in ,

Revolusi Petua & Teknik Sunsilk Bersama Pakar Rambut Dunia

Sunsilk Bersama Pakar Rambut Revolusikan Penjagaan Rambut untuk Wanita Malaysia

Tujuh pakar rambut dunia bergabung tenaga untuk membawa penjagaan pakar, kualiti salon ke rumah

Semua orang berhak memiliki rambut yang cantik. Sunsilk percaya bahawa rahsia rambut cantik tidak seharusnya terbatas kepada rawatan di salun. Justeru, Sunsilk telah bekerjasama dengan pakar rambut terbaik dunia untuk mencipta formula bertaraf dunia untuk semua yang ingin menjaga dan mengekalkan kecantikan rambut mereka.

Sunsilk, jenama penjagaan rambut terbesar dan telah sekian lama dikenali di dunia, buat pertama kalinya dalam industri penjagaan rambut, telah membentuk pakatan kerjasama jangka panjang dengan tujuh pakar rambut terbaik dunia untuk bersama-sama mencipta formula khas untuk semua jenis rambut, setiap satu dengan rumusan unik untuk jenis rambut tertentu.

“Sunsilk bekerjasama dengan tujuh pakar rambut terbaik dunia dari pusat fesyen dunia – London, Los Angeles, New York, Paris, Tokyo – yang dipilih kerana pengkhususan, kefahaman unik dan ketelitian mereka dengan teknik yang sebaik mungkin,” kata Ainul Yaqin, Pengarah Penjagaan Rumah dan Dandanan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Pakar yang bekerjasama dengan Sunsilk di Malaysia adalah Yuko Yamashita, pakar kecantikan rambut dan pensyarah terkenal yang berpangkalan di Tokyo; Thomas Taw, pakar rambut rosak dan pereka fesyen rambut dari London dengan senarai pelanggan termasuk ramai pelakon terkenal dunia; Dr Francesca Fusco, pakar dermatologi dan penjagaan kulit kepala yang berpangkalan di New York; Teddy Charles, pereka fesyen rambut yang berpengaruh dari Paris, dan Jamal Hammadi yang berpangkalan di LA dan terkenal kerana sentuhan karismanya untuk busana anggun antarabangsa.

Dengan pengalaman tergabung selama 50 tahun dalam profesion masing-masing, senarai pelanggan yang terdiri daripada selebriti tersohor, dan kepakaran mengendalikan salun elit selama bertahun-tahun, tujuh pakar rambut ini telah bekerjasama dengan pasukan teknikal Sunsilk untuk mencipta bersama formula penjagaan rambut inovatif yang memenuhi keperluan jenis rambut tertentu, bagi memberikan pengalaman penjagaan pakar di rumah.

“Buat pertama kalinya, Sunsilk membawakan kepada berjuta-juta pengguna apa yang selama ini hanya terdapat di salun elit. Kami berkongsi matlamat yang sama dengan barisan pakar ini: untuk membawakan produk bertaraf dunia kepada setiap wanita di seluruh dunia, supaya mereka boleh memiliki “kepakaran dalam botol” mereka sendiri untuk mencipta rambut yang cantik menawan di rumah,” tambah Yaqin.

Sunsilk berkongsi kesungguhan dan komitmen yang sama dengan setiap seorang daripada tujuh pakar rambut ini untuk mencipta rambut yang sempurna. Mengulas mengenai kerjasama ini, Thomas Taw, Pakar Pencipta Bersama Sunsilk Damaged Hair Reconstruction, berkata, “Saya menumpukan segenap tenaga dan emosi saya kepada rambut agar tampak sihat berseri, bukan menutupnya dengan kaedah dandanan yang menelan belanja tinggi. Bagi saya, Sunsilk Co-Creations adalah sebahagian daripada komitmen dan kesungguhan saya untuk kesihatan rambut menawan. Petua dan teknik untuk memiliki rambut yang sempurna patut diketahui oleh semua, bukan segelintir mereka yang bernasib baik.”

