in

Noraniza Idris Makin Sombong?

Khabarnya Diva Lagu Asli Malaysia kita ni semakin sombong sekarang. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Ada satu berita yang sampai ke telinga Budiey, katanya ada peminat ni yang berasal dari Bumi Kenyalang, nak bergambar dengan Kak Ani ni, tapi Kak Ani buat selamba dunno jer tak layan, macam tak dengar je, lepas tu apa lagi…. Makin meluatla peminat tu dekat Kak Ani. Peminat tu kata, Kak Ani semakin kekwat dan tak sedar diri. Betul ke? Cam tak caya je kan…. setahu Budiey, Kak Ani ni jenis yang friendly dan sporting orangnya.

Sebenarnya, cerita atau isu pasal artis sombong dan tak layan peminat ni dah lapuk dan ianya akan berterusan sampai bila-bila pun. Lagi ramai artis kat bumi Malaysia ni, selagi tu akan ada artis yang tak hargai peminat. Budiey tak kata semua selebriti sombong dengan peminat. Ada yang jenis over friendly pun ada. Mungkin peminat pun kena faham situasi juga. Mungkin pada ketika anda menegur artis itu, ada sesuatu yang sedang difikirkan sehingga tidak menyedari ada peminat datang menyapa. Tengok la keadaan macamana kan?

Tapi yang dahsyatnya, ada artis baru yang tak popular pun ada gak yang sombong. Bukan setakat sombong dengan peminat, malah ada juga teman wartawan yang dah kena ‘kencing’ dengan dia. Selalu tak tepati janji dan menipu media… itu dah biasa bagi artis baru yang suam-suam kuku ni. Tak nak citer la sape nama dia. Mmm… kalau dengan media pun buat hal… apatah lagi dengan peminat. Huh… macam-macam lah diorang ni kan.

Dulu, pernah dilaporkan Sofea Jane dan Siti Nurhaliza juga pernah dikatakan sombong dengan peminat. Dan cerita sebegini akan selalu kita dengar selagi mana artis yang sebenarnya insan biasa wujud di muka bumi. Kita hanya manusia yang punya banyak sekali kelemahan dan kelalaian. Mungkin dengan sikap tegur menegur sesama manusia menjadikan kita semakin mesra dan akrab. Kepada artis, jangan lupa insan-insan yang meminati anda kerana tanpa mereka, kerjaya anda tidaklah seteguh yang anda kecapi saat ini. Hargailah peminat anda!

[tags]noraniza idris, gossip meletop, air panas pool, diva lagu asli, dondang dendang lirik, album terbaru noraniza idris, proton saga baru, stepford katie, lawak mariah, daphne iking husband, gambar dunia kiamat, anak sheila majid, katie holmes bob, skodengz.com, stepford katie, toni poole john terry, anwar ibrahim blog, nude teen beauty pagent, urah bahagia wanita[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Terbaru Padi Tak Hanya Diam Penanda Aras Muzik Asia

Ulasan Filem Sweeney Todd Lakonan Johnny Depp