in ,

Now Everyone Can Fly to New Zealand AirAsiaX 8TV

KIA ORA!! - TEROKAI KEINDAHAN NEW ZEALAND BERSAMA 8TV DAN AIRASIA X!

Menjelajah ke dunia luar dan menimba pengalaman baru boleh membantu kita untuk menjadi lebih berdikari dan mengenal erti sebenar kehidupan dengan menghargai keindahan budaya dan cara hidup yang berbeza.

Terkenal dengan jolokan ‘middle earth’, New Zealand adalah satu negara yang cukup dikenali dikalangan negara-negara Pasifik yang lain. Sumber ekonomi yang banyak bergantung kepada industri pelancongan kerana keindahan flora dan fauna, pemandangan gunung-ganang yang indah, pantai yang putih bersih dan gunung berapi yang masih aktif menjadikan New Zealand sebagai salah sebuah negara terkenal sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Henry Golding AirAsiaX

New Zealand yang terkenal dengan kedudukan geografinya yang terpencil dengan keluasan sebesar negara Jepun dan Britain ini juga mempunyai flora dan fauna yang luar biasa. Negara ini menjadi habitat kepada pelbagai jenis fauna yang jarang ditemui di tempat lain antaranya burung-burung unik seperti kakapo, iaitu sejenis spesis burung kakak tua besar yang tidak boleh terbang, burung kea serta satu-satunya burung ‘alpine parrot’.

Antara fauna lain yang terdapat di negara ini adalah penguin dan kiwi yang juga merupakan simbol utama kepada New Zealand. Keindahan alam semulajadi di negara ini boleh dinikmati dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti menaiki bot, menyusuri pantai-pantai yang cantik, aktiviti ‘bungee jumping’ dari tanah-tanah tinggi, dan macam-macam lagi.

Kali ini, 8TV dengan kerjasama AirAsia X akan membawa anda dalam siri jelajah terbaru ke New Zealand melalui program Now Everyone Can Fly to New Zealand. Program terbaru 8TV ini bakal membuat penoton teruja untuk melihat keindahan dan keistimewaan destinasi-destinasi menarik di New Zealand. Anda juga dapat menyaksikan perbezaan budaya dan cara hidup sekaligus melancong tanpa perlu mengeluarkan bajet yang banyak!

Henry Golding AirAsiaX

AirAsia X dan Tourism New Zealand dengan bangganya mempersembahkan Now Everyone Can Fly to New Zealand yang akan membawa anda menjelajah New Zealand dalam 8 episod yang pasti menghirburkan! Siri terbaru Now Everyone Can Fly to New Zealand dengan kerjasama AirAsia X ini akan membawa penonton ke destinasi-destinasi AirAsia X sekaligus memberi penonton peluang untuk menikmati pakej-pakej menarik yang ditawarkan.

Program yang membawa anda mengenali negara yang juga terkenal kerana mempunyai nama tempat yang terpanjang di dunia iaitu ‘Taumatawhakatangi-hangakoauauotamatea-turipukakapikimaunga-horonukupokaiwhenuaki-tanatahu ini akan dihoskan oleh pengacara terkenal Henry Golding. Henry yang cukup sinonim dengan program berunsur ‘travelogue’ pernah mengacarakan program ‘Welcome To The Rail World’ dan ‘Without Boundaries Islands and Beaches’ yang pernah disiarkan di 8TV.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama rancangan ini iaitu AirAsia X kerana membawa kita semua melihat keindahan New Zealand. Now Everyone Can Fly to New Zealand akan memberikan banyak pengisian yang menarik khas untuk penonton yang gemar menjelajah ke dunia luar! Saya sangat teruja dan berharap penonton semua bersama-sama mengikuti perjalanan Henry dalam program ini. Now Everyone Can Fly to New Zealand akan disiarkan setiap Ahad jam 10.30 malam bermula 6 November 2011 ekslusif di saluran hip 8TV” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7.

“Sekarang semua mampu terbang ke New Zealand dengan AirAsia X and dan berpeluang berkongsi cerita dengan Henry Golding di 8TV! Anda pastinya bakal merasai pengalaman baru tentang New Zealand selama program ini berlangsung. Saya ingin mencabar anda semua untuk menonton program ini dan cuba untuk menyebut nama tempat paling panjang di New Zealand ini.” ujar Mark Frood, Pengurus Besar Pasaran Asia, Tourism New Zealand.

AirAsia X cukup berbangg dengan bekerjasama dengan Tourism New Zealand dan 8TV memperkenalkan siri ‘travelogue’ terbaru tentang New Zealand. Kami cukup berbesar hati bekerja dengan Henry Golding dan percaya telah melakukan yang terbaik bagi memperkenalkan New Zealand kepada Malaysia. AirAsia X telah melancarkan penerbangan ke Christchurch April lepas dan dengan kerjasama dari Tourism New Zealand maka lahirlah program “Now Everyone Can Fly To New Zealand”. ujar Darren Wright, Head of Commercial, AirAsia X.

Pastikan anda bersedia untuk meneroka keindahan dan keistimewaan budaya di New Zealand dalam siri jelajah Now Everyone Can Travel to New Zealand yang akan menemui anda setiap Ahad jam 10.30 malam bermula 6 November 2011 ini. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti 8TV di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

Henry Golding AirAsiaX

Host Profile : Henry Golding

Biography:

Henry Golding merupakan seorang personaliti TV yang semakin popular dan menjadi buruan ramai penerbit di Asia Tenggara. Memiliki latar belakang Inggeris dan Iban, Henry menjalani hidup dengan keseimbangan nilai barat dan budaya timur dan juga meneruskan minat dalam bidang Pelancongan dan Anthropology. Minat yang mendalam terhadap dua bidang ini membolehkan Henry menyesuaikan diri dengan mudah walaupun dalam persekitaran yang berbeza.