Barisan Pakar:
1. Yuko Yamashita – Pakar Rambut Lembut Terurus, Tokyo
Beliau adalah pakar kecantikan rambut, pensyarah dan inspirasi di sebalik proses melurus rambut yang dipatenkan di beberapa negara dan digunakan di beribu-ribu salun di seluruh dunia. Yuko berusaha untuk mengurangkan geseran antara rambut supaya boleh menggeluncur licin untuk rambut lembut terurus. Rangkaian produknya, Sunsilk Silky Smooth & Manageable yang mengandungi Keratin Yoghurt Nutri Complexâ„¢ menjinakkan rambut liar dari akar umbi hingga ke hujung untuk mengurangkan kekusutan.

2. Thomas Taw – Pakar Rambut Rosak, London
Seorang pakar dan pereka fesyen rambut dari London dengan senarai pelanggan yang termasuk pemuzik, peragawati dan pelakon terkenal, begitu gigih dalam usahanya untuk membaik pulih rambut yang rosak. Rumusannya untuk rangkaian Sunsilk Damaged Hair Reconstruction mengandungi Olive Serum Nutri Complexâ„¢ untuk membaiki pulih rambut secara dramatik dengan menembus jauh ke dalam helaian rambut dan mengisi rekahan setiap helai rambut yang rosak, lapis demi lapis.

3. Teddy Charles – Pakar Rambut Lurus Beralun, Paris
Beliau seorang pereka fesyen rambut berpengaruh dari Paris, sering bekerjasama dengan jurugambar terulung dalam industri seperti Mario Testino dan pereka fesyen seperti Karl Lagerfield dan Marc Jacobs. Teddy menyeru supaya wanita tidak takut untuk melakukan perubahan! Tugas saya ialah untuk memberi keyakinan kepada wanita untuk menampilkan kecantikan rambut mereka. Rangkaian produk penjagaan rambutnya, Sunsilk Straight Perfection, mengandungi Aqua-Lysine Complex untuk menjadikan rambut lebih lurus dan tampak anggun sepanjang hari.

4. Dr. Francesca Fusco – Pakar Penjagaan Kulit Kepala, New York
Adalah salah seorang pakar dermatologi dan pakar penjagaan kulit kepala dari New York yang paling dihormati, dan sumber kepakaran bagi CNN dan ramai selebriti Amerika. Beliau berpegang kepada falsafah: Kulit kepala adalah sebahagian daripada kulit, dan anda perlu menjaga dan merawat kulit kepala sama seperti anda menjaga muka! Rangkaian produknya, Sunsilk Lively Clean & Fresh, diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex, untuk menangani pengumpulan berlebihan sebum kulit kepala agar kulit kepala sentiasa bersih dan sihat, dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Dua varian lain yang diciptainya termasuk Sunsilk Hair Fall Solution dan Sunsilk Anti-Dandruff Solution.

5. Jamal Hammadi – Pakar Rambut Bersinar, Los Angeles
Beliau dari Los Angeles dan terkenal kerana sentuhan karismanya untuk gedung busana anggun antarabangsa, seperti Chanel, Dior, Gaultier and Galliano. Kata Jamal – Rambut kanak-kanak secara semula jadi sihat dan bersinar. Inilah yang boleh diharapkan oleh wanita daripada rangkaian produk yang saya cipta bersama Sunsilk. Rangkaian Sunsilk Stunning Black Shine mengandungi Henna Mica Complex, yang menyuburkan setiap serat rambut dengan lembut untuk mengaktifkan ciri-ciri kilatan semula jadinya, agar rambut sihat bersinar dari dalam ke luar.

6. Ouidad – Pakar Rambut Ikal Mayang, New York
Digelar ‘Ratu Keriting’ tersohor di dunia dan pemilik dua salun keriting eksklusif di Amerika ini begitu berminat untuk memperkasakan wanita di seluruh dunia dengan mengeritingkan rambut dengan sempurna. Beliau bercita-cita untuk mempengaruhi setiap gadis berambut keriting di seluruh dunia supaya membuang alat pelurus rambut mereka dan menghormati rambut mereka yang keriting. Rangkaian produknya, Sunsilk Defined Curls, mencantikkan rambut keriting dengan mengawal ketebalan dan mengurangkan keriting halus yang meremang. Ramuan tambahan Ouidad untuk menjinakkan rambut keriting ialah Hydro Elastin. Sunsilk Defined Curls tidak dijual di Malaysia.

