Ingat lagi dengan Sahri? Bintang kelahiran Akademi Fantasia ini popular dengan lagu Memori Bahagia yang kini masih lagi bergiat dalam industri. Vokalnya memang mantap. Tapi sampai sekarang masih tidak punya album yea?
Sahri bergaya dengan baju rayanya.
Berpeluang bertemu Sahri di Majlis Pelancaran Kesyukuran Dalam Kemeriahan Syawal anjuran TV3, Budiey ada mengambil gambar potret Sahri. Tapi malangnya, semalam nak dijadikan cerita, hard disk di laptop Budiey rosak dan terpaksa di format semula. Nasib baik Budiey ada simpan gambar Sahri dalam album Facebook. Arrgggghhh, tension tul!
Ya Tuhan, rasa trauma la sekejap sebab banyak gambar selebriti kat dalam tu terpaksa burn macam tu aje. Sedih giler rasanya sebab gambar-gambar tu semua sumber pencarian dan periuk nasi Budiey. Jadi, moral of the story, setiap kali upload gambar, terus je buat back up atau copy terus dalam CD. 🙁
Oklah berbalik dengan cerita Sahri, macam biasalah dalam bulan puasa ni mana ada show. Tidak banyak sangat show. Cuma Sahri banyak menerima jemputan berbuka puasa dan program amal. Macam selalaunya, Sahri akan beraya di Melaka.
Apa pengertian Aidilfitri bagi Sahri?
“Bagi saya, Aidilfitri adalah perayaan kemenangan orang Islam selepas sebulan menahan lapar dahaga serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Raya juga melambangkan kesucian perhubungan silaturrahim antara saudara mara dan sahabat handal yang pastinya akan bertambah erat dengan adanya hari raya.”
Macamana persiapan raya?
Persiapan raya sederhana aja, tak nak terlalu boros.. pasal duit raya tu… adalah.. sikit-sikit. 🙂
Apa program raya Sahri?
Petang raya pertama ada show kat Kuala Lumpur, diikuti dengan pagi raya ketiga ada program raya di RTM… so cuti tak rasa macam cuti sebab ada kerja tapi yang pastinya lepas raya ketiga baru raya 🙂
Pengalaman sedih masa menyambut Aidilfitri?
Takdelah yang sedih sangat. Cuma pagi raya 3 tahun lepas accident bawak kereta akak masa nak pergi sembahyang raya.. 🙂
Apa yang menyentuh perasaan Sahri tatkala mendengar suara takbir?
Tak fikir sesiapa sangat sebenarnya, cuma teringatkan kekhilafan diri sendiri.. terasa diri ini kecil sangat di muka bumi ini dan betapa agung dan sucinya agama Islam di dunia ini.
Kepada Sahri, Budiey dan pembaca Sensasi Selebriti ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.