in , ,

Naim Daniel Berhenti Galas Tanggungjawab Sebagai Penyiasat Tetap?

Ke Mana Naim Daniel Sebenarnya Menghilang?

Ayuh menyiasat sambil berhibur bersama I Can See Your Voice Malaysia musim ke-7 (ICSYVMY 7) kerana episod terbaharu ini akan dikecohkan lagi dengan kehadiran bukan dua tapi tiga penyiasat jemputan! Penyiasat jemputan kali ini terdiri daripada penyanyi terkenal dan pelakon hebat tanah air iaitu Sufian Suhaimi, Azhan Rani dan Noorkhiriah.

Kerenah mereka bersama penyiasat tetap pastinya akan meriahkan lagi suasana hujung minggu anda. Namun dengan ketiadaan Naim Daniel untuk membantu, adakah artis jemputan kali ini membuat pilihan yang tepat? Adakah Naim Daniel tidak mahu lagi menggalas tanggungjawabnya?

Naim Daniel Berhenti Galas Tanggungjawab Sebagai Penyiasat Tetap?

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton ICSYVMY7 bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh menstrim secara langsung dalam HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Kini tiba masanya untuk anda memulakan misi baharu dan melakukan siasatan anda bersama keluarga menerusi ICSYVMY7.

ICSYVMY7 ini diketuai oleh Jamil Bin Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit. Program ini, yang mengadaptasi konsep dan format program asal dari Korea Selatan, kekal menjadi rancangan yang masih terus mendapat tempat di hati peminat dengan kombinasi hiburan dan lawak yang tidak kering gusi, drama dan teka-teki yang mencabar.

Naim Daniel Berhenti Galas Tanggungjawab Sebagai Penyiasat Tetap?

Episod lepas yang memaparkan tema khas, Seram sempena filem seram komedi terbaru arahan Dr Ahmad Idham ‘Saka Perawan’ tampak sangat riuh dan meriah. Namun, dalam keriuhan yang berlaku, episod tersebut telah menyaksikan Afieq Shazwan gagal memilih penyanyi sebenar akibat menerima pendapat yang kucar-kacir daripada panel penyiasat tetap dan penyiasat jemputan, Nadia Brian dan Afifah Nasir. 

Naim Daniel Berhenti Galas Tanggungjawab Sebagai Penyiasat Tetap?

Episod ketiga ICSYVMY 7 menampilkan pelakon dan penyanyi hebat tanah air, Amy Mastura sebagai artis jemputan.  Beliau akan mendapatkan pandangan daripada panel penyiasat bagi menyingkirkan penyamar bersuara sumbang. Dengan ketiadaan Naim Daniel yang merupakan satu-satunya penyanyi dalam panel penyiasat tetap, mampukah Amy Mastura memanfaatkan pengalaman beliau sendiri sebagai penyanyi untuk memilih penyanyi yang sebenar?

Jadi jangan terlepas untuk menyiasat sambil berhibur bersama episod ketiga ICSYVMY7 yang akan bersiaran Ahad ini,23 Jun 2024, pada pukul 9.00 malam di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viu Malaysia Lancar Siri Supernatural Thriller Viu Original Berjudul NAFSU