Dapatkan Pengalaman Sentuhan Pakar daripada Sunsilk
Sunsilk permudah semua wanita memiliki rambut yang cantik dan menawan
Setiap wanita pernah melalui hari “rambut meragam” apabila kita tidak dapat mendandan rambut seperti yang kita ingini atau seperti baru keluar dari salun. Malah pada hari yang memerlukan penampilan terbaik, ada kalanya rambut kita mengecewakan kita. Jangan risau lagi! Kini kita boleh mendapatkan rambut seolah disentuh pakar rambut.
(L-R)Ashlee Ng, Emily Chong,Yuko Yamashita, Jarrod Reyes, Cheryl Lee, Nora Danish
Sunsilk akan membawakan apa yang sebelum ini hanya dialami oleh segelintir wanita bertuah yang mampu melanggan salun paling eksklusif di dunia: iaitu kepakaran rambut antarabangsa dan kesempurnaan untuk semua jenis rambut dan keperluan untuk semua wanita Malaysia.
Salun rambut bergerak, Sunsilk Co-Creations Mobile Salon, akan menjelajah ke 20 lokasi di seluruh Malaysia, khususnya pusat pasaran utama, bermula di Sungei Wang Plaza pada 15 dan 16 Mei, untuk berkongsi sentuhan pakar “rambut” dengan lebih ramai wanita di negara ini bagi membolehkan mereka memiliki rambut yang cantik menawan.
The Sunsilk Mobile Salon will begin its journey across Malaysia starting at Sungei Wang Plaza on 15 & 16 May
“Sudah sekian lama kami ingin memastikan semua wanita mempunyai rambut yang cantik. Kini kami telah menemui rahsia kecantikan rambut dengan kerjasama tujuh pakar rambut terbaik di dunia untuk mencipta formula khusus untuk semua jenis rambut. Kami ingin berkongsi kesempurnaan ini dengan semua wanita di luar sana,” kata Ainul Yaqin, Pengarah Penjagaan Rumah dan Dandanan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.
Wanita kini tidak perlu lagi mati akal memikirkan tentang rambut mereka. Sunsilk Co-Creations Mobile Salon menawarkan sesi analisis rambut secara peribadi untuk mengenal pasti keperluan atau masalah rambut mereka. Mereka kemudian akan diberi rawatan yang betul dan sesuai dengan keperluan rambut mereka.
Berucap di majlis pelancaran Sunsilk Co-Creations Mobile Salon, Yuko Yamashita, pakar kecantikan rambut terkenal dan pensyarah dari Tokyo yang juga pencipta bersama syampu Sunsilk Silky Smooth and Manageable, berkata, “Saya benar-benar ingin membantu wanita memiliki rambut yang sihat, lembut & mudah diurus dan saya teruja dengan kemungkinan untuk memberikan rambut yang lembut, licin dan menjadi idaman wanita di seluruh dunia, bersama-sama Sunsilk.”
Selain daripada salun bergerak, Sunsilk buat pertama kalinya juga akan menjayakan siaran tiga program TV berunsur pendidikan mengenai pengurusan dan penjagaan rambut, yang membawakan kefahaman bertaraf dunia daripada pakar Sunsilk, diterajui oleh selebriti tempatan kita seperti Nora Danish dan Cheryl Lee.
Bertajuk “Alami Sentuhan Pakar”, program TV berunsur pendidikan Sunsilk ini akan disiarkan di kaca TV dari bulan Mei hingga Ogos.
Rambut Sentuhan Pakar kini hanya dengan satu klik
Dalam usaha selanjutnya untuk memudahkan lagi semua wanita mendapat penjagaan rambut, Sunsilk telah melancarkan laman web interaktif yang membolehkan mereka mendapatkan segala yang diperlukan untuk memiliki rambut yang cantik menawan. Laman web ini memuatkan nasihat penjagaan rambut yang praktikal dan terkini daripada tujuh pakar rambut terkenal dunia di hujung jari setiap wanita Malaysia, semuanya untuk rambut yang sihat dan cantik menawan.
