in

Peraduan A&W Whats Your Story

PERADUAN A&W WHAT’S YOUR STORY? KEMBALI LAGI!

Anda teringin ke A&W? Adakah godaan Root Beer A&W cukup kuat untuk menarik anda bangun dari tempat tidur pada jam 3 pagi? Atau kelazatan Coney Dog dengan sos menambat selera anda? Atau, mungkinkah wafelnya dengan tatahan aiskrim yang lazat sentiasa terbayang dalam ingatan anda?

Jika anda peminat tegar A&W, ikutkan rasa hati dan ceritakan kepada kami tentang pengalaman anda. Jika tuah menyebelahi anda, hadiah menarik boleh anda menangi!

Selepas dimulakan pada 2010, Peraduan “A&W What’s Your Story?” (Apa Cerita Anda?) kembali lagi dengan tawaran hadiah yang lebih besar! Selain hadiah bernilai lebih RM70,000, banyak promosi dan tawaran yang pasti membuat peminat teruja.

A&W WYS2_1

Peraduan “A&W What’s Your Story? 2” yang membawa tema baru dan berlangsung selama sepuluh minggu sudah pun menjadi buah mulut di kalangan peminat A&W.

Tema peraduan yang dianjurkan oleh A&W Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat KUB Malaysia Berhad, adalah menepati kempen sepanjang tahun A&W iaitu “Obey Your Cravings”. Peraduan diadakan dari 1hb April hingga 18 Jun 2011 dan dibuka kepada semua penduduk Malaysian berumur 12 tahun dan ke atas.

Seperti lazimnya, peraduan ini menjanjikan “Lebih daripada biasa” (“More than the usual”) dengan memberi peluang kepada pelanggan A&W untuk mendapatkan lebih daripada kehidupan seharian mereka.

Berucap di majlis pelancarannya, Datuk Mohd Nazar Samad, Pengarah Urusan Kumpulan KUB Malaysia Berhad, berkata bahawa peraduan ini telah dimulakan dengan baik pada tahun lalu. Banyak penyertaan, video kreatif, dan paling penting sekali, cerita yang benar-benar unik, telah diterima.

“Beberapa tahun yang lepas, kami telah menerima kunjungan generasi baru rakyat Malaysia ke restoran kami dan mereka telah memberi kami semangat untuk meneruskan usaha menjadikan jenama kami sentiasa segar dan menarik. Apabila kami menggalakkan pelanggan supaya mengikutkan kata hati mereka yang teringinkan A&W, kami sedar bahawa mereka bukan teringinkan makanan semata-mata, tetapi seluruh pengalaman menjamu selera di A&W.”

“Saya yakin pelanggan A&W mempunyai lebih banyak cerita dan pengalaman tahun ini. Jadi, sertailah peraduan ini dengan cerita-cerita A&W anda yang kreatif.”

Peraduan dibahagi kepada dua kategori, iaitu kategori bertulis dan video. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan A&W hanya perlu menceritakan pengalaman lucu atau pilu dalam usaha untuk memuaskan keinginan untuk makanan A&W dan menulisnya dengan cara paling kreatif.

A&W WYS2_2

“Sama ada mencuri-curi keluar pada waktu malam untuk menikmati Coney Dog atau memandu dua jam semata-mata untuk menghilangkan dahaga dengan segelas besar Root Beer float A&W, peserta bebas menceritakan keghairahan mereka, sama ada cerita gembira, sedih, lucu, menyayat hati, memberangsangkan dan sebagainya,” tambah Datuk Mohd Nazar.

Lima penyertaan yang terbaik daripada setiap kategori akan dipilih dan dikehendaki menceritakan pengalaman mereka di hadapan penonton dan juga panel pengadil yang akan memberikan ulasan masing-masing. Hadiah yang ditawarkan untuk rebutan bernilai sehingga RM30,000, peralatan Apple dan juga pakej percutian yang disumbang oleh Boustead Hotels & Resorts Sdn Bhd.

Jadi, segeralah ke mana-mana restoran A&W hari ini dan rebut peluang untuk menggunakan kemudahan wi-fi percuma untuk menghantar penyertaan anda. Belanja sekurang-kurangnya RM20.00 (tidak termasuk cukai) dalam satu resit untuk melayakkan anda menyertai peraduan. Selepas itu, ceritakan kepada kami tentang pengalaman unik anda untuk menikmati A&W sama ada secara bertulis atau dalam bentuk video, dan hantar dalam talian di www.rootbeer.com.my; e-mel ke [email protected] atau hantar dengan pos bersama bukti pembelian yang dikehendaki.

Bukan itu sahaja! Kempen “Obey Your Cravings” menawarkan banyak peluang untuk menjamu selera di A&W menerusi pelbagai promosi yang diadakan. Terdapat XXXtra Long Coney Dog baru yang menjanjikan kepuasan lebih panjang, Cabaran Pedas Giler A&W dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan serta Terma dan Syaratnya, sila kunjungi laman web www.rootbeer.com.my atau laman Facebook kami.

A&W WYS2_3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KRU TV Kini Boleh Ditonton Dalam Portal TONTON

Slot Lagenda MATA AYER Lakonan Zamarul Hisham Ayu Raudhah