in ,

Pierre Andre Cinta Bibik Indonesia dalam CHANTEK

KISAH CINTA SECANTIK NAMANYA, CHANTEK

Ejaannya mungkin nampak tidak kena. Namun hakikatnya, CHANTEK adalah satu nama empunya watak utama di dalam filem ini dan bukannya satu sifat manusia iaitu cantik. Walaubagaimanapun, tetap ada satu kecantikkan yang ingin ditonjolkan menerusi nama CHANTEK ini. Ianya tidak berkait langsung dengan paras rupa. Ianya adalah cerita cinta. Inilah yang cuba disampaikan oleh pengarah berkaliber, Pierre Andre menerusi sentuhan filem romantik komedinya kali ini, sebuah kisah cinta yang secantik nama judul filem ini, CHANTEK.

Nampak seperti agak jiwang namun pengisiannya disulami dengan elemen komedi santai yang pasti akan membuatkan penonton tersenyum simpul. “Bukan senang untuk mencari pemegang watak CHANTEK. Dia mestilah pandai bertutur bahasa Indonesia, berkebolehan bersuara seperti lelaki dan menari kerana ini semua tuntutan untuk perwatakan CHANTEK. Selama seminggu berkampung di Indonesia dengan kehadiran kira-kira 700 peserta, akhirnya pelakon baru Indonesia yang sedang meningkat naik, Nurul Ekasari menjadi pilihan Pierre”, jelas produser filem CHANTEK.

Nurul Ekasari memulakan perjalanan kariernya pada tahun 2009 dengan kemunculannya dalam iklan komersial, penghias majalah dan membintangi beberapa buah sinetron. Selain CHANTEK, beliau juga turut beraksi dalam filem Indonesia bertajuk ‘Bait Surau’ dan ‘Soulquest’. Bakat lakonan yang dimiliki gadis ini jelas menambat hati Pierre untuk dijadikan sebagai heroinnya sekaligus memegang peranan sebagai tulang belakang filem ini.

Chantek

“Filem yang menelan kos RM1.4 juta ini mengambil masa selama 30 hari penggambaran di sekitar Cherating dan Kuala Lumpur dan semuanya berjalan lancar walaupun kita bekerjasama dengan pelakon dari seberang yang masih baru ini. Ini menunjukkan pilihan Pierre cukup tepat dengan keserasian yang diingini melalui pasangannya menerusi mood filem ini,” tambah produser filem CHANTEK ini.

Chantek

Filem terbitan Empat Semudra Plantation Sdn Bhd ini sekali lagi menggunakan khidmat Pierre Andre sebagai pengarah dan lakon layar filem terbitan mereka setelah berjaya dengan Al-Hijab, filem terbitan pertama mereka pada tahun lepas. Filem yang berkisarkan tentang CHANTEK (Nurul Ekasari), seorang gadis Aceh yang masih dibayangi peristiwa hitam tsunami yang melanda negaranya telah membawa diri ke Malaysia untuk mencari rezeki sekaligus membina kembali keyakinan dirinya. CHANTEK akhirnya ditawarkan kerja sebagai pembantu rumah kepada Ad Adi (Pierre Andre), seorang pelakon Malaysia terkenal yang membawa diri ke sebuah pulau setelah mengalami kemalangan yang mengakibatkan dirinya menjadi buta.

Chantek

Plot cerita menjadi semakin lucu kerana sepanjang CHANTEK bekerja bersama Ad, dia terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana Ad mengalami trauma terhadap perempuan kesan dipermainkan oleh tunangnya sendiri. Dari suara sehinggalah tingkah lakunya, CHANTEK terpaksa meyakinkan Ad yang dia adalah seorang lelaki. Namun, konflik mula terjadi apabila Ad mendapat tahu pembantu rumah yang disangkanya selama ini adalah lelaki rupa-rupanya ialah seorang perempuan. Walaupun telah dihalau, CHANTEK kembali kepada Ad demi cintanya yang mula mekar terhadap Ad. Ceritanya tidak berakhir disini, penonton bakal dikejutkan dengan satu perkara yang tidak terduga oleh mereka sendiri. Inilah kehebatan kisah cinta tersendiri karya Pierre Andre.

Memuatkan lagu tema nyanyian kumpulan tersohor Indonesia, Padi yang bertajuk ‘Begitu Indah’, filem ini turut dicantikkan dengan kemerduan lagu-lagu dari kumpulan Hujan, ciptaan Dimas, lagu Sadis nyanyian Afgan dan selitan lagu popular Awi Rafael, ‘Pulanglah’ yang bakal menghanyutkan penonton dalam menyelami kisah cinta CHANTEK dan Ad. Namun ada suatu perkara yang mengujakan apabila penonton juga berpeluang menyaksikan Pierre Andre menunjukkan bakat nyanyiannya menerusi lagu ‘Madu dan Racun’ yang dinyanyikan beliau sewaktu babak memujuk CHANTEK.

Menggunakan tagline ‘Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan’, penonton pasti memahami maksudnya diakhir cerita tanpa sebarang tekanan emosi atau penyimpangan mesej asal kerana filem ini adalah kisah cinta santai dan komedinya cukup menghiburkan seisi keluarga.

Filem Chantek yang bakal berada di pawagam pada 16 Februari ini juga menampilkan Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang dan Zarina Anjolie sebagai cameo.

Chantek

Chantek

Chantek

Chantek

Chantek

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Concert LMFAO Live in Malaysia

Konsert Siti Nurhaliza & Rabbani Sempena Maulidurrasul 1433