Pada malam ini, debaran program realiti hiburan My Starz LG akan tiba ke kemuncaknya. Setelah Azri diumumkan terkeluar, kini terjawablah sudah 4 finalis yang bakal berentap di pertandingan akhir pentas My Starz LG. Wana, Hairi, Nashrin dan Cassie tentunya gembira setelah diistiharkan layak ke peringkat akhir setelah berhempas pulas mengharungi pelbagai cabaran semenjak awal pembabitan mereka. Namun, pahit getir yang dilalui bakal berbaloi setelah mempamerkah kehebatan masing-masing pada malam ini. Siapakah antara mereka bakal dinobatkan sebagai Juara My Starz LG musim ke-2? Â
Acara gilang-gemilang peringkat akhir My Starz LG ini juga turut dimeriahkan oleh artis-artis tempatan seperti Jamal Abdillah, Sarah Raisuddin, Misha Omar dan Fiq yang bakal berduet dengan peserta. Selain dari itu, penonton juga turut dihiburkan oleh artis-artis terkenal tanah air dan dari negara seberang, Faizal Tahir, Mawi dan Rossa.
Untuk ketahui siapakah juara Mystarz LG, saksikan peringkat akhir My Starz LG yang akan diadakan pada:
Tarikh :
22 Februari 2008 (Ahad)
Masa :
8.00 malam (Siaran langsung bermula jam 9.00mlm)
Tempat :
Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur
Tema Pakaian :
Glamour
Budiey: Kepada pembaca bertuah yang mendapat tiket final, sila jumpa Budiey di PWTC pada malam ini. Sila hubungi Budiey. Terima kasih.