Hari ini, bertempat di Hotel Palace of Golden Horses jam 1.30 petang, akan diadakan satu sidang media tentang pengumuman khas perkahwinan Mawi dan Ekin. Khabar yang Budiey terima, perkahwinan yang bakal dinobatkan Wedding of The Year ini telah mendapat tajaan sebanyak RM5 juta oleh pihak Astro yang telah mendapat hak eksklusif untuk membuat liputan khas perkahwinan. Tahniah Mawi! Tahniah Ekin!
Tapi malangnya, Budiey tidak dapat hadir di sidang media itu kerana terpaksa bergegas ke Pra Tonton Media untuk Filem ANAK KELANTAN. Yelah, Budiey kan orang Kelate, so kena support la filem dialek Kelate keh? Tok gituh? Hehe.
- Budiey difahamkan majlis pernikahan akan berlangsung kemungkinan besar di kediaman Ekin di Johor Bahru selepas Zuhur dan diikuti dengan majlis persandingan pada malam harinya.
- Majlis persandingan mereka pula khabarnya akan dibuat di Dewan Stadium Bandaraya, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
- Pada 28 Disember pula sebuah majlis akan dibuat di kampung Mawi iaitu di Felda Taib Andak Kulai.
- Pasangan tersebut juga akan diraikan di majlis resepsi di Kuala Lumpur pada 11 Januari 2009 di Hotel Palace of Golden Horses dengan konsep ‘glam wedding’.
- Unit tempahan Dewan MBJB yang mampu menempatkan 5000 orang dalam satu masa itu telah ditempah untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan pada 20 Disember ini. Malah deposit telah pun dibayar sebanyak RM2500.
- Sementara itu, bagi peminat yang ingin mengikuti sidang media ini, jangan risau, korang boleh menonton siaran eksklusif di Astro AWANI (501) mulai pukul 2.30 petang ini.
- Sidang media hari ini akan mengumumkan siapa pereka fesyen, penaja perkahwinan, hantaran, maskahwin dan sebagainya.
Ramai peminat yang mendoakan semoga Mawi bahagia bersama dengan Ekin, malah sebaliknya ada pula yang melontarkan banyak cacian dan kejian ke atas Mawi.