in

Pemenang Pertandingan Akhir Ketawa & Ceria Bersama Suria

PERTANDINGAN AKHIR KETAWA & CERIA BERSAMA SURIA, MENANG SEHINGGA RM SUKU JUTA

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Semalam menyaksikan seorang pemandu teksi, Ahmad Rusdi Mat Daud telah berjaya membawa pulang RM32,400 dalam pertandingan akhir peraduan ‘Ketawa & Ceria, Menang Sehingga RM Suku Juta. Dia yang pada awalnya berjaya menangkap wang spesimen berjumlah RM22,400 menerima kejutan dari pihak Suria FM apabila menerima wang tambahan RM10,000 lagi sebagai hadiah.

suria fm

Lelaki berusia 44 tahun yang menetap di Cheras ini begitu teruja dan amat gembira apabila diumumkan sebagai pemenang yang selama ini dinanti-nantikan. Sementara itu, Rostam Wahid, peserta yang berjaya menangkap wang spesimen kedua tertinggi menerima saguhati RM100 beserta pengurut kaki Ogawa dan tempat ketiga tertinggi milik Norusapila Morudin yang juga menerima RM100 serta penapis air Coway.

Setelah 4 minggu berlangsungnya peraduan ‘Ketawa & Ceria bersama Suria, Menang Sehingga RM Suku Juta’ kini telah berakhir apabila 15 finalis berentap untuk merebut wang tunai sehingga RM suku juta. Peraduan yang bermula sejak 19 Mac dan berakhir pada 13 April ini mencari pemenang utama dalam kalangan pendengar yang berjaya meneka 5 ketawa selebriti mengikut turutan dengan betul.

Para pendengar ini dipilih daripada peraduan yang berlangsung secara on-air selama 4 minggu dan mereka telah meneka 5 ketawa selebriti mengikut turutan dengan tepat. Bagi yang tidak berjaya meneka 5 ketawa dengan betul, mereka akan memenangi RM100 untuk setiap tekaan ketawa yang betul.

suria fm

Bertempat di Tropicana City Mall, para peserta ini telah dimasukkan ke dalam bilik kaca bersama dengan wang berbentuk spesimen bernilai RM suku juta. Dalam masa 30 saat, mereka merebut wang yang berterbangan di dalam bilik kaca dan peserta yang mengumpul wang dengan jumlah yang paling banyak adalah pemenang yang dicari.

Suria FM sekali lagi ingin menghargai para pendengar yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami. Semoga sokongan ini akan berterusan dan akan meletakkan Suria FM ke tahap yang lebih tinggi.

Selain itu, Suria FM juga dengan kerjasama pasaraya Tesco akan mengadakan siri jelajah karaoke ‘Duet Oke Tesco bersama Suria FM’ yang akan diadakan di 20 pasaraya Tesco sekitar selatan, utara dan Lembah Klang. Ia bakal bermula 21 April 2012 dan 22 April ini di Tesco Plentong dan Tesco Tebrau, Johor dan akan berakhir pada 23 Jun 2012. Ia merupakan pertandingan karaoke secara berduet dan terbuka untuk semua. Marilah datang dan memeriahkan acara ini untuk tonjolkan bakat nyanyian anda.

suria fm

suria fm

suria fm

suria fm

Latar belakang Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Kami boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini bahasa melayu, bahasa Inggeris dan juga Indonesia, kami mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Kami telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.3 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salun Rias Eksklusif buat Selebriti

Malaysian Journey with Jason Scott Lee