Macam ni kisahnya, mula-mula dulu… dia kata dia seorang yang mementingkan kesopanan dan kesusilaan gittew… Tak sanggup memakai pakaian yang membuatkan orang lain terjojol biji mata. Hinggakan dia sanggup pulang dari mengacarakan satu acara di negara atas angin.
Kemudian, orang kata, dia agak sombong bila dia bercinta dengan seorang yang tinggal bersama puaka yang duduk di tebing biru. Huhu… Itu tidaklah terlalu dahsyat sebab memang rezeki dia la kan. Tapi sebelum tu, ada yang kata, gaji dia dulu, setakat empat ribu je, tapi boleh pakai BMW (bukan Bas Mini Wilayah) dan sebelum dia buka restoran Nasi Ayam Mak Den. Itu mungkin orang cerita je.
Tapi sekarang ni, orang kata dia semakin sombong. Kalau call ke E (tottt), kalau bukan kaum kerabat dia, boleh jalan la. Ish… kalau benarlah gossip ni kan… memang tak patut. Dan satu lagi, dulu dia sibuk tak nak pakai baju yang nampak pinggang cam kerengga, tapi sekarang… kerengga pun jeles. Memang tak patut.
Apa-apa pun, yang penting kerengga tak jeles pun kat pinggang Syanie… huhu!