Semasa asyik menonton Anugerah Golden Globe ke 68 pada pagi tadi, email Budiey disinggahi dengan jemputan dari eRama Records dan MJ Panacea Records. Terima kasih kepada Mila Jirin kerana sudi menjemput Budiey ke Showcase dan Pelancaran Album Terbaru Mila Jirin yang akan diadakan di Mini Auditorium Matic 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada minggu depan.
Album ini merupakan album kedua Mila dan album ini mengabadikan nama Mila sendiri iaitu Mila Jirin sebagai tajuk album.
Album ini akan berada di pasaran seluruh Malaysia pada awal bulan Februari depan. Jadi, kepada peminat Mila, jangan lupa dapatkan album ini.
Dengarnya, sekarang ini Mila Jirin sedang berada di London. Sebelum itu, Mila singgah dulu di Dubai.
Apa sahaja perancangan Mila, semoga segala yang dirancang itu akan berjalan lancar. Good luck, Mila!