in

Miley Cyrus Hannah Montana Kembali di 8TV

MILEY CYRUS KEMBALI DI 8TV!

Tarikh Siaran: 7 Mei 2011 (Sabtu)
Masa: 11.00 pagi
Bahasa: Inggeris
Episod: 15 Episod

Sudahkah anda bersedia untuk menonton siri kegemaran ramai Hannah Montana? Ya, Miley Stewart kembali meriuhkan hari Sabtu anda!

Dicalonkan dalam kategori ‘Performance in a TV Series (Recurring Young Actress Ten and Under)’ dan ‘Best Performance in a TV Series’ ‘32ndYoung Artist Awards’ pencapaian Miley memang tidak boleh dipertikaikan. Miley juga turut dicalonkan di 2011 Kids’ Choice Awards. Idola remaja ini akan kembali mewarnai hari anda dalam siri popular Hannah Montana musim ke-4 di saluran hip 8TV!

119204_D_0105

Siri ini akan membawa anda mengikuti perjalanan gadis remaja Miley Stewart yang mempunyai dua personaliti yang berbeza di mana pada siang hari Miley menjalani kehidupan seperti remaja biasa manakala pada malam hari beliau menjalani kehidupan sebagai penyanyi pop terkenal.

Musim terbaru ini menyaksikan Miley dan keluarga berpindah ke rumah baru mereka di Malibu. Berpindah ke tempat baru bukanlah satu perubahan yang besar pada Miley kerana kisah cinta Robby dan Jackson mungkin akan lebih menarik perhatian penonton!

Tahun ini merupakan tahun akhir Miley di sekolah dan seperti remaja-remaja lain, Miley juga berada di persimpangan di mana beliau sendiri masih tidak dapat memastikan apa yang beliau mahukan dalam hidup. Adakah Miley akan terus menjadi Hannah Montana seorang bintang terkemuka yang digilai ramai atau Miley akan memilih untuk menjalani kehidupan sebagai gadis biasa?

Musim terbaru Hannah Montana ini juga bakal diisi dengan lagu-lagu menarik disamping kehadiran bintang-bintang undangan yang cukup popular. Setiap episod pastinya menjadi episod yang wajib ditonton peminat setia siri ini!

“Fenomena Hannah Montana ini sememangnya sesuatu yang luar biasa berlaku. Miley digilai dan menjadi idola remaja-remaja di serata dunia. Populariti yang dikecapi Miley menjadikan siri Hannah Montana ini sebagai siri yang paling digemari dan mencatat jumlah penonton paling tinggi dalam sejarah penerbitan Disney Channel!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah, “Kini kami di 8TV akan berkongsi dengan penonton, kisah suka duka Miley Stewart dalam siri popular ini!”

Bagi peminat setia Hannah Montana pastikan anda tidak ke mana-mana kerana Miley Stewart bakal menghiburkan anda di rumah setiap Sabtu jam 11.00 pagi eksklusif di 8TV!

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro atau layari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Selamat menonton!

120232_0803

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Create a Tagline for ASAP

Gambar Fashion Show di Ulangtahun MODA