7. Rita Hazan – Pakar Penjagaan Rambut Berwarna, New York
Beliau adalah salah seorang pakar warna rambut yang paling disangguni di dunia, terkenal sebagai pencetus trend kecantikan dan kepakaran mengubah wajah selebriti dengan sentuhan warnanya yang menarik. Pelanggan profesional yang kaya raya terbang ke New York semata-mata untuk meminta Rita mewarnakan rambut mereka. “Rita adalah artis zaman moden dan kanvasnya adalah rambut pelanggannya yang sangat bertuah.” Rangkaian produknya, Sunsilk Vibrant Colour Protection, mengandungi Teknologi Perisai Amnio dan penapis UV untuk membaiki kerosakan permukaan rambut dan memulihkan serat rambut, menjadikan rambut cukup sihat untuk menyerlahkan kecantikan warna. Sunsilk Defined Curls tidak dijual di Malaysia.

“Kami baru di peringkat permulaan penerokaan kami. Kami mahu pengguna setia Sunsilk di seluruh dunia mendapat penjagaan pakar yang berhak diperolehi mereka di rumah, setiap hari. Kerjasama kami dengan barisan pakar rambut terbaik ini memastikan bahawa produk yang kami cipta bersama adalah serasi dengan wanita Malaysia yang mencari rumusan penjagaan rambut yang sempurna. Kini ia berada di hujung jari anda,” kata Yaqin.

Rangkaian Sunsilk Co-Creations boleh didapati di kedai farmasi dan pasar raya utama, pada harga RM3.90 untuk 90ml, RM7.70 untuk 180ml, RM14.90 untuk 375ml dan RM26.40 untuk 700ml.

Ciptaan Bersama Kuasai Pertunjukan Fesyen KL

Sebagai kemuncak pelancaran produk ‘ciptaan bersama’ yang pertama di dunia, Sunsilk bekerjasama dengan pakar busana anggun tempatan untuk menganjurkan pertunjukan fesyen yang menghidupkan gaya hasil ‘ciptaan bersama’.

Pertunjukan yang berinspirasikan satu-satunya Sunsilk Co-Creations memaparkan ciptaan avant-garde oleh pereka fesyen yang berbakat besar, Allien Gan, bersama mentornya, Gillian Hung, Presiden Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (MODA). Turut dipaparkan fesyen rambut yang menarik, ciptaan pereka fesyen rambut tempatan yang terkenal, Bambang Soteto dan pakar rambut rosak tersohor dunia, Thomas Taw, salah seorang daripada tujuh pakar rambut yang mencipta bersama produk Sunsilk.

Penonton terpukau dengan fesyen pakaian dan gaya rambut unik yang menepati ciri-ciri setiap varian Sunsilk Co-Creations. Peragawati menggayakan tujuh fesyen pakaian eksotik yang menerapkan elemen kitar semula mesra alam. Gaya rambut bergelombang besar dan seni keanggunan melengkapkan sentuhan avant-garde pertunjukan fesyen.

“MODA sentiasa bekerjasama dengan yang terbaik dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan Sunsilk. Ini adalah benar-benar salah satu ciptaan bersama paling kreatif dan unik,” kata Gillian Hung.

Mila turut mendapat consultation.

Mengenai Sunsilk
Sunsilk adalah jenama penjagaan rambut Unilever yang terkenal, dijual di 80 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan nilai jualan yang mencecah US$1 bilion. Jenama Sunsilk menguasai pasaran penjagaan rambut Asia dan Amerika Latin. Sunsilk juga dijual sebagai Elidor, Seda dan Sedal.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon & Model Aleeza Kassim Bercerai Punca Dirahsiakan

Ida Nerina Pulang Ke Malaysia Suami Dakwa Lafaz Cerai