in

Peraduan Fair & Lovely Forever GLOW™

SERLAHKAN KEMBALI KESERIAN WAJAH MENJELANG USIA 30AN

Kehidupan sememangnya bermula untuk wanita di usia 30-an yang berupaya membentuk hala tuju masing-masing dan juga mampu menyerlah dengan kejelitaan dalaman dan luaran. Bagi seorang wanita yang menjengah usia 30-an, dia memulakan fasa baru dalam hidupnya yang berbeza dari dekad sebelumnya, sama ada berkaitan perhubungan, kerjaya dan keluarga. Apabila dia menemui kematangan dan membentuk karakter dirinya yang tersendiri, dia memancarkan sifat yakin dan percaya pada diri dan bersedia untuk mencapai kejayaan dengan bidangnya.

Konsep positif inilah yang dipercayai oleh jenama pencerah kulit terkenal – Fair & Lovely. Malah, sempena pelancaran Fair & Lovely forever GLOW™, krim pelembap dan pencerah baharu yang mengandungi kandungan anti-penuaan, Fair & Lovely memperkenalkan sebuah kempen khas untuk berkongsi dengan para wanita di seluruh negara pelbagai kisah yang memberi inspirasi dan motivasi tentang bagaimana wanita dapat ‘Menyerlah pada usia 30-an’.

Fair and Lovely forever GLOW - row of product pack shots

Ini telah dilakukan melalui kerjasama dengan sebuah program istimewa 6 episod yang disiarkan dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 yang baru-baru ini telah disiarkan . Program ini menampilkan selebriti-selebriti popular dari industri hiburan – DJ Lin dari Suria FM, penyanyi Isma AF7, dan pelakon Norkhiriah, Amyza Adnan, Marissa Yasmin serta Dynaz. Mereka berkongsi kisah peribadi masing-masing tentang bagaimana kehidupan mereka sebagai wanita yang ada kerjaya atau keluarga benar-benar menyerlah di usia 30-an, setelah mengharungi pelbagai cabaran di usia 20-an.

Sebagai contohnya, penyanyi popular, Isma AF yang juga dijemput menghadiri majlis pelancaran Fair & Lovely Forever Glow, yang dikatakan lambat menonjol pula berpendapat umur dan gelaran sebagai ibu bukan penghalang untuk menyerlahkan keserian wajah dan kualiti diri. Dalam program WHI, Isma berkongsi kisah tentang bagaimana beliau boleh terlibat menjadi seorang artis walupun waktu itu usianya sudah mencecah 30an dan mempunyai 5 orang anak.

Isma yang suka dengan cabaran di mana beliau selain menjadi penyanyi beliau juga menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Isma bersyukur kerana beliau masih diterima oleh peminat seadanya setelah lama tidak muncul. Kebiasaannya orang akan terlibat dalam dunia seni pada usia muda, namun bagi Isma pula beliau meraih populariti setelah berjaya di usia yang matang. Jadi, Isma sangat menitik beratkan kecantikan dan penampilannya sebagai seorang selebriti.

Penampilan yang lebih segar dan kerkeyakinan tinggi serta menarik membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menyertai Akademi Fantasia. Ianya didorang oleh minat yang mendalam untuk mengembangkan bakat nyanyiannya. Isma juga mahu mencabar dirinya sendiri dan mahu melihat sejauh mana kemampuan dirinya untuk pergi lebih jauh dalam industri seni tanahair. Kini beliau bukan sahaja seorang penyanyi malah turut menceburi bidang pengarahan filem pula. Dari sudut keluarga pula, walaupun sibuk dengan kerjayanya, Isma masih lagi sempat membahagikan masa untuk bersama anak-anak dan juga keluarga.

Selebriti-selebriti WHI juga berkongsi tip-tip penjagaan kulit dan imej. Mereka bersetuju bahawa penampilan diri amat penting terutamanya untuk seseorang wanita menyerlah di usia 30-an apabila transformasi fizikal yang berlaku pada kulit menjadi suatu cabaran. Ini kerana apabila seorang wanita mencapai usia 30-an, cabaran menjadi bertambah baginya untuk mengekalkan seri keremajaan yang sebelum ini dipandang mudah pada usia 20-an. Pembaharuan sel kulit dan kolagen mula memperlahan manakala pendedahan kepada cahaya matahari dan bahan cemar yang diburukkan lagi oleh gaya hidup yang menekan, kurang bersenam dan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan kulit menjadi bertambah lesu.

Masalah kulit biasa yang mula dialaminya dengan kulit yang semakin berusia adalah munculnya kekusaman, tompok dan penggelapan kulit. Dia memerlukan pelembap pencerah yang sesuai dalam himpunan produk kejelitaannya bagi mengatasi halangan utama pencerahan kulit.

Fair & Lovely forever GLOW™ adalah krim pelembap dan pencerah baru dengan kandungan anti-penuaan dan anti-oksida untuk membantu wanita mencapai kulit wajah yang muda cerah berseri sepanjang masa. Dirumus dengan VITA AHA Complex™, campuran Vitamin B3, Vitamin E, lidah buaya dan AHA, Fair & Lovely forever GLOW™ mengembalikan semula kulit yang cerah dan muda berseri dengan mempercepatkan proses pembaharuan kulit.

Peraduan Fair & Lovely Forever GLOW™ – Budiey.com

Salam pembaca setia budiey.com sekalian,

Budiey dengan kerjasama Fair & Lovely Forever GLOW™ memberi peluang kepada wanita yang berusia 30 tahun ke atas untuk menyertai peraduan ini & anda berpeluang memenangi produk Fair & Lovely Forever GLOW™ dan voucher membeli belah di Guardian.

Hadiah Utama
Hamper produk bernilai RM50 + voucher Guardian bernilai RM300

Hadiah Tempat Ke-2
Hamper produk bernilai RM50 + voucher Guardian bernilai RM200

Hadiah Tempat Ke-3
Hamper produk bernilai RM50 + voucher Guardian bernilai RM100

10 Hadiah Saguhati
Hamper produk bernilai RM50 + voucher Guardian bernilai RM50

Kepada pembaca yang nak mahu menyertai, senang sahaja! Begini caranya:

1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

  1. Nama penuh:
  2. No. IC:
  3. Alamat:
  4. No HP:
  5. Gambar penuh berukuran 4R

2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

“Kongsikan kepada kami pencapaian anda yang menjadikan anda kekal terserlah dengan keyakinan tinggi dan wajah cantik berseri ketika di usia 30an.”
(tidak lebih dari 45 patah perkataan)

3. Hantarkan email anda itu kepada:

Tajuk Email: Peraduan Fair & Lovely Forever GLOW™

TARIKH TUTUP: 31 Oktober 2011

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Kepada pembaca di luar kawasan Kuala Lumpur, hadiah akan dihantar melalui kurier dan untuk sekitar Kuala Lumpur & Selangor perlu mengambilnya di pejabat Unilever.
  6. Keputusan juri adalah muktamad.
  7. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Kepada pembaca yang berjaya dipilih, anda akan dihubungi oleh Budiey melalui email ya.

Terima kasih! Good luck pada semua! Love you all!

Sekali lagi, thank you so much kepada Fair & Lovely forever GLOW yang sudi menaja hadiah ini kepada pembaca budiey.com

Fair and Lovely forever GLOW - Bottle_box

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung GALAXY S II Reaching 10 Million in Global Sales

Empire Shopping Gallery Explosion