Jeanne Abdullah antara wanita yang bertuah kerana menjadi pilihan Perdana Menteri ke-5 Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk dijadikan isteri baru setelah menduda lebih setahun akibat kematian isterinya, allahyarham Datin Paduka Seri Endon Mahmood pada Oktober 2005 kerana barah payudara. Hari Sabtu ini (9 Jun) mereka akan diijabkabulkan. Saya ucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat beliau. Semoga kebahagiaan dan kesejahteraan milik beliau dan isteri sekeluarga. Majlis akad nikah akah dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana dalam majlis tertutup yang bakal dihadiri oleh famili terdekat sahaja. Orang luar tak boleh tengok ya.
Jeanne, berusia 53, anak kelahiran Kuala Lumpur, berketurunan Perancis dan dilahirkan pada 29 Julai 1953. Anak sulung daripada empat adik beradik dan mempunyai dua anak daripada perkahwinan sebelumnya, Nadiah dan Nadene. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan dan pernah bertugas dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di negara ini, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Beliau adalah Pengurus Kediaman Rasmi di Sri Perdana, Putrajaya. Beliau juga adalah adik ipar kepada bekas isteri Abdullah, Endon.
Mulai Sabtu ini, malam-malam PM tidak akan sepi dan sunyi lagi.
Foto: Bernama
[tags]Perdana Menteri, Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jeanne Abdullah, Wanita Pertama Malaysia, Hotel Hilton, Hotel Pan Pacific[/tags]