Pada petang ini, Neelofa adakan sidang media utk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Anzalna di mana kenyataannya telah disiarkan oleh wartawan Zubir Berita Minggu.
Budiey rasa, untuk menjernihkan keadaan, Neelofa perlu mendapatkan khidmat dan nasihat peguam dulu sebelum bertindak. Atau untuk dapatkan jalan singkat, jalan berdamai dan bermaafan dengan bersemuka dengan Anzalna adalah jalan yang terbaik.
Berikutan kekecohan yang berlaku antara dua pelakon yang sedang meningkat naik, Neelofa dan Anzalna Nasir seperti yang disiarkan dalam sisipan hiburan B-Pop Berita Minggu yang lalu, pelakon dan penerbit terkenal, Hans Isaac tampil membela Neelofa dalam akaun Twitternya.
Menerusi statusnya di laman sosial ini, Hans mencadangkan agar Neelofa mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan yang menulis artikel berkenaan di samping mencabar wartawan berkenaan berdebat secara langsung di kaca TV.
Selain itu, Hans turut meluahkan rasa kecewanya apabila wartawan tersebut seperti sengaja mencari isu yang tidak masuk akal dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir dalam sisipan akhbar terbitan hujung minggu lalu.
Neelofa
VS