Baru-baru ini, Budiey menerima pelawaan dari Hotmail untuk menjadi satu-satunya wakil blogger dari Malaysia untuk ke Konsert Katy Perry (Katy Perry – The California Dreams Tour 2011) yang berlangsung di Brisbane Entertainment Centre, Australia. Rasanya, ramai pembaca yang follow akaun twitter Budiey (follow me @budiey) ni dah tahu yang Budiey mahu ke Brisbane semata-mata nak jumpa dengan Katy Perry.
Terima kasih Hotmail kerana sudi menaja Budiey ke Brisbane, Australia.
Siapa tak minat Katy Perry. Giler tak, macam dah jadi satu kegilaan anak-anak muda sekarang ni. Sebut je nama Katy Perry, akan terbayang di mata betapa seksi, hillarious dan mantapnya persembahan Katy Perry di pentas. Patutlah susah sangat nak masuk Malaysia nak buat konsert. Kalau nak masuk jugak, kena ikut etika pemakaian. Bukan itu sahaja, banyak lagu-lagu Katy ada unsur-unsur sensual dan bahasa yang double meaning. Contohnya, lagu Peacock. Memang kelas lagu ni! Korang yang tahu lirik-lirik lagu Katy akan faham dengan apa yang Budiey maksudkan.
Masih ingat lagi, Katy Perry pernah datang ke Malaysia untuk perform di MTV World Stage 2010. Masa tu, Budiey tak dijemput oleh penganjur di Malaysia. Ironinya, Budiey telah dijemput oleh penganjur dari luar negara untuk ke Brisbane menyaksikan persembahan LIVE Katy Perry di sana. Terima kasih, Hotmail & Warner Music.
Sorry, gambar yang diambil ini tak berapa lawa sebab hanya menggunakan iPhone4 aje.
Sebelum terbang ke Brisbane, Budiey ada anjurkan peraduan untuk korang semua menang 2 buah CD album Katy Perry Teenage Dream. Tarikh untuk join dah tamat y’all dan kepada yang join tu, Budiey rasa korang tak sabar nak tahu siapa pemenangnya. Sabar ya, Budiey akan pilih tak lama je lagi. Album dah pun ada di tangan Budiey sekarang ni.
Kalau Katy Perry sanggup travel 14 jam dari California untuk turun buat konsert tour di Asia, Budiey pula sanggup memanaskan punggung untuk terbang ke Brisbane selama 7 jam 20 minit. Walaupun letih giler, tapi memang worth it la sebab ya… korang pun tahu, Katy Perry memang happening giler kan!
Pagi yang cerah 4 Mei lalu, Budiey bertolak ke Brisbane, Australia. Dari rumah, dah tentu kena naik teksi untuk ke KL Sentral. Dari KL Sentral, kena ambik ERL untuk ke KLIA. Dari KLIA terbang ke Singapura dengan MAS. Transit di situ untuk terbang terus ke Brisbane dengan menaiki flight The Emirates.
Nasib baik tak lupa nak bawa tentatif yang diberikan oleh Hotmail. Kalau tak habis naya, tak tahu mana direction trip ni.
Sampai di KLIA, berhenti breakfast di Harrots Café. Wah! Perasan diriku ini sedang berada di London, uall! Tengoklah, harga sekeping roti pun RM8.00 sama teanya RM9.00. Giler tak mahal!
Selepas breakfast di Harrots Café KLIA, sempat ambil masa lagi untuk update blog. Sekarang rasa macam masa tu dah singkat, banyak sangat event tapi takde masa nak kemas kini blog. Jadi, kalau ada masa luang tu, pandai-pandailah nak jenguk-jenguk blog. Asalkan jangan bersawang sudah.
Dari KLIA, naik MAS selama 1 jam. Sampai di Changi Singapura Terminal 1 pada jam 1 tengahari. Wakil dari Hotmail, Amy dan Tamara janji nak berkumpul dengan semua blogger dan pemenang peraduan di Terminal 2 pada jam 2 petang.
