in , ,

Peraduan Menangi Tiket Menonton di Tayangan Istimewa PROJECT SILENCE

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari portal ini! Apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah tiket menonton yang ditawarkan.

Adakah anda berminat untuk menghadiri Tayangan Istimewa filem thriller yang sangat dinantikan, PROJECT SILENCE? Filem ini menawarkan pengalaman yang cukup istimewa kepada pembaca Budiey.com, di mana anda berpeluang menonton filem ini lebih awal daripada tarikh tayangan umum. Tayangan Istimewa ini akan diadakan pada 10 Julai 2024, memberikan anda kesempatan eksklusif untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan filem ini.

Jika anda berminat untuk hadir, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Menjadi salah satu penonton terawal untuk menyaksikan filem yang bukan sahaja penuh dengan aksi mendebarkan dan misteri yang mendalam, tetapi juga merupakan salah satu karya terakhir pelakon berbakat, mendiang Lee Sun-Kyun, yang telah meninggal dunia pada 27 Disember 2023. 

Tayangan awal ini pasti menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan, memberikan penghormatan kepada bakat besar dalam dunia perfileman ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada penonton yang terpilih.

FILEM PROJECT SILENCE

Sinopsis Filem PROJECT SILENCE

PROJECT SILENCE adalah sebuah filem thriller bertemakan bencana yang diarahkan oleh Kim Tae-gon, menampilkan bintang terkenal Lee Sun-kyun dan Ju Ji-hoon. Filem ini mengisahkan tentang kekacauan yang berlaku di sebuah jambatan di Korea akibat cuaca buruk yang menyebabkan kabut tebal melanda, mengurangkan jarak penglihatan dan mengakibatkan pelanggaran besar-besaran kenderaan yang membawa kepada letupan dahsyat.

Dalam kekalutan tersebut, jambatan itu menjadi lokasi yang sangat berbahaya dan hampir runtuh, menyebabkan mereka yang berada di situ terperangkap tanpa tujuan. Keadaan semakin teruk apabila beberapa ekor anjing hasil eksperimen ketenteraan, yang dikenali sebagai Echo, turut terperangkap di jambatan itu. Anjing-anjing ini berjaya melarikan diri dari kandang mereka dan mula membahayakan orang-orang yang terperangkap.

FILEM PROJECT SILENCE

Filem ini mengikuti perjalanan tiga watak utama yang berusaha bertahan hidup dalam situasi genting ini: Cha Jung-won (Lee Sun-kyun), seorang lelaki yang berusaha melindungi keluarganya; Joe Park (Ju Ji-hoon), seorang bekas tentera yang menggunakan kemahiran taktikalnya untuk menghadapi ancaman yang ada; dan Doktor Yang (Kim Hee-won), seorang saintis yang cuba mencari jalan keluar dari kekacauan ini.

Mereka mesti bekerjasama untuk mengatasi ancaman dari anjing-anjing eksperimen serta bahaya runtuhan jambatan, sambil menghadapi pelbagai cabaran dan konspirasi yang semakin terungkap. 

Dengan aksi yang mendebarkan dan naratif yang penuh misteri, PROJECT SILENCE menjanjikan pengalaman menonton yang menegangkan dan penuh emosi.

Filem ini bukan sahaja menonjolkan aksi yang mendebarkan tetapi juga menyentuh tentang nilai kemanusiaan dan usaha bertahan hidup dalam situasi kritikal. PROJECT SILENCE telah ditayangkan perdana di Cannes Film Festival dan akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 12 Julai 2024.

Filem ini akan berada di pawagam mulai 10 Julai 2024.

Peraduan Tayangan Istimewa Filem PROJECT SILENCE

Budiey Channel ingin menghadiahkan 65 tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan istimewa yang cukup eksklusif ini. Acara tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:: 10 Julai 2024 (Rabu)

Masa Pendaftaran: 8:00 malam

Masa Tayangan : 8.45 malam

Lokasi : TGV 1 Utama

Sebanyak 65 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda yang mahu menyertai peraduan ini hanya perlu menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Istimewa PROJECT SILENCE  di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ProjectSilence

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Channel dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama yang membintangi filem PROJECT SILENCE.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem PROJECT SILENCE kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem PROJECT SILENCE – Budiey Channel 

Tarikh tutup peraduan: 18 Julai 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada Warner Bros Malaysia di atas hadiah dan kerjasama. 

FILEM PROJECT SILENCE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem PROJECT SILENCE Lakonan Mendiang Lee Sun-Kyun di Pawagam Mulai