Pada jam 8 malam semalam (9 November 2010), telah berlangsung Opening Party Launch Topshop & Topman di Suria KLCC.
Fesyen show dan parti pembukaan ini yang turut dihadiri oleh beberapa selebriti itu diadakan bagi memperkenalkan kepada media dan penggemar fashion Topshop konsep dekorasi dan susun atur store itu yang baru sahaja dibuka beberapa hari lalu.
Antara selebriti yang hadir ialah Yuna, Mizz Nina dan ramai lagi. Setiap tetamu yang hadir turut diberikan cash voucher untuk membeli belah di Topshop. Happy!
Tak terlepas dari agenda, Topman juga telah mempamerkan pakaian terbaru yang dikeluarkan sempena dengan pembukaan besar-besaran TopMan di KLCC.
Ironik bila pra pembukaan Topshop ini dikatakan mahu menyahut saingan terdekat dari store yang mempunyai genre fesyen santai kasual yang sama iaitu Uniqlo. Bagi Budiey, harga pakaian di Uniqlo lebih murah dan lebih sempoi berbanding di Topshop.