Sampai di Terminal 2, terus ke Burger King di mana di situ Budiey dapat jumpa buat kali pertama dan berkenalan dengan Amy & Tamara wakil dari Hotmail. Mereka sangat mesra, peramah dan ceria. Memang sesuai dengan kerja mereka la kan.
Asyik borak dengan diorang, sampai aku terlupa yang aku masih belum check in untuk terbang ke Brisbane. Aku perasan masa nama aku dipanggil dari PA system di airport. Gila aku panic, lagi 30 minit lagi nak terbang ni. Takut terlepas flight je uall. Nasib baik kaunter untuk check in tu dekat je dengan tempat kitorang lepak. So, moral of the story, walaupun transit je, jangan lupa untuk check in. Hahah, sangat jakun diriku.
Dari Singapura, kami menaiki pesawat The Emirates selama 7 jam 20 minit. Lama jugak tu, tapi nasib baik dalam flight ni ada disediakan Emirate’s In Flight Entertainment yang diberi nama ICE, siap dengan panel TV untuk menonton filem, drama atau nak dengar lagu pun boleh. Jadi, takdelah Budiey rasa boring sangat. Walhasilnya, sempat aku layan 4 movie secara marathon masa kat dalam flight ni. Memang selesa dan makanan yang disajikannya pun not bad lah!
Sesampai di Brisbane, sekali lagi kami berkumpul beramai-ramai untuk bergambar. Ini dia, gambar yang sempat Budiey ambil bersama dengan pemenang peraduan Hotmail dan wakil blogger dari Singapura & Filipina.
Sangat bertuah mereka ni. Dapat terbang tengok Konsert Katy Perry sambil melancong dengan ditaja sepenuhnya oleh Hotmail. Dalam peraduan tu, mereka hanya perlu menulis dalam 20 perkataan kenapa mereka layak untuk menonton Konsert Katy Perry. Tahniah untuk pemenang dari Malaysia iaitu Sunny Loh! Dia datang dengan isterinya, terpaksa meninggalkan dua orang anaknya di Malaysia semata-mata tak nak lepaskan peluang keemasan ni.
Di Brisbane, kami tinggal di Hotel Novotel Brisbane Airport. Tak jauh dengan airport. Tak sampai pun 20 minit dari airport. Sangat dekat. Tapi jauh juga la nanti kalau nak gi jalan-jalan di bandar Brisbane. Ada la dekat 1 jam jugak untuk naik bas ke sana.
Tapi baru aku tahu kenapa penganjur pilih hotel ni, sebab utamanya dekat dengan Brisbane Entertainment Centre di mana berlangsungnya konsert Katy Perry ni pada 5 Mei 2011. Hanya 5 minit je dari airport.
Pada pagi 5 Mei 2011, seusai sarapan, kami berkumpul untuk mendengar taklimat dari wakil Hotmail berkenaan dengan produk terbaru dari Hotmail iaitu Office Web Apps dan juga Save Social Energy. Budiey akan terangkan secara lebih detail tentang kedua-dua produk Hotmail ini di entry akan datang ya.
Wakil dari Hotmail, Amy sedang memberi taklimat secara ringkas kepada semua pemenang dan blogger.
Video Hotmail Katy Perry Product Briefing at Hotel Novotel:
Masa yang terluang di hotel hanya dihabiskan untuk berehat sementara yang lain sanggup ke bandar Brisbane untuk shopping dan jalan-jalan.
Pada jam 6.30 petang waktu Australia, kami berkumpul di ruang lobby untuk ke Brisbane Entertainment Centre. Waktu ni suasana kat luar dah gelap. Kalau kat Malaysia, waktu ni dah jam 4.30 petang.
Kami diberikan tiket konsert yang bernila AUS100.00. Lebih kurang RM320 duit kita. Memang best sebab tiket ni adalah yang paling mahal dijual. Free seat betul-betul depan pentas.
Berbaloi-baloi.
