Dato’ Siti Nurhaliza akan menjayakan persembahan dengan 10 buah lagu ini pada 22 April ini manakala penyanyi Indonesia Kris Dayanti pada 21 April di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.
Siti menandatangani poster Minggu Setiausaha 2009 sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Operasi Cash Band Johan Thomas Low. Secara eksklusifnya, Siti kembali menjayakan Minggu Setiausaha bersama Quality Hotel buat kali keenam.
Siti berkata jika dulu dia selalu menggunakan khidmat pengarah muzik Aubrey Suwito tetapi kali ini Aubrey tidak dapat bersama-sama Siti kerana sibuk dengan program One In A Million.
“Kali ini saya akan menyanyi tidak lebih daripada 10 buah lagu dari album terbaru termasuk lagu-lagu popular saya dengan bantuan ‘live band’ oleh pengarah muzik Jenny Chin dan lima hingga enam penari. Lagu hits saya pula akan mewarnai segmen lagu nostalgia. Saya akan beritahu segmen menarik itu nanti kerana selebihnya peminat perlu datang dan menontonnya sendiri. Saya hanya akan melakukan persembahan seorang diri tanpa bantuan artis lain memandangkan kita sudah ada penglipur lara iaitu Dee,†beritahu Siti mengenai majlis yang sekali lagi melantik Dee sebagai pengacara majlis buat kali keenam.
Kali terakhir Siti menyertai majlis tersebut adalah pada dua tahun lalu. Tahun ini, Siti akan menjayakan persembahan tersebut pada 22 April ini manakala penyanyi Indonesia Kris Dayanti pada 21 April di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.
“Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk menyertai Minggu Setiausaha ini disebabkan rindu kerana biasanya saya hanya membuat majlis makan malam. Saya juga menerima tawaran ini atas hubungan baik antara saya dan Quality Hotel dan mereka tidak lupa menjemput saya membuat persembahan,†beritahu penyanyi yang sedang popular dengan lagu Dalam Taman Teman, Cinta Ini dan Ada Masa Mata ini yang dimuatkan dalam album Lentera Timur. [sumber]