in

Perubahan Jadual Siaran TV1 Mulai 1 Januari 2011

Melewati fasa demi fasa perubahan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengharungi cerita suka duka dalam menelusuri pelbagai cabaran dan rintangan yang mematangkan RTM terus melekat di hati rakyat apatahlagi RTM bakal menyambut ulang tahunnya ke-65 pada 1 April 2011 kelak.

Justeru dalam memastikan pengikut setia salurannya mendapatkan infomasi terkini dan program-program menarik memenuhi citarasa seisi keluarga, mulai 1 Januari 2011, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal melakukan perubahan terhadap jadual siarannya melibatkan program terbitan Berita Ehwal Semasa, Unit Ehwal Semasa, Unit Majalah dan Dokumentari, JAKIM dan Unit Hiburan menerusi Saluran Informasi, TV1 yang telah dikenalpasti menepati waktu sebahagian besar pengikutnya untuk meluangkan masa menonton TV.

Bermula dengan program-program terbitan Berita Ehwal Semasa melibatkan Berita Nasional bakal disiarkan 30 minit setiap Isnin – Ahad, jam 12.30 tengah malam hingga 1.00 pagi berbanding sebelum ini jam 12.00 malam hingga 12.30 tengah malam. Malah turut ditambah siaran Berita Nasional setiap Jumaat, jam 12.30 – 12.45 tengah hari. Sementara itu siaran Berita Semasa disiarkan lima minit setiap Isnin hingga Ahad setiap jam 9.00 pagi, 11.00 pagi dan 3.00 petang.

Begitu juga Unit Ehwal Semasa pula melibatkan pertukaran hari dan masa slot Galeri Nasional dimana bakal disiarkan setiap hari jam 7.01 malam berbanding sebelum ini hanya bersiaran setiap Jumaat, jam 9.30 malam termasuklah program Khabar Malaysia menemui penonton setiap Selasa, jam 7.01 mengisi slot Galeri Nasional. Program Eksklusif bertukar siarannya setiap Jumaat, jam 10.00 malam. Malah mulai Januari ini juga Unit Ehwal Semasa menerbitkan sebuah program baharu, Bicara Rakyat setiap Rabu, jam 10.00 malam.

Begitu pun beberapa program utama dikekalkan siarannya melibatkan program Titik Sentuhan (setiap Ahad, jam 9.00 malam), IKS (setiap Sabtu, jam 11.00 pagi), Apa Kata Wanita (setiap Sabtu, jam 12.00 tengah hari), BIZ Malaysia (setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang), Anjung Bestari (setiap Isnin, jam 9.30 malam), Selamat Pagi Malaysia (setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 pagi) dan Hujung Minggu Malaysia (setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 pagi).

Program-program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari juga turut tidak terkecuali termasuklah siaran program Xplorasi setiap Ahad, jam 6.00 petang ditukar kepada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam. Manakala program Agrotek dikekalkan setiap Sabtu namun dipercepatkan siarannya setengah jam iaitu mulai jam 6.00 petang. Dua lagi program yang turut dipinda siarannya iaitu Agrojurnal setiap Jumaat, jam 4.31 petang dan Simfoni Alam setiap Isnin dan Selasa, jam 2.30 petang. Hanya program popular di kalangan remaja, Xpresi Kembara dikekalkan siarannya setiap Sabtu, jam 11.30 pagi kerana permintaan ramai.

Mulai 1 Januari ini juga JAKIM menerbitkan program-program baharu iaitu Zikir setiap Isnin hingga Ahad, jam 5.55 pagi, Sirah Pilihan setiap Jumaat, jam 6.30 pagi dan Kata Adik-Adikku setiap Isnin hingga Ahad, jam 7.15 malam. Program yang berubah waktu siarannya melibatkan program Surah Pilihan yang sebelum ini hanya bersiaran setiap hari Jumaat dipanjangkan kepada setiap Isnin hingga Ahad, jam 6.00 pagi. Manakala Slot JAKIM setiap Isnin hingga Ahad, jam 6.30 petang, Tilawah Interaktif setiap Ahad, jam 4.00 petang ditukarkan siarannya kesebelah malam pada hari Jumaat, jam 11.30 malam mulai 7 Januari 2011 selain Persada Jurnal yang menemui penonton setianya setiap Sabtu, jam 6.30 malam.

Sementara itu program Bicara Mufti pula bertukar tajuk kepada program Ta’alim yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Ahad, jam 6.30 pagi kecuali Jumaat. Manakala program Forum Perdana Ehwal Islam pula dikekalkan setiap Khamis, jam 10.00 malam.

Program-program lain terbitan Unit Hiburan sedia ada yang dipinda siarannya termasuklah Angguk-Angguk Geleng-Geleng disiarkan setiap Jumaat, jam 10.30 malam juga program talkshow popular Sehati Sejiwa yang bakal menemui penonton hujung minggu setiap Sabtu, jam 2.00 petang. Menariknya sebuah program baharu disiarkan secara langsung berkonsepkan realiti TV, Tiada Lama Tiada Baru…Satu-Satunya yang mencari bintang-bintang baru sehebat idola masing-masing mula bersiaran pada 14 Januari 2011, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Pastikan anda terus setia bersama Saluran Informasi, TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jumaat Cuti Umum Malaysia Menang Piala Suzuki AFF2010

Traxx FM Muncul Dengan Slot Menarik Tahun 2011