Wajah-wajah berekspresi ceria dari pemenang peraduan Hotmail, Sunny Loh bersama isteri Cheng Cheng.
Korang memang bertuah. Menurut kata Sunny, ini adalah hadiah yang paling besar pernah diorang menang. Lucky betul.
Keseronokan terpancar dari wajah dan gelagat pemenang peraduan.
Video Kegilaan Katy Perry di Brisbane Entertainment Centre
Konsert bermula jam 8 malam tatkala kerusi dan juga ruang dewan ini penuh dengan peminat Katy Perry. Memang full house.
Budiey diberitahu, konsert ini akan dibuka dengan persembahan dari artis bernama Zowie. Lihat video ni:
Katy Perry membuka pentas dengan lagu Teenage Dreams. Jom tonton video:
Budiey suka dengan pentas konsert ni. Memang ianya meriah dengan prop berupa replica gula-gula lollipop tu dan kiri kanan ada replika cupcakes besar, tangga yang warna warni. Warna tema untuk stage kebanyakan berwarna pink.
Di atas ada 3 buah skrin besar, tak lupa ada disediakan skrin besar di kiri kanan pentas untuk penonton.
Tak banyak gambar yang Budiey ambil masa Katy Perry nyanyi, sampai tak sempat nak ambil gambar sebab excited giler duk nyanyi sama-sama.
Katy Perry ni memang kelakar, pandai berkomunikasi dengan peminat dan gaya dia layan peminat pun sangat menghiburkan. Ada sekali tu, Katy cium peminatnya. Tengok video ni:
Budiey sempat ambil beberapa video masa Katy Perry perform:
Apa yang boleh Budiey katakan, pengalaman menonton konsert Katy Perry ni adalah satu pengalaman yang extraordinary. Energi dan tenaga Katy bikin ramai yang histeria. Teringat dengan gaya Lady Gaga, tapi Katy ni tak la sama 100% ni. Cuma kadang-kadang tu rasa macam Lady Gaga sebab Katy Perry ni suka berketrampilan seksi dan hot di pentas.
Vokal lantang Katy tak perlu lah nak cakap kat sini. Memang hebat. Semua lagu-lagunya pun best. Layan habis.
Konsert ni bukan sekadar konsert biasa, malah Katy ada storyline atau jalan ceritanya tersendiri. Dari awal hingga habis konsert, ada narator yang membawa penonton mengembara melihat satu kisah percintaan. Konsepnya lebih kurang seperti kisah Katy yang mencari lelaki pujaan hatinya. Persembahan ini menjadikan konsert tak boring. Superb!
Paling kelakar masa Katy nyanyi lagu Peacock. Kelakar giler tengok gaya dia nyanyi “I wanna see your peacock-cock-cock†sambil bermain dengan mikrofon. Funny giler.
Tak ketinggalan lagu-lagu Katy yang popular dimainkan di radio sekarang ni, antaranya ET, Fireworks, I Kissed a Girl dan banyak lagi, turut didendangkan dengan iringan band serta pekikan dan teriakan dari peminat. Selain lagu asal, Katy juga nyanyi lagu Rebecca Black (Friday), Whip My Hair (Willow Smith) dan Whitney Houston ( I Wanna Dance with Somebody).
Katy Perry meninggalkan kenangan terindah buat peminatnya di Brisbane dengan lagu California Gurls. Masa ni memang meriah giler sebab ada gingerbread men di pentas serta bola pantai yang berwarna-warni dilontar sana-sini.
Fun dan fantatik. Dua perkataan ini sangat tepat untuk menggambarkan rasa yang terpahat di hati peminat. Cuma rasa tak puas hati mestilah ada, rasa nak tonton lagi konsert macam ni di lain kali. Harap Katy Perry sudi datang ke Malaysia pulak.
Terima kasih kepada Warner Music dan Hotmail kerana menjemput dan memberi peluang kepada Budiey merasai kemeriahan konsert Katy Perry. Sangat enjoy!
Till we meet again, Katy!