Siri Jelajah AIM18 ke Jusco AEON AU2
Siri jelajah promosi rancangan anugerah muzik terunggul tanahair, Anugerah Industri Muzik (AIM), kini giat menarik peminat muzik dengan persembahan calon AIM18 di tempat terpilih.
Selepas menghangatkan suasana di Plaza Alam Sentral pada hujung minggu lepas, siri jelajah AIM18 akan menghiburkan pengunjung Jusco AEON AU2 di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pula pada 15hb dan 16hb Oktober 2011.
Pencalon AIM18 yang hadir tentunya akan memeriahkan lagi suasana dengan petikan muzik dari pelbagai genre, dari muzik rock alternatif, balada ke etnik, nasyid dan pop. Jangan ketinggalan penyanyi sensasi seperti Dayang Nurfaizah, Nowseeheart, Amirah Ali, Project Pistol, Mirwana, Kyoto Protocol, James Baum, Devotees, Castury, Saujana and Zalee Redang. Trio bersuara mantap, 3 Suara, yang terdiri daripada Jaclyn Victor, Ning dan Shila juga akan muncul menghiburkan pengunjung ditambah dengan persembahan Nora dan penyanyi cilik Voices of Ummi, antara lainnya.
Peminat juga turut berpeluang berkenalan dengan artis kegemaran mereka semasa sesi autograf dan gambar. Jelajah promosi AIM18 bermula dari pukul 11 pagi hinggalah ke 9 malam di setiap lokasi.
Dicetuskan oleh Celcom, jelajah promosi AIM18 ini bukan sahaja dibarisi artis tetapi juga dipenuhi dengan aktiviti dan pelbagai hiburan serta peluang untuk memenangi hadia percuma dan tiket ke malam berprestij anugerah AIM18 yang diadakan secara langsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada 12hb November.
Lokasi pertama jelajah promosi AIM18 ialah di Kuantan baru-baru ini dimana lebih dari seribu orang telah berkesempatan menyaksikan persembahan Azlan and the Typewriter, Nazrey, Castury, Mirwana, Amirah Ali, dan ramai lagi.
Tarikh dan lokasi jelajah promosi AIM18 berikutnya tertera dibawah:
1. Jusco AU, Kuala Lumpur 15-16 Oktober 2011
2. Kluang Mall, Johor 22 – 23 Oktober 2011
Celcom merupakan penaja utama AIM18 dengan ASTRO Ria (Saluran 104) sebagai penyiar televisyen rasmi dan ERA sebagai penyiar radio rasmi.
Untuk menambahkan lagi debaran penonton untuk AIM18, ASTRO Ria (Saluran 104) juga akan mengudarakan dua episod Akustik AIM, yang akan memperlihatkan persembahan akustik lagu-lagu yang tercalon untuk AIM 18.ERA akan menyediakan liputan radio dan juruacara untuk jelajah promosi AIM.
Celcom juga turut menjalankan kempen “Be A Star at AIM18†dimana pelanggan berpeluang memenangi ‘pengalaman seumur hidup’ dan duduk di sebelah artis kegemaran mereka semasa pertunjukan anugerah. Syarikat telekomunikasi itu juga baru melancarkan portal mobil dan komuniti, kini eksklusif untuk semua pelanggan Celcom, The Cube, yang boleh dinikmati pelanggan melalui http://m.thecube.my atau pada skrin yang lebih besar melalui laman web The Cube www.thecube.my.
AIM 18 akan diadakan pada hari Sabtu, 12 November 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula dengan siaran langsung ‘Blue Carpet’ di 8.30 malam diikuti dengan siaran langsung AIM18 pada pukul 9.00 malam, ekslusif di Astro Ria (Saluran 104).
Sejumlah 75 calon AIM18 telah diumumkan baru-baru ini, setelah melalui proses penghakiman yang diaudit oleh Ernst & Young. AIM rata-rata dianggap sebagai anugerah muzik yang definitif oleh pemuzik tanahair disebabkan proses pemilihan dan penghakiman oleh panel juri yang terdiri daripada pakar industri, bukan seperti anugerah muzik lain yang lebih berdasarkan populariti.
Untuk maklumat lebih tentang RIM, sila rujuk ke laman web www.rim.org.my. Untuk maklumat mengenai AIM, sila rujuk ke laman web http://aim.org.my.
Nora dengan anak gadisnya
Projek Pistol
Ayati Tasrip dan Castury di pentas
Nora dengan Voices of Ummi
Nowseeheart
Kyoto Protocol
Tiga Suara beraksi di pentas
Tiga Suara beraksi di pentas
Mawi