Ehem ehem, romantiknya Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dalam gambar ni…
Uish… jangan salah faham ya, ini hanyalah lakonan mereka untuk watak suami isteri dalam Nur Kasih The Movie yang bakal ditayangkan dalam bulan Mac tahun depan. Tiz Zaqyah yang membawa peran Nur akan lebih beremosi dalam filem ini dan watak Adam oleh Remy Ishak pastinya akan mengimbau kembali kegemilangan drama ini seketika dulu.
Tiz serta dua pelakon utama filem itu iaitu Remy Ishak dan Fizz Fairuz telah menjalani penggambaran selama 35 hari bermula 19 Jun lalu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Jordan. Untuk scenes di Jordan, shooting berlangsung selama 10 hari di negara Timur Tengah itu bersama Fizz dan Remy. Cabaran di sana sangat banyak. Dengan cuaca yang tak menentu, ada ketika terpaksa merempuh ribut pasir dan keadaan social dan budaya di sana.
Dalam filem ini, Tiz cakap wataknya sebagai seorang gadis dan kemudian isteri yang bertudung lebih bergolak dengan permainan emosi. Wataknya agak kuat, malah lebih kuat, lebih cekal dalam masa yang sama nampak agresif.
Kata Tiz: “Saya tak akan menangis tetapi orang yang menonton filem ini akan menangis.”
Mampukah filem ini meraih fenomena luar biasa sebagaimana yang diharapkan?
Jawapannya, terpulang kepada penonton yang akan menilainya.
Sinopsis pendek yang merangkumkan jalan cerita sebagai teaser filem ini:
Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta Nur..setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya..setelah Sarah benar – benar insaf… apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta….nantikan Nur Kasih The Movie…
Di sesi bersama media semasa hari ke-3 pengambaran filem terbitan Grand Brilliance ini, Tiz Zaqyah dihujani oleh soalan-soalan yang sebenarnya sudah dijangkakan. Ianya tentang kes Tiz Zaqyah dituduh cuba menggoda kekasih Fasha Sandha, Jejal yang tercetus pada bulan Jun lalu.
Segala kontroversi yang melanda tidak sedikit pun menjejaskan tumpuan Tiz Zaqyah di lokasi. Maintain je emosi Tiz. Suaranya halus dan sengau-sengau tu buat ada media yang menyuruh Tiz jadi penyanyi. Manalah tahu ada bakat. Tapi Tiz cakap, dia pun tak pasti, mana tahu ada yang cakap nanti suara dia sumbang ke. Kalau nak tahu, sebelum jadi pelakon, Tiz pernah ditawar jadi penyanyi!
Menurut Tiz Zaqyah, dia sebenarnya tak nak komen banyak-banyak tentang perkara itu. Cukuplah dia dah komen di program Melodi hari tu. Yang penting, sekarang ini kejadian itu banyak memberi pengajaran berguna untuk Tiz meniti hari sebagai seorang selebriti. Mulai saat itu, Tiz mulai berhati-hati untuk memilih kawan.