Dot Red sebenarnya bertujuan menjadikan program Dot Redku Kehidupanku lebih bermanfaat dan mampu menarik semua lapisan masyarakat menjadi pelanggan setia Red Box, Red Box Ria dan Green Box khususnya pelanggan Melayu.

Ye lah, bukankah Awal Ashaari sendiri adalah produk dan mempunyai pengaruh tinggi di kalangan remaja dan dilihat mampu menggalakkan perkembangan keahlian program ini.

Kad Dot Red direka khas untuk pelanggan setia Red Box di mana mereka yang mempunyai program rakan Dot Red dapat menikmati pelbagai keistimewaan seperti tebusan untuk pilihan produk dan servis yang menarik samada dari segi muzik, tempat makan, membeli belah, hiburan, perkakas elektrik, baucer diskaun, cenderamata artis, tiket konsert, pas masuk menonton wayang dan banyak lagi.

Dengan menunjukkan kad keahlian mereka di cawangan dan kedai terpilih, ahli akan mendapat diskaun sehingga 50%.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Grand Surf Sdn Bhd, Miss Valerie Choo yang turut menurunkan tandatangan pada kontrak pembaharuan perlantikan Awal Ashaari sebagai jurucakap Dot Red untuk tahun kedua.

Di sidang media ini juga, Awal Ashaari mengajak orang ramai untuk sama-sama menyertai keahlian Dot Red dan menikmati pelbagai ganjaran yang disediakan. Di samping itu, beliau juga berharap orang ramai dapat menjadikan Red Box sebagai tempat riadah seisi keluarga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BOY MEETS WORLD

PROMO: FASHA SANDHA JADI COVER GIRL MAJALAH MANJA