PROGRAM-PROGRAM HEBAT SEMPENA TAHUN BAHARU DISIARKAN KHAS 1 JANUARI 2009 DI TV2
Pelbagai program-program hebat dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) termasuk filem animasi, filem klasik dan termasuk hiburan yang pastinya mampu memberikan kepada anda kepuasan maksimum sebagai penonton setia salurannya. Malah sehari tanggal 1 Januari 2009 ini, RTM menghadiahkan barisan program yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga khas sempena sambutan Tahun Baharu 2009 ini.
Justeru penonton diajak menyaksikan program-program menarik ini bermula dengan Dexter’s Laboratory : Ego Trip (slot New Year Animation Special), jam 9.00 pagi, The Royal Variety Perfomance (slot New Year Entertainment Special), jam 10.00 pagi, Chaplin – Modern Times (90’) (slot New Year Day Time Special), jam 1.30 petang, Are We There Yet (slot New Year Day Time Special), jam 3.00 petang yang kesemuanya disiarkan pada 1 Januari 2009 menerusi TV2, Dunia Ria.
Dimulai dengan Dexter’s Laboratory : Ego Trip, sebuah filem animasi hebat yang mengetengahkan kisah Dexter yang berkonfrontasi dengan kumpulan robot tentang pendekatan mesin masa. Mereka memutuskan untuk memusnahkan penyelamat masa depan termasuk Dexter. Namun sebelum kejadian intu berlaku, dengan mudah Dexter memusnahkan mereka kembali menggunakan pelbagai kemudahan bahan di makmal. Teruja dengan gelaran penyelamat yang dimiliki olehnya telah membawa Dexter menjelajah tiga zaman untuk membuktikan sejauh mana kehebatannya. Ironinya, bermacam pengalaman dilalui Dexter sepanjang penjelajahannya itu.
Manakala bagi anda penggemar muzik, TV2 juga menjanjikan program persembahan pentas menghiburkan The Royal Variety Perfomance yang membariskan penyanyi-penyanyi terkenal dunia seperti Bon Jovi, James Blunt dan Enrique Iglesias mendendangkan lagu-lagu popular masing-masing. Selain itu terdapat juga penghibur-penghibur masyur lain membuat persembahan seperti ratu soprano ‘Katherine Jenkins dan penari ballet, Darcey Bussel.
Kemudiannya diteruskan dengan Chaplin – Modern Times (90’) pula istimewa mengajak penonton berhibur dengan gelagat Charlie Chaplin menerusi filem bisu yang dipenuhi dengan kesan bunyi. Charlie kembali ke dalam masyarakat moden dan melalui proses kemajuan. Pada permulaannya dapat disaksikan dia cuba berusaha menguasai bahagian produksi. Lalu dia cuba melakukan uji kaji dengan mesin automatik tetapi sebaliknya berlaku perkara tidak diduga yang membuatkan ketuanya marah. Seterusnya Charlie dihantar ke hospital sakit jiwa. Bila dia dibenarkan keluar, dia melakukan kesilapan yang mengheretnya ke penjara pula.
Lalu bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Charlie, segalanya terjawan bila anda meluangkan masa menonton Charlie Chaplin – Modern Times (90’) yang dibintangi oleh Charles Chaplin, Paulette Goddard, Henry Bergman, Tiny Sandford dan Chester Conklin.
Seterusnya menyusul Are We There Yet yang menyaksikan cereka Inggeris hebat lakonan Ice Cube, Nia Long, Aleisha Allen, Philip Bolden, Jay Mohr, M.C. Gainey dan Tracy Morgan.
Are We There Yet mencuri tumpuan penonton dengan kisah romantik pasangan Nick, seorang kaki perempuan dengan wanita bernama Suzanne, janda beranak dua. Satu hari, Suzanne telah ditawarkan bercuti ke Vancouver oleh majikan tempatnya bekerja. Justeru Nick berbesar hati menawarkan diri untuk membawa dua orang anak kekasihnya itu ke bandar Portland, Oregon.
Tanpa disedari oleh Nick, anak-anak Suzanne yang selama ini tidak pernah menyukai setiap teman lelaki ibunya termasuk Nick telah merancang untuk mengenakannya. Mereka mengaturkan agar perjalanan mereka ke destinasi yang dirancangkan Nick akan menjadi mimpi ngeri buat lelaki itu.
Kepada anda yang sememangnya merancang untuk meluangkan masa senggang cuti tahun baharu anda dengan bersantai di rumah, jangan ketinggalan menyaksikan program hebat Dexter’s Laboratory : Ego Trip (slot New Year Animation Special), jam 9.00 pagi, The Royal Variety Perfomance (slot New Year Entertainment Special), jam 10.00 pagi, Chaplin – Modern Times (90’) (slot New Year Day Time Special), jam 1.30 petang, Are We There Yet (slot New Year Day Time Special), jam 3.00 petang yang kesemuanya disiarkan pada 1 Januari 2009 menerusi TV2, Dunia Ria.