Salam buat semua pembaca budiman,
Kepada pembaca yang tak dapat join Movie Day Out Sini Ada Hantu esok, ada lagi satu peluang untuk kita tengok wayang hujung minggu ni. Filemnya pasti korang suka… BURLESQUE! Budiey ingin mengajak pembaca untuk menonton filem BURLESQUE bersama pembaca Budiey.com yang lain? Amacam okay?
Tiket tak perlu bayar sebab Budiey belanja korang semua. Plus setiap korang yang dapat tiket, akan dapat goodie bag percuma dari Budiey.com. Cool kan? Tapi tempatnya sangat terhad, jadi siapa cepat dia dapat!
BURLESQUE adalah filem muzikal penuh drama lakonan utama Cher dan Christina Aguilera. Selain mereka berdua, filem sepanjang 119 minit ini juga dibarisi bintang Hollywood yang terkenal lain seperti Eric Dane, Cam Gigandet, Stanley Tucci dan Kristen Bell.
Sinopsis BURLESQUE:
Burlesque berkisar mengenai impian seorang gadis pinggiran kota, Ali, lakonan Christina, yang datang ke Los Angeles untuk menjadi seorang penyanyi.
Dari satu ke satu uji bakat dihadirinya, namun tiada seorang pun yang sudi mengambilnya sebagai penyanyi. Kemudian, Ali menemui sebuah teater di mana pertunjukan tarian dan muzik sering diadakan, dikenali sebagai The Burlesque Lounge. Tertarik dengan persembahan diadakan, Ali mencuba nasibnya dengan berjumpa pemilik kelab itu, Tess.
Pada mulanya, Ali diterima bekerja sebagai seorang pelayan di Burlesque, dan hanya mampu memerhatikan persembahan dari bawah pentas. Di situ Ali turut berkenalan dengan seorang pelayan bar yang juga pemuzik di tempat berkenaan, Jack, lakonan Cam Gigandet.
Ali semakin rapat dengan Jack dan dalam diam, Jack mencintai Ali walaupun jejaka itu sebenarnya sudah pun bertunang.
Konflik kian mencengkam apabila rumah sewa Ali dimasuki perompak, menyebabkan dirinya terpaksa menumpang di rumah Jack. Ali tidak mempunyai saudara terdekat manakala kedua-dua orang tuanya meninggal dunia sewaktu dia kecil lagi.
Ali memberanikan diri untuk mencuba nasib, dengan menghadiri uji bakat anjuran Tess. Dia diambil sebagai penari, yang secara tidak langsung menimbulkan perasaan cemburu Nikki.
Watak antagonis, Nikki, lakonan Kristen Bell, seorang gadis bermasalah dan penari utama di Burlesque. Dia menyimpan perasaan dendam kerana rasa cemburunya terhadap Ali. Nikki secara senyap-senyap merancang sesuatu untuk menjatuhkan gadis terbabit. Sebaliknya, niat jahatnya itu membuka peluang untuk Ali menonjolkan bakat sebenarnya. Saat itu, Ali membuktikan kepada Tess bahawa dia juga berkebolehan untuk menyanyi.
Akhirnya, Ali atau nama sebenarnya Alice menjadi tarikan utama Burlesque. Dengan suara yang sangat merdu, dia mampu memukau sesiapa saja yang mendengarnya.
Selama ini, hanya Tess saja yang mampu bernyanyi di pentas itu secara langsung. Selebihnya, mereka menggunakan teknik ‘miming’. Disebabkan kehebatan vokal Ali, The Burlesque Lounge dapat mengembalikan zaman kegemilangannya, secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pengunjung.
Apabila nama Ali kian mekar, muncul pula watak antagonis, Marcus (Eric Dane) yang menawarkan gadis itu peluang keemasan untuk mencipta populariti lebih besar lagi. Syaratnya, dia harus meninggalkan Burlesque.
Namun adakah Ali akan terus terpedaya dengan janji manis Marcus? Adakah Nikki akan terus membalas dendam? Dan adakah The Burlesque Lounge akan terus beroperasi? Bagaimana pula hubungan Ali dan Jack?
Tonton Trailer Filem BURLESQUE:
Bila? Hari Ahad ini, 6 Mac 2011, Jam 1.45 petang
Waktu Tayangan: 2.10 petang
Di mana? Pawagam TGV, KLCC
Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan!
Runtime: 119 minit
BAGAIMANA CARANYA?
Apa yang korang perlu buat ialah:
Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 2883856 sekarang! Tiket masih ada!
Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!
Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI AHAD ini ya!