Saya dapat rasakan Nurul ada potensi untuk pergi lebih jauh berdasarkan beberapa teater yang telah dijayakan oleh Nurul seperti teater Puteri Santubong dan juga teater muzikal Suzana 60-an.
Tidak sia-sia Nurul belajar dan berguru sampai menangis dalam kelas guru drama Fauziah Nawi. Bakat nyanyian yang dimiliki Nurul sebagai satu bonus untuk Nurul lebih maju dalam bidang teater khususnya untuk teater muzikal.
Bertempat di Auditorium Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 13 Mei lalu, saya dan pembantu Sensasi Selebriti, Azuan sempat menonton teater ini dalam suasana yang santai bersama selebriti yang hadir, Ako Mustapha dan aweksnya, Farah, Huzz dan ramai lagi. Nurul sempat menyanyikan sebuah lagu Seri Dewi Malam mengingatkan saya persembahan Nurul di Dewan Sivik 3 tahun lalu.
Walaupun teater ini agak terasa lama, namun saya kira lawak yang spontan dan selamba dari pelakon memang menghiburkan, menjadikan teater ini tidak membosankan. Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan teater ini. Harapan saya, agar teater Baik Gila boleh dinaiktaraf dengan mengusung pentas yang lebih besar. Paling tidak, Istana Budaya pun dah kira okay.
Sinopsis Teater Baik Gila
Cerita ini pada dasarnya ingin memaparkan tekanan perasaan dan konflik pemikiran seorang watak yang bernama Cikun sehingga mewujudkan suasana tegang akibat salah faham Cikun terhadap istilah ‘baik gile’ yang menjadi slanga dalam komunikasi remaja. Kerana bagi Cikun ‘baik gile’ bermakna seseorang yang baru baik daripada gila.
Kisah bermula dengan Cikun baru dikeluarkan dari hospital bahagia oleh seorang doktor di tempat itu setelah seminggu berada di sana kerana terbukti Cikun tidak sakit jiwa. Punca Cikun masuk hospital bahagia ialah kerana keluarga Kimi telah membuat laporan polis dan menuduh Cikun sakit jiwa, kerana mencekik Kimi ketika Kimi memendu sehingga kereta kesayangan Kimi hancur dan Kimi patah bahu. Walhal sebenarnya Cikun tak sengaja mencekik Kimi kerana Kimi tidak mahu mengurangkan kelajuan kereta. Jadi dia terpaksa mencekik Kimi agar Kimi menghentikan keretanya.
Cikun sebenarnya dalam keadaan ketakutan dan trauma dengan peristiwa kuching kesayangannya yang mati dilanggar di depan matanya oleh Kimi ketika Kimi sedang berlumba motor haram di depan rumahnya. Suatu ketika, jadi dia terpaksa mencekik Kimi agar Kimi menghentikan keretanya.
Cikun bertambah tertekan dan keliru apabila kepulangannya membawa perkhabaran ibunya telah meninggal dunia. Kematian ibunya menjadi tanda tanya pada dirinya sehingga dirinya berubah laku terhadap orang kampung…
Watak-Watak Utama:
Cikun: Raja Azrey
Mak Yah: Wan Maimunah
Ayu: Nurul AF2
Kimi: Tauke Raja Lawak
Joe: Che Mat Raja Lawak
Keon: Yus Waisar
Pak Mat: Zaki Zabidi
Zul: Alif Mazlan