Di samping itu, bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun, wanita Malaysia berpeluang untuk mendapat rambut sentuhan pakar hanya dengan melayari www.sunsilk.com.my bagi mendapatkan sebotol syampu 90ml percuma. Mereka juga boleh meminta sampel melalui sms dengan menaip SSMNomborBotolNo. KP baru 12 digitNamaAlamat rumah dan hantarkan ke 36322.
Nombor Botol:
1 Sunsilk Silky Smooth and Manageable
2 Sunsilk Damaged Hair Reconstruction
3 Sunsilk Hair Fall Solution
4 Sunsilk Black Shine
5 Sunsilk Clean & Fresh
6 Sunsilk Anti Dandruff
Yuko Yamashita – Pakar Rambut Lembut, Tokyo
Yuko adalah pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pakar kecantikan rambut, pensyarah dan inspirasi di sebalik proses meluruskan rambut yang terkenal dan dipatenkan di beberapa negara dan digunakan di ribuan salon di seluruh dunia. Minatnya adalah untuk mencari cara untuk menjadikan rambut yang bermasalah mudah diurus tanpa menjejaskan kesihatan rambut.
Falsafah Yuko adalah untuk memberikan rambut yang kekal cantik, lebih mudah diurus dan lebih lembut kepada semua wanita, menerusi pendekatan produk yang sihat.
“Saya sentiasa menganalisis rambut dan saya mendapati bahawa yang menentukan kelicinan dan kelembutan rambut ialah bagaimana setiap helai rambut berinteraksi antara satu sama lain. Setiap helai mesti meluncur licin bila bergeser antara satu sama lain. Sebaik sahaja kita menundukkan rambut yang memberontak dengan mengurangkan pergeseran antara rambut, kita akan memperoleh rambut yang kelihatan licin, lembut dan kekal bentuknya. Semua wanita berhak mempunyai rambut yang lembut, licin dan mudah diurus. Itulah yang boleh diharapkan mereka daripada rangkaian produk yang saya cipta bersama dengan Sunsilk.”
“Pemilihan saya sebagai salah seorang pencipta bersama Sunsilk adalah satu penghormatan bagi saya. Saya teruja dengan peluang kerjasama ini untuk membawakan rahsia rambut lembut & mudah diurus, setiap hari, kepada wanita di seluruh dunia.”
Rangkaian produk Sunsilk Silky Smooth & Manageable ciptaannya mengandungi Keratin Yoghurt Nutri ComplexTM yang ‘menjinakkan rambut liar’ dari akar hingga ke hujung untuk mengurangkan kelentikkan.
Yuko Yamashita menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk memberikan syarahan kepada pakar kecantikan tentang kelebihan proses meluruskan rambut yang dipatenkan dan meneruskan misinya untuk memudahkan penjagaan rambut cantik untuk semua.
Rangkaian Ciptaan Bersama Sunsilk
Buat pertama kalinya, Sunsilk membawakan kepada berjuta-juta pengguna apa yang sebelum ini hanya terdapat di salun elit – kepakaran produk bertaraf dunia kepada semua wanita di seluruh dunia, supaya mereka boleh memiliki “pakar dalam botol” mereka sendiri untuk mencipta rambut yang cantik menawan di rumah.
Rangkaian Sunsilk Ciptaan Bersama telah dicipta bersama tujuh pakar rambut terbaik di dunia, setiap seorang memberikan kefahaman dan pengetahuan yang berharga untuk menghasilkan formula yang unik untuk jenis rambut tertentu – Sunsilk Silky Smooth & Manageable; Sunsilk Damaged Hair Reconstruction; Sunsilk Straight Perfection; Sunsilk Lively Clean & Fresh; Sunsilk Hair Fall Solution; Sunsilk Anti-Dandruff Solution dan Sunsilk Stunning Black Shine.
Rangkaian Ciptaan Bersama Sunsilk boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya, pada harga RM3.90 untuk 90ml; RM7.70 untuk 180ml; RM14.90 untuk 375ml dan RM26.40 untuk 700ml.