in

Pengarah Artistik BADRUL ZAMAN ABDUL JALIL

Badrul Zaman berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Senilukis & Senireka UiTM tahun 1988. Pada tahun 1997, beliau berpeluang menambah pengalaman khusus dalam bidang Senireka Teater di United Kingdom. Bertugas sebagai Penolong Pengarah Senireka di Istana Budaya semenjak 1991, Badrul berpengalaman luas serta bertanggungjawab dalam aspek rekaan set, props, kostum dan solekan untuk produksi terbitan Istana Budaya sama ada teater, tari, konsert orkestra dan koir.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah terlibat dalam lebih 50 produksi teater sama ada sebagai Pereka Set, Pereka Kostum atau pun Pengarah Artistik. Antara sentuhan set rekaan Badrul, Bangsawan Tengku Anum (2002), Malim Deman dan Cindai (2001), Bangsawan Siti Zubaidah (2000), Mencari Juita (1998), Lantai T-Pinkie (1997), Tun Mamat & Puteri Ledang (1996), Bangsawan Lindungan Bulan (1995), Malam Ini Penyu Menangis (1994), Tanah Bernanah, Raja Lawak dan Kelas 2020 (1992).

Sebagai Pereka Kostum, sentuhan kreatif Badrul menyerlah menerusi pementasan Puteri Hang Li Po dan Anak Kerbau Mati Emak (2004), Alang Rentak Seribu (2003), Mahsuri (2002), Selendang Umi (1998), Julius Ceaser (1997), Osman Sensei (1996), Kabur (1995), Randai ‘Kaba Kasih Menanti’ (1994), sementara sebagai Pengarah Artistik, beliau berperanan penting dalam Muzikal Arabia dan Bangsawan Laila Majnun (2007), Muzikal Ma Ho Huan (2006), Konsert Geeta Gangsa dan Malam Gala Festival Kesenian ASEAN (2003).

Badrul turut diundang dalam beberapa festival, bengkel teater dan tari sebagai panel penilai dan fasilitator, antaranya Festival Teater Sabah (2007 & 2005), Festival Teater Kuala Lumpur (2005 & 2002), Festival Teater Pulau Pinang (2004 & 2003), Festival Tari Malaysia (2003) dan Festival Tari Kuala Lumpur (2002).

Di peringkat antarabangsa, beliau turut terlibat sebagai Pereka Set dan Kostum dalam beberapa produksi Malaysia yang dipentaskan di luar negara, antaranya ASEAN Artistes Creative Interaction di Bangkok (1993), Festival Tari ASEAN di Manila, Sukan Komanwel di Kanada (1994) dan pementasan Ramayana di Madras (1996).

Semasa upacara pembukaan dan penutupan Kuala Lumpur ’98 sempena Sukan Komanwel ke XVI, Badrul turut menggalas tugas utama sebagai Penasihat/Pereka kostum dan props dalam acara sukan bertaraf dunia tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penulis Skrip SITI JASMINA IBRAHIM

KETUK-KETUK RAMADAN BERSAMA SHEILA RUSLY