Gambar penyanyi R&B, Beyonce wannabe Malaysia, Dayang Nurfaizah ketika ditemui di sidang akhbar pre-publisiti yang diadakan di Mezzanie 9, Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur. Dayang akan mempersembahkan beberapa buah lagu bersama dengan Marcell dan Imran Ajmain di Minggu Setiausaha pada 24 April ini.
Melihat gayanya, memang Dayang tidak lari dan sunyi dari komen mengatakan tak serik berpakaian seksi? Ternyata apa yang digayakan adalah dirinya. Dayang Nurfaizah ingin menjadi dirinya sendiri. Katakan apa sahaja kepada gadis kelahiran bumi kenyalang ini, Dayang tetap Dayang. Dikatakan sentiasa berketrampilan sebagai gadis seksi, Dayang tidak mahu digelar sebagai seorang yang hipokrit.
Bulan April adalah bulan yang sibuk bagi Dayang. Apa tidaknya, dalam bulan ini dia mendapat dua tawaran untuk Minggu Setiausaha. Satu di Hotel Federal dan satu lagi di Hotel Crowne Plaza Mutiara pada 24 April 2008 bermula jam 12 tengahari hingga jam 3 petang.
Dayang bersama dengan penganjur dari pihak hotel, Imran Ajmain, Sayed wakil Click A Child, Marcell dan Bill Bora wakil dari Rafflesia.
Cincin siapa kasi tu?
Elegan
Bergaya
Me & myself katanya?