Budiey menganggap kemenangan Mohd dan Ziana Zain adalah satu kemenangan yang penuh bergaya. Dengan markah keseluruhan sebanyak 71 markah sudah cukup menyakinkan. Ramai yang dapat menjangkakan kemenangan ini kerana bakat Mohd dan juga populariti mentornya, Ziana Zain yang semua orang tahu, beliau mempunyai begitu ramai peminat. Ramai media bersetuju faktor utama kemenangan Mohd adalah populariti yang ada pada Ziana Zain.
Namun, harus diingat, persembahan Mohd begitu konsisten dan beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan hati pengundi dan juri.
Gelaran naib juara disandang oleh Adi Hamiz Johar, protege Dayang Nurfaizah, dengan 62 markah, dan dia membawa pulang wang tunai RM30,000. Sementara protege Azmeer, Nani yang hanya mengumpul markah keseluruhan sebanyak 51, mendapat RM10,000.
Persembahan hebat disamping memiliki bakat yang tersendiri menyakinkan pihak juri dan peminat untuk menobatkan Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor sebagai juara program realiti terbitan TV3, Mentor musim keempat yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam ini.
Sememangnya keputusan yang sudah dijangka itu turut memperlihatkan persaingan sengit dengan ketiga-tiga finalis mempunyai kekuatan tersendiri. Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan mohd Nor mengungguli dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 71 melayakkannya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM 100,000 dan kontrak rakaman bersama Monkey Bone manakala mentornya Ziana Zain turut membawa pulang RM100 000.
Mohd dengan gaya tersendiri
Rata-rata komen juri profesional juga positif, dimana Sheikh memuji Mohd sebagai seorang artis yang ada bakat dan stail tersendiri. Namun Sheikh turut mengingatkan Mohd pentingnya untuk dia mencari identiti sendiri selepas ini kerana mendapati sukar untuk membezakan diantara peminat Mohd dan Ziana. Acis pula, selain menasihati Mohd agar perlunya untuk dia memahami lagu yang dibawa, dia juga perlu mencari ton-nya yang tersendiri kerana terlalu mirip dengan bekas-bekas juara lain.
Mentor yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 2005 itu menyaksikan Pija sebagai juara pertamanya manakala Fiq pula menggenggam gelaran itu pada musim kedua setahun selepas itu, manakala Black menempatkan namanya untuk musim ketiga.
Dalam konsert akhir itu, Mohd telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu baru ciptaan komposer baru, Aswandy yang berjudul Cinta. Bukan itu sahaja, anak kelahiran Johor Bahru itu juga berjaya memukau hadirin apabila berduet dengan Fiq menerusi lagu 3 Malam Tanpa Binta dan Bujang Senang. Tempat kedua dimenangi oleh Adi HamizJohar atau Adi hanya mampu berpuas hati apabila menyandang gelaran naib juara dengan markah sebanyak 62 peratus meskipun mempamerkan persembahan mantap terutama apabila berduet dengan Aizat.
Markah 50% daripada markah keseluruhan – 20% dari juri awam dan 30%, undian SMS. Markah selebihnya, sebanyak 50%, adalah daripada juri profesional, yang pada malam ini terdiri daripada Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haikel.
Tahniah buat semua pemenang. Semoga bintang terus bersinar. Jangan pula jadi artis mee segera. Keluar aje terus popular tapi tak sampai setahun terus tenggelam.
Tahniah buat Mohd & Ziana Zain. Semoga bintang terus bersinar. Congrats!
Foto kredit: Ikram Muzammil Facebook