in

Program ntv7 Sempena Tahun Harimau 2010

ntv7 TAMPIL TERUS CERIA BERSAMA PROGRAM MENARIK SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA!

Aktifkan Tahun Harimau (2010) dengan harapan dan impian yang lebih BESAR dan HEBAT!

Kali ini, bersempena dengan sambutan tahun baru cina, ntv7 akan terus menyiarkan program tempatan dan antarabangsa berkelas A, khas untuk tatapan penonton setia stesen. Antaranya :

ANTARABANGSA!

Money Not Enough 2
TAYANGAN TV PERTAMA DI MALAYSIA!

Tarikh: Sabtu, 13 Februari 2010, 10.00 malam – 12.00 tengah malam
Lakonan: Jack Neo, Mark Lee, Henry Thia, Lai Meng

Satu dekad selepas kemunculan filem popular, Money No Enough, saksikan sekuelnya yang berjudul ‘Money No Enough 2’. Diterajui oleh pelawak terkenal Jack Neo, ia mengisahkan kehidupan tiga orang adik beradik lelaki daripada golongan berpendapatan sederhana di Singapura. Watak mereka dilihat sebagai mengejek masyarakat yang kini sepertinya tidak boleh hidup tanpa wang. Money No Enough 2 turut memaparkan kepayahan hidup yang dihadapi oleh adik beradik Yang, di samping memberikan gambaran sebenar kehidupan rakyat Singapura.

Curse of the Golden Flower
TAYANGAN TV PERTAMA DI MALAYSIA!

Tarikh: Ahad, 14 Februari 2010, 10.00 malam – 12.00 tengah malam
Lakonan: Chow Yun Fatt, Gong Li, Jay Chow
Kisah klasik ini berlatarkan Empayar Tang pada Abad ke-10. Filem gergasi ini dimulakan dengan babak sebelum malam kemuncak sambutan Festival Chong Yang di mana Istana Agung Empayar Tang dipenuhi dengan bunga bunga emas yang cantik dan bersinar. Maharaja kembali bersama putera keduanya, Putera Jai untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Tanpa pengetahuan sesiapa di Istana, Maharani dan kakanda Putera Jai iaitu Putera Wan mula merancang untuk merampas takhta Maharaja yang zalim itu. Seorang yang budiman, Putera Wan cukup bencikan peperangan dan bercadang untuk melarikan diri bersama kekasihnya, Chan, anak perempuan kepada seorang pekerja di Istana. Sementara itu, Putera Jai yang cukup setia dan taat pada Kerajaan Tang mula meragui sikap Maharani yang terlalu obses pada bunga emas yang mungkin menandakan suatu pakatan. Apakah nasib kerajaan Tang dan adakah Putera Jai dan Putera Wan bakal terkorban?

The Queen of Gamble
Tarikh: Isnin, 15 Februari, 2.30 petang – 4.30 petang
Lakonan: Aaron Kwok, Carol Cheng, Simon Yam

Nan ialah seorang ratu judi dari Tanah Besar Cina yang mengimpikan kehidupan yang mewah di Hong Kong. Sasaran utamanya adalah : seorang pelabur angkuh yang mempunyai segala-galanya di Hong Kong – darjat, kuasa dan nama. Nan bergabung kuasa dengan seorang pemain Kasino yang sombong, seorang pelakon yang bersikap aneh dan seorang gadis yang hebat dalam seni mempertahankan diri untuk mencipta sejarah dalam arena perjudian di Hong Kong!

The Myth
Tarikh: Isnin, 15 Februari 2010, 10.00 malam – 12.00 tengah malam
Lakonan: Jackie Chan, Kim Hee-seon, Tony Leung

Jackie, seorang arkeologi serta William, seorang saintis menjelajah sekitar India dan menemui artifak misteri. Dengan secara tidak sengaja, objek berikut telah menghantar Jackie ke zaman silam sebagai seorang wira yang kental namun tidak pernah kenal erti cinta. Sarat dengan aksi pertarungan hebat daripada Jackie, babak penuh humor di samping kemunculan bidadari menawan dari India (Malika Sherawat) dan Korea (Kim Hee Sun), The MYTH merupakan sebuah filem purba yang terbaik untuk semua!

The Lady Iron Chef
Tarikh: Jumaat, 19 Februari 2010, 10.00 malam – 12.00 tengah malam
Lakonan : Hacken Lee, Charmaine Sheh, Yumiko Cheng
Saksikan bintang gergasi Hong Kong – Hacken Lee dan Charmaine Sheh sebagai tukang masak dalam filem penuh mencuit hati ini! SK merupakan pewaris sebuah restoran yang jatuh cinta pada Ceci, seorang penjual bir di kelab malam yang hanya tahu memasak mi segera. Walaubagaimanapun, Ibu SK berkeras mahukan seorang bakal menantu yang handal memasak dan turut memaksa anaknya untuk menjadi seorang Chef handal! Juga, temuilah Lady Green, seorang ikon dalam bidang memasak yang bakal menukar Ceci dan SK kepada seorang Tukang Masak bertaraf Jade yang terhebat di seantero dunia.

TEMPATAN!

Istimewa! e7
Tarikh: Sabtu, 13 Februari 2010, 5.00 petang – 5.30 petang
Pengacara: Air Tan
Artis Jemputan: Melvin, Monday, Hishiko, Aenie

Pengacara Air Tan

Program istimewa ini menyaksikan Melvin Sia, Monday, Hishiko dan Aenie Wong membincangkan mengenai pembabitan mereka dalam industri seni tempatan. Di samping itu, mereka turut akan berkongsi kisah peribadi masing-masing. Air Tan – pengacara program ini dikenali dengan sifat berani. Ikuti Air Tan sementara dia bertanyakan soalan-soalan panas kepada selebriti ternama ini!

Istimewa Mr. Siao’s Mandarin Class CNY Bahagian 1 & II
Tarikh : Bahagian I : Sabtu, 13 Februari 2010, 8.30 malam – 9.30 malam
Bahagian II : Ahad, 14 Februari 2010, 8.30 malam – 9.30 malam
Lakonan: Auguste Kwan, Soo Wincci, Loo Ai Keng, Alvin Wong

Setelah berjaya mencecah ratings tinggi pada musim pertama, Mr Siao’s Mandarin Class kembali dengan Program Khas Tahun Baru Cina. Di samping melakonkan beberapa babak lucu, mereka turut akan membincangkan sejarah Tahun Baru Cina, mercun dan mengapa kaum Cina gemar pada warna merah.

Konsert Star Live 2009
Tarikh: Selasa, 16 Februari 2010
Tarikh : 10.00 malam – 12.00 tengah malam

Saksikan ulangan Konsert Star Live yang memaparkan persembahan mantap daripada barisan artis ternama dan antarabangsa. Bersantailah bersama-sama lagu hebat dari penyanyi Asia seperti Richie Ren, Kelly Chan, Valen Hsu, Ales Fong, Jade Liu, Suki, Amy Wang dan banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sarimah Ibrahim & Jimmy Shanley Pengacara Akademi Fantasia 8

Ultimate Power Group Musim 2 di 8TV