Bapa tunggu Aidil, tak mahu ulas kenyataan Rita
Berita Harian bertarikh 2 Oktober (semalam) telah menyiarkan kenyataan Rita Ridaini mendakwa rumah tangganya bersama Aidil, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah, banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu, terutama keluarga mentua. Mereka yang berkahwin dua tahun lalu dikurniakan cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin.
Sementara kenyataan yang sama telah keluar dalam mStar Online hari ini di mana pelakon Rita Rudaini mengakui masih sayangkan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,23, dan tidak pernah berhasrat untuk berpisah.
Menurut Rita juga, masalah yang berlaku dalam rumah tangganya adalah berpunca daripada pihak ketiga yang cuba memecahbelahkan rumah tangga mereka. Pihak ketiga itu juga selalu menyebarkan fitnah semata-mata untuk memberi tekanan kepada Rita dan suaminya.
“Saya mempersoalkan di sini apakah motif mereka berbuat demikian? Apakah tujuan mereka ingin menghancurkan kebahagiaan kam.”
Rita diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Sabtu yang melaporkan rumah tangganya dengan pemain bola sepak kebangsaan itu seperti retak menanti belah.
Laporan itu turut menyebut Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anak mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia lebih setahun sejak sekian lama.
Ujar Rita, dia masih mahu mempertahankan rumah tangganya dan tidak pernah berhasrat untuk berpisah seperti yang diheboh orang sejak kebelakangan ini.
“Saya masih sayangkan Aidil dan rumah tangga kami,†katanya.
Dalam Berita Harian hari ini pula, bapa Aidil telah buat kenyataan balas:
“Biarlah apa pun yang dia nak cakap,†kata Abd Radzak Salleh dalam reaksi balas terhadap kenyataan menantunya, Rita Rudaini Mokhtar yang mendakwa rumah tangganya kini goyah akibat campur tangan individu tertentu, termasuk keluarga mentua.
Sambil reda dengan jodoh Rita dan Mohd Aidil Zafuan, 23, kerana ia ketentuan Tuhan, Abdul Radzak, 61, berkata mereka sekeluarga tidak tergamak bertindak sesuatu atau memburukkan pelakon berkenaan dan buat masa ini beliau dan keluarga tidak mahu mengulas lanjut pendedahan Rita yang disiarkan Berita Harian, semalam.
“Saya tak mahu ulas kenyataan pelakon itu (Rita) kerana sehingga kini pun kami tak dapat apa-apa maklumat daripada Aidil (Mohd Aidil Zafuan) yang kini ada di Vietnam bersama skuad bola sepak kebangsaan. Ada baiknya kami ahli keluarga berbincang dulu, terutama dengan Aidil kerana ia membabitkan kepentingan rumah tangga mereka. Biarlah dia (Rita) yang buat kenyataan atau apa juga yang dia nak cakap… kami perlu ambil masa,†katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rashibah Indah, Sikamat di sini, semalam.
Abd Radzak yang kelihatan kurang sihat kerana penyakit paru-paru berkata, beliau perlu mendapat maklumat jelas daripada Aidil bagi mengelak kenyataan yang tidak benar dan memalukan keluarga, selain tidak mahu tumpuan anaknya terhadap karier dan tanggungjawab bersama pasukan bola sepak negara dan Negeri Sembilan terganggu.
“Kami belum dengar apa-apa daripada Aidil, malah sebelum ini pun kami tak pernah pergi ke rumah mereka di Kuala Lumpur dan tidak tahu hal rumah tangga mereka. Laporan yang kami dihalau ketika berkunjung ke rumah mereka juga tidak benar kerana memang kami tidak pernah ke sana, kecuali ketika Rita melahirkan Airit,†katanya.
Mengenai dakwaan bahawa Aidil sudah lama tidak menjenguk Rita dan bayi mereka, termasuk meraikan Aidilfitri lalu bersama keluarga masing-masing, beliau berkata, setiap kali selesai perlawanan bola sepak, Aidil pulang ke Kuala Lumpur.
“Aidilfitri lalu, Aidil baru selesai dengan tugasannya bersama skuad bola sepak kebangsaan di luar negara. Dia ada cuti singkat kerana terpaksa memberikan komitmen kepada skuad Negeri Sembilan pula bagi menghadapi perlawanan dengan Kelantan di Kota Bharu.
“Kami tidak campur tangan dalam jadual Aidil. Jika dia nak berhari raya di mana pun, terpulang kepadanya,†katanya yang turut kesal dengan dakwaan Rita bahawa Aidil melarikan Airit untuk bertemu keluarga pemain bola sepak itu.
“Wajarkah tindakan Aidil membawa anaknya bertemu datuk dan nenek dituduh sebagai melarikan anak?†katanya.