Kalau dulu, cerita ini hanya tersemat dalam khazanah cerita lagenda aje. Kemudian, Budiey pernah terbaca, kisah peperangan dulu kala ini diusung ke pentas teater. Memangnya, cerita begini seronok menjadi santapan orang-orang lama yang tak lupa pada catitan sejarah.
Dan, kini KRU Studios dah buat pengambaran sebuah filem tentang Hikayat Merong Mahawangsa. Melihat pada gambar yang Budiey letak kat bawah ni, rasa teruja nak tengok tu memang ada. Mana taknya, cerita macam ni kena ada set prop dan tata seni yang melangkaui kebiasaan. Tapi KRU Studios nampaknya bekerja keras untuk buat filem ini lebih INTERNATIONAL. Apa taknya, bajet diorang labur dekat RM8juta habis. Antara projek terbesar KRU Studios melebihi dari filem Jin Notti dan Magika.
Magika belum lagi tayang. Tapi Jin Notti lakonan Fara Fauzana tu dah pun ditonton oleh media. Rata-rata Budiey tanya teman media, ada yang kasi 3 bintang, ada yang kasi 2 bintang…. tapi lepas tengok sendiri, Budiey kasi 3.5/5 bintang~!
Tengok pada senarai pelakonnya juga bukan calang-calang orang. Bukan setakat dari Malaysia tapi dari negara luar pun ada. Tapi memang kena pun nak ambik pelakon luar sebab jalan cerita dan wataknya memang macam tu. International. Itu yang penting~!
Dek International tu la, orang duk kata KRU Studios duk hadap gila nak anugerah. Bukan awards Malaysia tapi nak jugak anugerah luar negara. Barulah power dan setaraf dengan apa yang diusahakan. Jadi, filem ni dibawa ke Berlin untuk dipamerkan di Festival Filem Cannes. Itu dah satu promosi baik punya. Tengok macam filem Yasmin Ahmad, lepas menang kat oversea, terus meletop kababoooom kat sini.
Budiey nak ucapkan good luck buat semua krew produksi filem ni~!