in

Program Apa Kata Wanita Kupas Isu Perkahwinan

Apa Kata Wanita Ahad Ini Kupas Topik Rapuhkah Perkahwinan Pasangan Muda Hari Ini?

Kahwin muda… perkahwinan tanpa pengetahuan asas berumahtangga… sesuai atau tidak? Berapa umur paling sesuai berkahwin di zaman ini? Persoalan tersebut sememangnya popular di kalangan masyarakat kita. Malah ianya kini sudah tidak asing lagi apabila mendengar kalangan anak muda yang mengambil keputusan berumahtangga pada usia yang muda.

Topik ini juga pernah dibincangkan dalam beberapa program bual bicara yang mengupas buruk baiknya mengambil tindakan berkahwin di usia muda. Bukan semua berkesudahan dengan situasi yang buruk dan begitu juga sebaliknya. Ada yang bercerai malah tak di nafikan ramai juga yang usia perkahwinan mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat. Ia berlaku kepada semua tidak kira di kalangan artis dan personaliti mahu pun orang biasa.

Justeru program Apa Kata Wanita minggu ini, 3 Julai 2001 (Ahad) di TV1 berkongsi tajuk “Aduh, Manisnya Seketika…” : Rapuhkah perkahwinan pasangan muda hari ini? Perbincangan hangat isu ini pastinya menarik perhatian kerana turut mengundang barisan panel iaitu peguam syarie, Tuan Amir Bahari, pasangan selebriti Zulkifli Zain dan Normala Omar di studio berkongsi isu ini.

Program yang menampilkan Zamzarina Zambri sebagai penerbit dan perantaranya ini ternyata memberikan peluang kepada semua penonton berkongsi waktu tayangannya yang terbaru di mana telah di pinda daripada hari Sabtu kepada setiap hari Ahad, jam 2.00 petang. Pemilihan waktu siaran yang baru ini dilihat lebih strategik dan sekaligus memenuhi permintaan ramai penonton rancangan ini yang mahu ia disiarkan pada Ahad berbanding hari Sabtu.

Beberapa pengubahsuaian yang dilakukan nyata bersesuaian dengan konsep asal rancangan bual bicara untuk seisi keluarga ini.

Apa Kata Wanita yang memasuki tahun ketiga siarannya pada tahun ini turut diulang siar pada Jumaat, jam 2.00 petang.

Menariknya penonton turut berpeluang menyertai Kuiz iTECH dan memenangi hadiah Mini Notebook tajaan DELL.

photo(1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cameron Highlands Resort: Percutian Mewah di Pergunungan

Santai di Concorde Hotel Kuala Lumpur