in , ,

Sekitar Karnival Ulangtahun TV9 Nasi Lemak Kopi O

TV9 Di Hatiku kini memasuki tahun kelima ia bersiaran dan Nasi Lemak Kopi O merupakan salah satu program bual bicara di TV9 yang turut meraikan ulang tahun tersebut.

Sambutan ulang tahun TV9 bakal diraikan dengan mini karnival Nasi Lemak Kopi O yang diadakan pada 22 April 2011, hari Jumaat bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bersiaran secara langsung di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama.

krew Nasi Lemak Kopi O
Meraikan Ulang Tahun TV9 di Karnival

Acara meriah ini telah dihadiri oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar dan Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, En. Feisal Malik.

Anuar Zain
ANUAR ZAIN

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah disusun sepanjang dua jam ia bersiaran menerusi Nasi Lemak Kopi O. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival Nasi Lemak Kopi O ini sambil menyaksikan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan persembahan istimewa yang akan memukau mata sesiapa yang hadir.

Kehadiran artis tempatan iaitu Anuar Zain untuk memeriahkan karnival dengan single terbarunya, Sedetik Lebih, telah menggamatkan suasana karnival. Turut hadir bersama untuk memeriahkan pentas persembahan karnival adalah Misha Omar dan Alyah.

Karnival Nasi Lemak Kopi O yang berlangsung selama dua jam itu membawa para pengunjung menyaksikan kehebatan persembahan Fire Eater yang bermain dengan api, kemudian para pengunjung berkesempatan melihat pertunjukan silap mata, demonstrasi guntingan rambut oleh pemenang Best Daring Hairstylist dalam Indonesia Hair Show dan persembahan band. Para pengunjung juga dijemput ke stesen Nasi Lemak untuk menikmati Nasi Lemak dan minuman Kopi O yang telah disediakan khas untuk anda.

Nasi Lemak Kopi O yang memasuki tahun ke-empat bersiaran di TV9 dengan pengacara dan personaliti TV9 akan turun padang memeriahkan karnival Nasi Lemak Kopi O antaranya Aziz Desa, Farah Anuar, Sharifah Shahira, Fateen Gadis Melayu, Ashraf Muslim dan Sharifah Nur.

Krew dan pihak penerbitan berbesar hati berpeluang bersama-sama menyambut ulang tahun ke-lima TV9 atas sokongan daripada penonton setia TV9 dan Nasi Lemak Kopi O meraikan ulang tahun ini dengan penuh kemeriahan.

TV9 turut menjemput 40 anak-anak yatim dari Rumah Al-Ijabah, Puchong, 40 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang, serta 15 pesakit kanak-kanak dari Institut Pediatrik Kuala Lumpur.

Nasi Lemak Kopi O bersiaran di TV9 pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

TV9 – Lima Tahun Di Hatiku.

_DSC7569
ANUAR ZAIN
En. Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad
En. Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad
Farah Anuar dan Fatheen
Farah Anuar dan Fatheen
Persembahan api
Persembahan api
Persembahan menari sambil potong rambut
Persembahan menari sambil potong rambut
Alyah
ALYAH
Farah Anuar, Syarifah Nur bersama pelajar Sek Men Agama Al-Maidah
Farah Anuar, Syarifah Nur bersama pelajar Sek Men Agama Al-Maidah
En. Feisal Malik, Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9
En. Feisal Malik, Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IZ OIAM, Liyana Jasmay & Pierre Andre dalam CINTA AKHIR

Album Lagenda Hit Raihan