in

Promosi Filem Jidin Sengal Sekitar KL Sentral

Siri penjelajahan promosi cerita Jidin Sengal mula menghangatkan pengunjung disekitar KL Sentral dan juga KTM Mid Valley pada 2 Mac 2012, dengan usahasama daripada pihak KTM Berhad dan outLOUD Studios.

Siri penjelajahan ini diketuai oleh Ernie Chen selaku Penerbit Eksekutif untuk filem Jidin Sengal dan turut menjadi pelakon pembantu bagi filem tersebut.

Sepanjang promosi penjelajahan ini, pengunjung turut diberikan flyers dan juga lebih kurang 2000 air kotak yang ditaja oleh YEOS. Bagi pengunjung yang berjaya menjawab kuiz mengenai filem ini, mereka akan diberikan t-shirt eksklusif daripada Jidin Sengal.

Selepas kejayaan siri penjelajahan promosi Suatu Malam Kubur Berasap yang menarik lebih 3000 pengunjung, kini, sambutan pengunjung terhadap filem Jidin Sengal turut menarik perhatian lebih daripada 5000 pengunjung yang memberi maklumbalas yang positif mengenai filem ini.

Filem Jidin Sengal yang bergenrekan komedi ini akan berlegar-legar di pawagam pada 22 Mac 2012. Untuk keterangan lanjut sila layari www.jidinsengal.com

Pada 1 Mac 2012, krew Jidin Sengal telah mengadakan promosi Filen Jidin Sengal di KL Sentral. Sambutan dari orang ramai sangat menggalakkan..kami mengucapkan jutaan kepada semua yang terlibat. Jangan lupa 22 Mac 2012 di pawagam berhampiran dengan anda.

http://www.facebook.com/jidin.sengal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Umum Senarai Peserta Mentor Musim Ke-6

Hotlink BAGUS Pelan Pra Bayar Terbaru dari Maxis