Sebelum berhijrah ke Asia, Henry merupakan seorang ‘Hair stylist’ di salon terkemuka di kawasan Sloane Square di London barat. Lokasi terkemuka ini menjadikan salon ini sebagai tempat untuk Ikon terkemuka Britain mendapatkan khidmat seperti Kate Middleton dan selebrti seperti Michael Caine, Ivana dan Ivanka Trump.

Selepas 4 tahun bekerja di London, Henry membuat keputusan berhijrah ke Asia untuk meneruskan minatnya yang mendalam dalam pelancongan. Henry mendapat tawaran pertama selepas hanya 3 bulan berada di Malaysia untuk mengendalikan program siaran lansung 8TV iaitu “The 8TV Quickie”. Dalam pada masa yang sama juga, Henry ditawarkan untuk beberapa projek lain 8TV iaitu Motorsports@Petronas, Maybeline Simply Fabulous, Ultimate Prom Night dan Shout! Awards 2010.

Kerjaya Henry semakin melonjak naik apabila beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan ESPN iaitu Castrol Football Crazy yang telah disiarkan ke lebih 20 negara di Asia. Rancangan ini telah memberikan Henry peluang untuk melancong ke Madrid sekali gus bertemu dan berlatih dengan pemain bola sepak terkenal, Cristaino Ronaldo dan juga ke Afrika Selatan untuk merasai kehangatan Piala Bolasepak Dunia atau ‘World Cup’ dan menemu bual Arsene Wenger.

Programa baru Henry yang telah disiarkan pada 21 Julai tahun lepas iaitu “Welcome to the Rail World” merupakan program melancong solo di 9 buah negeri di Malaysia menggunakan kemudahan kereta api untuk menikmati suasana sebenar dan kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia.

TV Shows:
Shout! Awards 2010
Welcome To The Rail World – 2010
ESPN’s Castrol Football Crazy – 2009
Motorsports@petronas -host-2009
Maybeline Model search-host- 2009
8tv’s The Quickie- Host-2008
Ultimate prom night- Judge-2008
Ho Chak- Guest host- 2008
Venus- Guest- 2008

Interviews:
Pussy Cat Dolls-2008
Daughtry-2008
Fall Out Boy-2009
Harlan Fadhilla, motoGP rider- 2009
Liverpool FC vs Singapore 2009
The Saturdays- 2009
Cristiano Ronaldo – 2010
Arsene Wenger- 2010

Emcee jobs:
Adidas Yoga- 2008
MIFA- 2008
Cleo Fashion Rocks- 2008
8tv 5th Anniversary- 2008
Joanne Kam- 2009
Ribena- 2009
Coca Cola camni lah-2009
Adidas 60th Anniversary- 2009
Guinness 250th anniversary- 2009
Adonis Miss Malaysia world- 2009
Tuned into fashion- one Utama- 2009
Adidas collection 2009
Levis lady style – 2009
Harpers Bazaar – 2009
Monash Ball 2009
ESPN Grandstand Vietnam – 2010
ESPN Grandstand Kuala Lumpur – 2010

Relevant Exposure and experience:
Coca Cola- Main-2008
Tic Tac- Main- 2008
Celcom- Main-2008
Prego pasta- main-2008
Shangri la internal promo- main-2008
Uberman- Main and Face for Product including Hair, Facewash and Deodorant – 2008
Levis- Main-2008
Cadbury’s chocolate-2009
Mobily, Dubai 2009
Levi’s imprint and accelerate campaign- 2009
Johnny Walker Don’t drink and drive campaign- 2009

About AirAsia and AirAsia X
AirAsia, the leading and largest low-cost carrier in Asia, services the most extensive network with approximately 139 routes. Within 10 years of operations, AirAsia has carried over 100 million guests and grown its fleet from just two aircraft to approximately 106. The airline today is proud to be a truly ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) airline with established operations based in Malaysia, Indonesia, Thailand and Philippines servicing a network stretching across all ASEAN countries, China, India, Bangladesh, Sri Lanka and Australia. This is further complemented by AirAsia X, its long-haul low fare affiliate carrier that currently flies to destinations in China, India, Australia, Taiwan¸ Iran, Korea, UK, Japan, France and New Zealand. AirAsia was named the World’s Best Low Cost Airline in the annual World Airline Survey by Skytrax for three consecutive years (2009, 2010, and 2011).

Tourism New Zealand
Tourism New Zealand is the organisation responsible for marketing New Zealand to the world as a tourist destination. The major tool we use to do this is the 100% Pure New Zealand marketing campaign, a campaign that has evolved over the past decade to make New Zealand one of the world’s most well-respected tourism brands.

International tourism has grown to become New Zealand’s largest earner of foreign exchange, pumping around NZD9.5 billion annually into the nation’s economy.

Understandably, an industry of this magnitude does not grow by itself. In a fiercely contested global tourism marketplace, Tourism New Zealand is responsible for ensuring New Zealand remains attractive internationally as a visitor destination.

Through the 100% Pure New Zealand campaign we take New Zealand’s story to consumers, the travel trade and the global media, while working with the industry here in New Zealand to ensure we deliver on the promises made through the campaign.

Tourism New Zealand is a Crown Entity funded by the New Zealand Government and established under the New Zealand Tourism Board Act 1991. We are led by a Board of Directors appointed by the Minister of Tourism and have a team of around 120 staff in New Zealand and 13 offices around the world. From humble beginnings, we are now the oldest tourism marketing department in the world.

Henry Golding AirAsiaX

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy

TV9 Perkenal 12 Peserta Idola Kecil 4