Pada jam 3 petang ini akan berlangsung satu pelancaran Drama Sari Maya di Multipurpose Hall, Sri Pentas, Petaling Jaya anjuran TV9.
Untuk info pembaca Sensasi Selebriti, Drama Sari Maya terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) ini adalah sebuah drama menarik yang menyentuh hati penonton. Bakal disiarkan di TV9 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam menerusi slot Mahsuri.
Drama ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana dibintang oleh pelakon-pelakon handalan seperti Fauzi Nawawi, Kuza, Zizie Ezette, Liyana Jasmay, Nabila Huda dan ramai lagi.
Apa yang menariknya?Â
Menerusi drama bersiri yang mengandungi 26 episod ini, penonton akan melihat bagaimana Aishah, isteri pertama Dali melalui saat-saat getir apabila mendapat tahu dia dimadukan oleh suaminya. Dali telah memperisterikan Rubiah sebagai isteri keduanya tanpa persetujuan Aishah. Ini membuatkan Aishah berasa amat sedih dengan tindakan suaminya itu. Saban hari, Dali lebih meluangkan masa bersama Rubiah. Rubiah pula cuba mencari pelbagai helah agar Dali tetap tinggal bersamanya tanpa mempedulikan Aishah.
Â
Aishah dan Rubiah ditakdirkan mengandung pada waktu yang sama. Dali merasakan bahawa dia patut lebih memberikan perhatian pada Rubiah oleh kerana ibu Aishah boleh membantunya menjaga Aishah. Walaupun di desak oleh ibu Aishah untuk Dali menjenguk Aishah, Dali tetap berkeras. Rubiah mencari pelbagai alasan agar suaminya tidak pulang ke rumah Aishah. Sehingga Aishah terpaksa melahirkan bayinya tanpa Dali di sisinya.
Akibat tertekan dengan perbuatan suami dan madu, Aishah menjadi kurang siuman. Ibu Aishah yang uzur terpaksa menjaga Aishah dan cucunya Maya tanpa bantuan Dali. Sementara itu, Rubiah juga melahirkan anak perempuan diberi nama Sari.
Â
Setelah 7 tahun berlalu, keadaan Aishah semakin teruk dan tidak dapat dibantu lagi. Pada suatu hari Aishah hilang dari rumah. Ibu Aishah dan Maya mencarinya dikeliling kampung dan terjumpa Aishah bermain di sungai. Ibu Aishah cuba menyelamatkan Aishah akan tetapi keduanya mati lemas. Dali berasa sedih dan menyesal dengan perbuatannya. Dali akhirnya membawa Maya tinggal bersama Rubiah dan anaknya Sari. Sejak Maya tinggal bersama ibu dan adik tirinya itulah bermula episod sedih yang menyentuh perasaan penonton. Kehadiran Maya tidak disenangi oleh Rubiah dan Rubiah juga sering menganiaya dan menyiksa Maya. Malah, Rubiah juga sering membezakan Maya dengan anaknya Sari.
Â
Apakah kesudahan drama bersiri Sari Maya ini? Untuk mengetahui perjalanan hidup Maya, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan Sari Maya yang disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.30 malam bermula 15 Julai 2008.
[tags]Fauzi Nawawi, Kuza, Zizie Ezette, Liyana Jasmay, Nabila Huda, drama sari maya, tv9 programme, kareena kapoor, karisma kapoor, saif ali khan, shah rukh khan, amer khan, juhi chaula, kajol, brad pitt, angelina jolie, britney spears, justin timberlake, mariah carey, jomheboh konsert, gua.com, sinopsis drama[/tags]